Anda di halaman 1dari 14

PROSA MODEN – CERPEN

ANALISIS CERPEN OREN


(Sinopsis)
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada
mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren
pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai
Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak
beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah
dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati
dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah
amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren
telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
(Tema)
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.
(Persoalan)
 Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi
kedua-dua kucing tersebut.
 Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.
 Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
(Plot)
 Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan
Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga
 Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah.
Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu
kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang
mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.
 Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren
menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin
berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan
hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.
 Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan
hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut.
(Teknik Penceritaan)
 Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu
Oren.
 Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.
 Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan
diri selama empat hari.
 Monolog Dalaman
Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya
itu adalah ibu Oren.
 Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke
rumah mereka.
 Imbas Muka
Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang
sudah tumbang.
(Watak dan Perwatakan)
Watak Utama – Ayah
- Seorang ayah yang penyayang
- Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu.
- Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
- Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai di badan Oren.
- Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren.
- Menangis kematian Oren
Watak Sampingan
i. Oren
- Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
- Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
- Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan.
- Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu.
ii. Kelabu
- Salah seekor daripada kucing belaan ayah.
- Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
- Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
- Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
- Pandai bermanja dan menggesel-menggeselkan badannya ke kaki ayah.
(Latar)
a) Latar Masa
- Kehilangan Oren selama empat hari
- Sudah seminggu hujan turun
- Setiap malam
- Hujung pertengahan Disember
- Makan malam
- Dia hari yang lalu

b) Latar Tempat / Ruang


- Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
- Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan
halaman rumah.
- Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
- Dapur – ayah membawa Oren ke dapur dan menghidangkan susu
- Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah.
- Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya.

c) Latar Masyarakat
- Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing.
- Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara.
- Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan
mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu.
(Gaya Bahasa)
 Simile – seperti ada yang membersihkannya.
 Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
 Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
 Sinkof – tika (ketika)
(Nilai)
 Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
 Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian
ibunya.
 Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya.
(Pengajaraan)
 Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain
manusia.
 Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain.
 Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahtera
ANALISIS CERPEN HADIAH
(Sinopsis)
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak
lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan
diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah
kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak
mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi
Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula.
Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu
untuk memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah
mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung
saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu
gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan
hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha
kepadanya mengenai satu pertandingan.
Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk
menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah
dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan.
Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar
Cikgu Azizah.
(Tema)
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke
peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.
(Persoalan)
- Persoalan menghargai jasa guru
Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.
- Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid.
Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung
saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan
rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
(Plot)
- Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan
kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
- Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat
membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak
mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba
kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat
tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.
- Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu
Zaleha.
- Peleraiaan
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam
hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.
(Teknik Penceritaan)
- Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.
- Monolog Dalaman
Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu
tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.
- Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha
yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin
meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
(Watak Perwatakan)
Watak Utama – Azizah
 Seorang murid yang miskin.
 Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
 Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba
boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
 Seorang murid yang rajin.
Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang
berdisiplin.
Watak Sampingan
i. Cikgu Zaleha
- Cikgu kepada Azizah
- Seorang guru yang berdedikasi
ii. Emak
- Emak kepada Azizah
- Seorang yang cacat sebelah kaki
- Mengambil upah menganyam tikar mengkuang
iii. Bapa
- Bapa kepada Azizah
- Bekerja sebagai penarik beca.
(Latar)
Latar Masa
- Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan
pagi.
- Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.
- Hari Guru
Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.
Latar Tempat
- Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
- Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah
kepada Cikgu Zaleha.
- Bilik Guru
Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
- Tapak Perhimpunan.
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
Latar Masyarakat
- Masyarakat pelajar
- Masyarakat yang miskin
- Masyarakat Guru
(Gaya Bahasa)
- Sinkof
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
(Nilai)
- Nilai Ketabahan
- Nilai Kasih Sayang
Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian
Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.
- Nilai Kerajinan
Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.
(Pengajaraan)
- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
- Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja.
- Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru.
ANALISIS CERPEN KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN
(Sinopsis)
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon
daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi
oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu.
Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa
keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang
selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat
keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim
Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan
Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah
keluarga semula.
(Tema)
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
(Persoalan)
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada
keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat
bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku
yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara
sebenar daripada Sim Pau.
(Plot)
i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.
ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim
Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim
Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim
Meng.
iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih
ragu-ragu akan penerimaan bapanya.
iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim
Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka
membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.
(Teknik Penceritaan)
i. Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan
untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.
ii. Imbas Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika
melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.
iii. Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina
kelak.
iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang
hendak dibeli untuk menyambut perayaan.
v. Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi
namun sampai bila?
vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti
dibayar dengan darah.
(Watak dan Perwatakan)
Watak Utama – Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong
kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima
kehadiran Lim Meng.
v. Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak
mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan
pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
vi. Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada
harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang
di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.
Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula
yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak
melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.
Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.
Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.

(Latar)
Latar Masa
- Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim
Pooi bertengkar.
- Sehari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.
- Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu
kepulangan Lim Meng.
Latar Tempat
- Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
- Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.
- Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya
pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh
Lim Foong.
- Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim
Meng.
- Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.
Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau
anak perempuannya keluar dari rumah.
(Gaya Bahasa)
- Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
- Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan.
- Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
- Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan
terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang
bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
- Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
- Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
- Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.
(Nilai)
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas
kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang
sesama keluarga.
(Pengajaraan)
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi
penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai
yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

Anda mungkin juga menyukai