Anda di halaman 1dari 30

OREN

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu.
Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini.
Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN

i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan

Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua
kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu

Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan
Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama

Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

PLOT

i. Permulaan/Eksposisi

Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah
dirasai oleh seluruh ahli keluarga

ii. Perkembangan

Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren
telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan
diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli
keluargaku.

iii. Klimaks

Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan
diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung
pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian

Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan
rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian

Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii. Dialog

Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii. Monolog

Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama
empat hari.

iv. Monolog Dalaman

Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil
ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali

Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka

Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan
empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayah

i. Seorang ayah yang penyayang

ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu

iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren

iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren

v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren

vi. Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan

1. Oren

i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren

ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya

iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan

iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah

ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu

iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya

iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya

v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR

Latar Masa

i. Kehilangan Oren selama empat hari

ii. Sudah seminggu hujan turun

iii. Setiap malam

iv. Hujung pertengahan Disember

v. Makan malam

vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang

i. Rumah ayah membawa Oren pulang ke rumah

ii. Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman
rumah

iii. Taman permainan tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis

iv. Dapur ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu

v. Ruang tamu setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk
bermanja dengan ayah

vi. Tepi longkang tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat

i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing ayah dan keluarganya sangat
menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing

ii. Masyarakat yang bertanggungjawab ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab
dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara

iii. Masyarakat yang pemurah ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan
memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

Gaya Bahasa

i. Simile seperti ada yang membersihkannya

ii. Personifikasi setiap kali mata Oren dan matanya bertemu

iii. Personifikasi Oren cemburu akan kehadiran Kelabu


iv. Sinkof tika (ketika)

Nilai

i. Kasih sayang ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka

ii. Bertanggungjawab ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya

iii. Baik hati ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

Pengajaran

i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.

ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai
orang lain,

iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin
kesejahteraan dalam hidup.

Hadiah

( Tie Camar )

TEMA

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat
negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

PERSOALAN

Persoalan menghargai jasa guru.

i. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan
hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

ii. Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.

Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin
dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan
yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

PLOT

i. Permulaan

Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru
masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
ii. Perkembangan

Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah
untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit
kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat
idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.

iii. Klimaks

Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.

iv. Peleraian

Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan
peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat
kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PENCERITAAN

i. Dialog

Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii. Monolog Dalaman

Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya
dua ringgit lapan puluh sen.

iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus
dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama- lama. Ingin meneka apa yang tersirat
disebalik perkataan "besar" itu.

WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

Azizah

i. Seorang murid yang miskin.

ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.

iii. Seorang yang terlalu merendah diri.


Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat
rendah diri Azizah itu terlalu tebal.

iv. Seorang murid yang rajin

Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin.

Watak Sampingan

Cikgu Zaleha

I. Cikgu kepada Azizah

II. Seorang guru yang berdedikasi

Emak

i emak Azizah

ii seorang yang cacat sebelah kaki

iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang

Bapa

i bapa Azizah

ii berkerja sebagai penarik beca

iii

LATAR

Latar Masa

Waktu pagi

Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii Waktu petang

Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii Hari Guru

Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah
padanya.

Latar Tempat

i Kelas

Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai
hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
ii Rumah Azizah

Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada
Cikgu Zaleha.

iii Bilik Guru

Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh
Cikgunya itu.

iv Tapak Perhimpunan

Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat

i Masyarakat Pelajar

ii Masyarakat yang miskin

iii Masyarakat Guru

Gaya Bahasa

i Sinkope

Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

Nilai

i Nilai Ketabahan

ii Nilai Kasih Sayang

Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian Azizah
dalam kebanyakan mata pelajaran.

iii Nilai Kerajinan

Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat
untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

Pengajaran

i Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

ii Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja

iii Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

Kuih Bakul Limau Mandarin

TEMA

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.

Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah
mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat

Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan
perniagaannya.

ii. Keegoan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim
Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Keberanian menyuarakan pendapat

Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang
berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Keinsafan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar
daripada Sim Pau.

PLOT

i. Permulaan/Eksposisi

Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai
anaknya.

ii. Perkembangan

Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi
diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau
menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon
maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

iii. Klimaks

Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu
akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian

Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng
tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat
persiapan perayaan dengan penuh gembira.
TEKNIK PENCERITAAN

i. Pemerian

Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk
menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii. Imbas Kembali

Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri
daripada orang yang menuntut hutang.

iii. Imbas Muka

Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

iv. Dialog

Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak
dibeli untuk menyambut perayaan.

v. Monolog Dalaman

Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun
sampai bila?

vi. Saspens

Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar
dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Sim Pau

i. Isteri kepada Lim Pooi

ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng

iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran

Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada
Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran

Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran
Lim Meng.

v. Mudah terasa / sensitif

Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu
mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi

i. Suami kepada Sim Pau.

ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.

iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.

iv. Memiliki sikap suka berdendam

Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh
Lim Foong.

v. Ego

Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi. Peniaga yang tamak

Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang
mahal.

vii. Pemarah

Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.

viii.Menginsafi kesalahannya

Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng

i. Anak bongsu daripada dua beradik.

ii. Bertanggungjawab

Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang
hampir lemas.

iii. Suka mengalah

Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak
melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf

Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong

i. Anak sulung daripada dua beradik.

ii. Anak kesayangan Lim Pooi.

iii. Suka berjudi.

iv. Mati lemas.

Sudin

i. Penduduk kampung

ii. Ikhlas

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.

LATAR

Latar Masa

i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar.

ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii. Tiga hari

Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat

i. Dapur

Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii. Kedai

Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii. Stor di belakang kedai

Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang
tinggi ketika suatu masa lain.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.

Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong.

2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.

3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.

Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak
perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASA

i. Simpulan bahasa

Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.

Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii. Peribahasa

Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi
yang terlalu mengikut perasan.

iii. Sinkof/sinkope

Contoh : Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.

Contoh : Anak aku dah mati.

iv. Personifikasi

Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah
menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.

Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga
gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v. Simile

Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira
yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi. Metafora

Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii. Bahasa perbualan

Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.

NILAI

i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim
Foong.

ii. Nilai keikhlasan

Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.

iii. Nilai kasih sayang.

Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama
keluarga.

PENGAJARAN

i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.

Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab
kematian Lim Foong.

ii. Kita mestilah bersikap jujur.

Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang
dilakukan oleh Lim Foong.

iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.

Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

HADIAH

Tema

Kegigihan menuntut ilmu.

Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.

PERSOALAN

i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di
sempadan.

ii. Gigih meneruskan pelajaran.

Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.

iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah.

Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada
penghulu.

PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

i. Permulaan

Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan
pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.

ii. Perkembangan

Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah
keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya. Pak Mail juga memaklumkan bahawa
dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.

iii. Klimaks

Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek
berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas
mempertahankan negara.

iv. Peleraian

Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.

TEKNIK PENCERITAAN

i. Imbas Kembali

Contoh: Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan
lamanya.

ii. Dialog

Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati.

iii. Imbas Muka

Contoh: Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.

iv. Pemerian

Contoh: Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Hayati

i. Gadis yang berusia 15 tahun.

ii. Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.

iii. Gigih berusaha

Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar.

iv. Tabah.

Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.

v. Penyayang.

Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke
kampung.

vi. Mementingkan pelajaran

Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.

Watak Sampingan

1. Fauziah

i. Ibu kepada Hayati.

ii. Tabah.

Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.

iii. Penyayang.

Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

2. Pak Mail

i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.

ii. Tabah.

Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.

iii. Bertanggungjawab.

Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka
kehilangan ayah yang tercinta.
iv. Penyayang.

Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

3. Datuk Penghulu

i. Bertanggungjawab.

Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.

ii. Amanah.

Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

4. Encik Musa

i. Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas

ii. Amanah

Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak
Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.

LATAR

Latar Masa

i. Pagi

Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh
keluarganya.

ii. Petang :

Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk
menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.

Latar Tempat

i. Rumah Pak Mail

Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan
sumbangan RM 10,000.

ii. Pejabat guru besar

Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.

iii. Asrama sekolah


Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

iv. Perbatasan negara

Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung

Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh
mereka.

ii. Masyarakat yang berusaha gigih.

Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.

Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.

Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.

GAYA BAHASA

i. Bahasa istana

Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii. Kata ganda

Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii. Sinkof

Contoh: mak, tuk, nak, dah

iv. Simpulan bahasa

Contoh: minta diri


v. Bahasa Arab

Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.

NILAI

i. Nilai kasih sayang.

Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

ii. Nilai ketabahan

Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

iii. Nilai kegigihan.

Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

iv. Nilai bekerjasama.

Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.

Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah


kewangan.

ii. Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.

Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah
kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.

iii. Kita hendaklah percaya kepada Tuhan

Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.

iv. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

PANTUN DUA KERAT

Pantun Kanak-kanak.
MAKSUD

Rangkap Maksud

Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.


1

Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.


2

Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.
3

Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.
4

Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.
5

TEMA

Bertemakan nasihat dalam menjalani realiti kehidupan seharian.

PERSOALAN

1. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.

Contoh :- Lain dulang lain kakinya,

Lain orang lain hatinya.

2. Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.

Contoh :- Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

3. Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai.

Contoh :- Taptibau puyuh padang,

Hilang pisau berganti parang.

4. Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang
diberikan oleh Tuhan.

Contoh :- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,


Itik bertelur ayam menetas.

5. Tidak bersopan dalam bertutur terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu.

Contoh :- sebab pulut santan binasa,

sebab mulut badan binasa.

BENTUK

1. Mempunyai lima rangkap

2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.

3. Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata.

4. Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris.

5. Rima akhirnya aa.

GAYA BAHASA

1. Repitisi - pengulangan perkataan lain

contoh :- Lain dulang lain kakinya

Lain orang lain hatinya.

2. Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh :- hilang pisau berganti parang

3. Aliterasi - pengulangan konsonan b

Contoh :- sebab mulut badan binasa.

4. Imejan - imej alam

Contoh :- kerbau, puyuh, itik, ayam,

NILAI

1. Keprihatinan mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar dapat


mengelakkan pelbagai penyakit.

Contoh : Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

2. Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan.

Contoh:- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,

Itik bertelur ayam menetas.

Contoh :- Taptibau puyuh padang,

Hilang pisau berganti parang.


3. Kesopanan sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi kebaikan diri.

Contoh :- Sebab pulut santan binasa

Sebab mulut badan binasa

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati orang lain.

Contoh :- Sebab pulut santan binasa

Sebab mulut badan binasa

2. Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Contoh :- Taptibau puyuh padang,

Hilang pisau berganti parang.

3. Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada menghidapi pelbagai
penyakit.

Contoh : Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

SYAIR

Pohon Buluh

( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh )

MAKSUD

Rangkap Maksud

Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak


mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.
1

Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan
2 kebanyakkannya sama saiz dan darjat.

Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang
3
menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.
Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap
4 umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.

TEMA

Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.

PERSOALAN

1. Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.

Contoh :- ( rangkap 3 ) Besar kecil ikat binanya

Terlalu kuat pula asasnya.

2. Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.

Contoh :- ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat.

3. Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar megah.

Contoh :- ( rangkap 2 ) Yang ada sedia panji-panji bendera.

4. Kelicinan kulit batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .

Contoh :- ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam.

BENTUK

1. Mempunyai empat rangkap

2. Setiap rangkap mempunyai empat baris.

3. Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.

4. Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.

5. Rima akhirnya aaaa.

GAYA BAHASA

1. Asonansi - pengulangan vokal a. Contoh :mata-mata menjaga segenap


pangkat
2. Aliterasi - pengulangan konsonan g .Contoh :menara tinggi banyak bertingkat

3. Kata ganda - panji-panji, mata-mata,

4. Simile - gelapnya di dalam seperti malam

5. Sinkope - tak

6. Imej alam - kolam, alam

7. Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya, ia ada banyak saudara)

NILAI

1. Perpaduan Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.

Contoh :besar kecil ikat binanya.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.

Contoh :- besar kecil ikat binanya.

Kunci Bahasa

(Abdul Hadi Yusof)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur


1
yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik
2
walaupun berlaku perubahan masa.

Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul
3
sebarang kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan


6
susunan kata serta bahasa yang puitis.

TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk
berkomunikasi

PERSOALAN

1. Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain
terguris hatinya.

2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan
hilang ditelan zaman.

3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan
nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.

BENTUK

1. Terikat

2. Terdapat enam rangkap

3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

GAYA BAHASA

1. Pengulangan kata

Contoh: bahasa dan tidak

1. Bahasa Arab

Contoh: ukhwah dan ummah

1. Metafora

Contoh: jambatan ukhwah

1. Asonansi - pengulangan vokal i

Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah

1. Aliterasi - pengulangan konsonan b

Contoh : bahasa berbuah

NILAI

1. Bersopan santun

Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

1. Pemurah

Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.
Contoh: Bahasa bermaruah

tidak berbilur bahasa di lidah

1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

Contoh: Bahasa bersejarah

tidak luput bahasa bertingkah

Aku

(Rosli K. Matari)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu


2
Nabi Adam.

Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu
3 manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat
melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.

5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut
6
dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru
7
sahaja dicipta.

TEMA

Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati
alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.

PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi
akan datang.

2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.

3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin.

BENTUK

i. Bebas

ii. Terdapat tujuh rangkap


iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 2 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 3 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab

Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

GAYA BAHASA

Sinkope

Contoh: kecuali diriku

Kata ganda

Contoh: bertiup di mana-mana

Imej alam

Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.

Asonansi-perulangan vokal a

Contoh: kerana aku baru ada

Aliterasi-perulangan konsonan l

Contoh: laut, langit dan pohon

NILAI

Percaya kepada Tuhan.

Contoh: aku percaya Kau Pencipta.

Kesyukuran

Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

Keinsafan:

Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan

PENGAJARAN

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.

Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan
Tuhan. Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi.


1 Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan
yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang
2 subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan
kepada para petani.

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana
3
memberikan kegembiraan kepada nelayan.

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang
telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air
4
daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat


mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga
5 berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa
peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.

Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika
6 semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding
bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA

Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN

i. Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.

ii. Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.

iii. Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.

iv. Menghargai jasa perwira-perwira negara.

v. Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK

Bebas

Terdapat enam rangkap

Baris-baris ayat dan rima akhir


Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd

Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca

Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc

Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb

Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

GAYA BAHASA

Simile

Contoh: kepada hujan bagai tetamu

Personifikasi

Contoh: ikan-ikan yang riang

Metafora

Contoh: darah kesetiaan

Kata Ganda

Contoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh : kepadamu pejuang negara

Aliterasi - pengulangan konsonan k

Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI

Mengenang jasa

Contoh: mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan

Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

Kesetiaan

Contoh: pejuang setia kepada negara.

Kesyukuran

Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

Kita Umpama Sehelai Daun

(Smahadzir)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun.
Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka
1
telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan insan lain agar
keluar dari belenggu penderitaan.

Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan
2
peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka
janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki
3
sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada
kita.

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa.
Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh
4 orang lain.

TEMA

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.

2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan menyebabkan hubungan
dengan masyarakat akan menjadi renggang.

3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK

1. Bebas

2. Terdapat empat rangkap

3. Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir ababc

Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd

Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd


Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

GAYA BAHASA

1. Simile

Contoh : kita umpama sehelai daun

1. Personifikasi

Contoh : tempat bercanda unggas meriang

1. Pengulangan baris

Contoh : kita umpama sehelai daun

1. Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh : andai kikir jasa dan bakti

1. Aliterasi pengulangan konsonan m

Contoh : hijau menunas menyegar mata

NILAI

1. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

1. Nilai prihatin

Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

1. Nilai kesederhanaan

Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat

2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan

3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

Anda mungkin juga menyukai