Anda di halaman 1dari 15

FOLIO CHOT

NAMA: I.NILAVALAGAN
KELAS: 3BESTARI
TAJUK: CHOT(TINGKATAN 3)

ISI KANDUNGAN
SINOPSIS
TEMA DAN PERSOALAN
WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN DAN
PERWATAKAN
LATAR TEMPAT,MASA,MASYARAKAT
TEKNIK PLOT
GAYA BAHASA
NILAI
PENGAJARAN
SINOPSIS

Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk
bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat
mengharapkan Chot untuk membantunya menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias
mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu
akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah
ayahnya yang telah dilatih untuk memetik buah kelapa.

Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang
sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya
pula sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu
dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan
selalu menghantar makanan untuk mereka.

Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama. Cabaran hidup Alias bertambah rumit apabila Cikgu
Sunan, iaitu guru mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga
membuatkan Alias terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja
rakannya. Akibatnya, telinga Alias bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias
mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu.

Chot pernah hilang sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan kampung
kerana dia amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah dengan
memetik buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah kelapa itu
telah digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara kehidupannya
dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib semasa memetik
buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh menceroboh kebun Miah dan
merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha untuk mententeramkan
keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Rupa-rupanya
beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu bukanlah Chot.

Cikgu Sunan berasa bertanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Alias jatuh
terlentang sehingga telinganya bengkak dan bernanah. Dia telah meminta bantuan Som
untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias adalah
untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan peperiksaan akhir
akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok langsat berasa kurang
senang akan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang sambil membawa dua biji
buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias
yang bengkak dan bernanah itu.

Semasa Cikgu Sunan melihat telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok
langsat telah meronta-ronta sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menerkam
dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan
daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok perut
Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana beruk
yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tidak dapat ke sekolah
lagi. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan berjanji akan menanggung segala kos
persekolahannya sehinggalah dia memasuki universiti. Alias menguburkan Chot di tepi
pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis “Tunggu aku di pintu universiti,
Chot”. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.

TEMA DAN PERSOALAN


Tema novel Chot ialah kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.

PERSOALAN
Kemiskinan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman
Alias dan ibunya, Puan Leha tinggal di pondok buruk. Mereka bergantung belas ihsan
jiran yang memberi makanan dan bergantung pada upah yang diterima hasil kerja
memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk peliharaannya.

Persoalan kanak-kanak yang berdikari


Alias yang berusia 11 tahun meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan
berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk
kesayangannya, Chot. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi
kepada orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari
wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
Penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat
Penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga. Buktinya, Mak Su Kiah akan
menyediakan makanan tengah hari untuk ibu Alias, Puan Leha. Pak Din pula selalu
menjenguk ke rumah Alias untuk membantu keluarga itu dan seterusnya mengupah
Alias memetik buah kelapa di kebunnya.

Kebijaksanaan manusia yang bertindak secara rasional


Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga menyayangi Cikgu Sunan. Ketika
Chot mengamuk dan menggigit lengan guru itu, Alias terpaksa mengambil tindakan
segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing. Akhirnya, Cikgu Sunan
selamat tetapi Chot pula mati.

Persoalan sikap manusia yang memiliki cara hidup berhemah tinggi


Alias melayan ibunya dengan baik. Dia tidak pernah membantah kata-kata ibunya. Dia
bertanggungjawab menyediakan keperluan ibunya tanpa rasa terbeban. Dia juga akan
berbaring di sisi ibunya sambil bertasbih dan ibunya pula akan berzikir.

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama: Alias

1. Berumur 11 tahun.
2. Tinggal bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh di Kampung Dingin.
3. Murid tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok kelapa.
4. Sayang akan haiwan peliharaan.
Murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik
Alias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik.

Anak yang taat akan nasihat ibunya


Alias patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan solat dan membaca
al-Quran.
Anak yang bertanggungjawab
Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti
beras, gula, kopi dan ikan gelama.

Seorang yang berjiwa lembut


Alias berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau telinga yang busuk.

Seorang yang Gigih


Alias membawa buku latihan ke mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika memetik
kelapa.

Seorang yang tidak berdendam


Alias melayan Cikgu Alias dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke rumahnya
sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas
sehingga telinganya terkena bucu meja murid.

Watak Sampingan: Chot

1. Seekor beruk peliharaan Alias.


2. Bermata bening, berbulu cering, berekor pendek, dan bergigi putih tajam.
3. Tinggal di dalam kotak sabun di atas pokok langsat.
4. Beruk yang bijak.
5. Takut akan air.
6. Sayang akan tuannya, Alias
7. Patuh akan arahan dan setia kepada Alias.
8. Beruk yang garang dan ganas.
Watak Sampingan: Som

1. Murid tahun lima yang berumur 11 tahun.


2. Sahabat bauk Alias.
3. Anak bongsu Pak Din.
4. Seorang yang Mementingkan persahabatan
5. Seorang yang pandai menyimpan rahsia.
6. Seorang yang tekun belajar.
7. Lemah dalam mata pelajaran Matematik.
8. Bijak mengawal perasaan.
9. Prihatin akan nasib Alias.
Watak Sampingan: Cikgu Sunan

1. Cikgu Sunan memiliki tubuh yang tinggi dan bermisai.


2. Dia mempunyai sebuah kereta Volvo.
3. Cikgu Sunan berasal dari bandar.
4. Dia sudah lima tahun mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah Alias.
Seorang yang tegas.
Seorang guru yang rajin.
Seorang yang memandang hina terhadap orang lain.
Seorang yang menghargai jasa orang lain.

Seorang yang garang


Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat menjawab
soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.

Seorang yang sedar akan kesilapan


Menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias.

Watak Sampingan: Leha

Ibu yang menitik beratkan pendidikan agama


Leha menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan
dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan
menunaikan solat.

Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekular


Leha mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias ponteng
sekolah terlalu lama.
LATAR TEMPAT
Kampung Dingin
Sebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil, tempat Alias dilahirkan.

Rumah Alias
Som belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat latihan Matematik yang
diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias − Mak Su Kiah menghantar makanan kepada
Alias dan ibunya.

Halaman perhimpunan
Ketika Som tiba lewat kerana menunggu Alias, perhimpunan sekolah diadakan. Guru
pengawas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menyentuh beberapa isu,
iaitu kenakalan murid yang mencalarkan kereta guru dan sampah sarap yang dibuang
merata-rata.

Bilik darjah lima


Cikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar Matematik menengking Alias kerana
Alias seperti menyindirnya ketika datang lewat ke sekolah dengan alasan beruk.

Rumah Pak Din


Alias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk ibunya di samping memberitahu Pak
Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta bertanya kepada Som akan hal di
sekolah.

Sungai
Alias membawa Chot mandi di sungai.

Kebun kelapa Pak Din


Alias dan Chot memetik kelapa.

Kedai Ah Chai
Alias membeli pisang untuk Chot.

LATAR MASA
Waktu Pagi

o Ada perhimpunan sekolah.


o Cikgu Sunan mengajar Matematik.
o Alias dan Chot memetik kelapa.
Tengah hari
Mak Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya
khabar sebelum pulang ke rumah.

Waktu Petang

o Alias memandikan Chot di sungai di belakang rumah Som.


o Alias dan Som belajar membaca al-Quran daripada emak Alias.
o Som belajar membuat latihan Matematik daripada Alias.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup


Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan.

Masyarakat yang berdikari


Alias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah
kelapa.

Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak


Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan kepentingan
pendidikan agama dan pendidikan sekular.

Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan


Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias
mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik
kelapa di kebun Pak Din.
Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama
Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang
dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular


Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama.

Masyarakat yang bertanggungjawab


Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana jatuh
pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, kopi dan ikan
gelama.

Masyarakat yang jujur


Alias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari
beruk kesayangannya yang hilang.

TEKNIK PLOT
Dialog
Contoh: Perbualan antara Alias dengan ibunya yang mengadu Chot, iaitu beruk
peliharaannya hilang ketika Alias ingin ke sekolah. Ibu Alias menasihatinya agar dia tidak
risau akan beruknya itu dan segera pergi ke sekolah sebelum terlewat. Ibunya juga
bimbang Som akan menunggunya lama di persimpangan jalan.

Monolog
Contoh: Alias bermonolog sewaktu dia tidak mahu ke sekolah kerana berbelah bahagi
untuk memberitahu ibunya tentang telinganya yang sakit selepas peristiwa dia dimarahi
oleh Cikgu Sunan. Alias membatalkan niatnya untuk memberitahu perkara itu kerana
bimbang ibunya akan mengatakan bahawa dia murid yang nakal dan malas.

Imbas kembali
Contoh: Alias teringat semula tentang pesanan yang disampaikan oleh Som pada tiga
hari lalu, iaitu Pak Din menyuruhnya memetik buah kelapa sebanyak yang mungkin.

Imbas muka
Contoh: Som membayangkan perkara yang akan dilakukan oleh rakan-rakan sekelasnya
kepada Alias apabila tamatnya waktu rehat selepas peristiwa Alias ditengking oleh Cikgu
Sunan.
Saspens
Contoh: Peristiwa seekor beruk yang merosakkan kebun pisang Budin telah ditembak
mati. Badan Alias menjadi lemah kerana menyangkakan beruk yang ditembak mati itu
ialah Chot. Pembaca tertanya-tanya sama ada beruk yang ditembak itu Chot ataupun
bukan.

Kejutan
Contoh: Peristiwa Alias yang lewat datang ke sekolah kerana mencari beruknya yang
hilang. Cikgu Sunan telah menengking Alias kerana berasa marah apabila Alias
memberikan alasan bahawa dia mencari beruknya yang hilang hingga dia lewat datang
ke sekolah. Pembaca tidak menyangka bahawa Cikgu Sunan akan menengking Alias
sehingga menyebabkan Alias terjatuh dan telinganya terkena bucu meja rakannya.

BINAAN PLOT
Permulaan

Pada bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan dengan Alias, seorang kanak-kanak


yang berumur 11 tahun dan tinggal bersama-sama ibunya yang lumpuh. Selepas mandi,
Alias telah bersembahyang subuh bersama-sama ibunya kerana dia masih belum lancar
membaca doa qunut. Sebelum pergi ke sekolah, Alias menapis air ketul-ketul ubi kayu.
Jika tidak membawa bekalan, dia hanya membawa air kopi sahaja. Kehidupan Alias
sangat miskin. Dia hanya memiliki sebuah beg yang telah koyak dan lusuh yang
dihadiahkan oleh Tok Penghulu tiga tahun yang lalu. Alias memiliki seekor beruk
kesayangan yang bernama Chot.

Perkembangan

Pada bahagian perkembangan novel Chot, Alias hendak pergi ke sekoalah tetapi dia
mendapati Chot hilang dari tempatnya ditambat iaitu di atas dahan pokok langsat.
Keadaan ini amat merisaukan Alias dan Alias mengambil keputusan untuk mencari Chot
di sekeliling kampung. Dia menyedari bahawa dia akan lewat datang ke sekolah dan
dimarahi oleh Cikgu Sunan. Usahanya untuk mengesan Chot pada pagi itu telah gagal.
Perumitan/Konflik

Peristiwa bermula semasa Alias berada di sekolahnya. Oleh sebab Alias lewat datang ke
sekolah, dia telah dipanggil oleh Cikgu Sunan yang bertanyakan sebab kelewatannya itu.
Semasa ditanya, Alias hanya mendiamkan diri kerana takut untuk menjawab pertanyaan
Cikgu Sunan. Namun setelah didesak, Alias mengatakan bahawa dia mencari beruknya
yang hilang. Jawapan tersebut telah menyebabkan Cikgu Sunan berasa sangat marah
dan menengking Alias. Alias yang terkejut telah terjatuh dan telinga kanan Alias terkena
bucu meja rakannya sebelum dia jatuh terlentang di atas lantai. Cerita semakin rumit
apabila Alias tidak mahu datang ke sekolah kerana tidak mahu diejek oleh rakan-rakan
akibat telinganya bengkak dan bernanah serta berbau busuk.

Alias menghadapi dugaan apabila bekalan barangan dapur di rumahnya semakin habis
dan ibunya mengalami batuk. Hasil pendapatannya memetik buah kelapa di kebun Pak
Din telah digunakan untuk membeli beras, gula, kopi, ikan gelama dan ubat batuk untuk
ibunya. Miah dan Budin telah datang ke rumah Alias dan menuduh Chot telah
merosakkan setandan pisang miliknya. Pak din telah bersetuju untuk membayar ganti
rugi bagi meredakan kemarahan mereka.

Klimaks

Cikgu Sunan datang ke rumah Alias denganmeminta bantuan Som. Cikgu Sunan berasa
amat bersalah kerana telah menyebabkan telinga Alias bengkak dan bernanah sehingga
dia tidak mahu ke sekolah. Semasa sedang memeriksa telinga Alias, Chot yang berada di
atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta hingga rantainya putus. Chot menerkam
danmenggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan gigitan chot pada
lengan Cikgu Sunan tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya kemudian merodok
perut chot hinggga chot terkuai dan mati dalam pelukan Alias.

Peleraian

Pada bahagian peleraian, Cikgu Sunan berjanji untuk membiayai kos persekolahan Alias
sehingga ke universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan
papan yang tertulis, “Tunggu aku di pintu universiti, Chot”. Alias memberitahu ibunya
tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.
GAYA BAHASA
Peribahasa
Contoh:  berat mulut; naik minyak; besar  hati.

Simile
Contoh:  Jiwa Cikgu Sunan tersentak bagai  ditikam lembing yang berkarat.

Sinkope
Contoh:  “Kenapa kamu tak datang kelmarin?”  herdik Cikgu Sunan.

Personifikasi
Contoh:  Angin malam di kampung itu  bagaikan mati.

NILAI
Nilai Kasih sayang
Contoh: Alias sanggup datang lewat ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana
mencari Chot yang hilang pada pagi itu.

Nilai Bertanggungjawab
Contoh: Alias merupakan seorang anak yang bertanggungjawab. Dia mencari rezeki
dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang diperoleh
digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan.

Nilai Simpati
Contoh: Mak Su Kiah amat simpati akan nasib keluarga Alias.

Nilai Kesabaran
Contoh: Alias sabar apabila diherdik oleh Cikgu Sunan dan diejek oleh rakan-rakannya.

Nilai Rasional
Contoh: Pak Din bertindak secara rasional dalam menyelesaikan masalah Miah dan
Budin yang menuduh Chot merosakkan setandan pisang mereka.
Nilai Kebijaksanaan
Contoh: Alias seorang pelajar yang bijak terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.
Selepas mengaji, Som akan meminta bantuan Alias untuk menjawab soalan Matematik
yang tidak diketahuinya.

Nilai Berdikari
Contoh: Alias mencari duit untuk membeli barangan dapur, ubat batuk ibunya, dan
pisang untuk Chot dengan bekerja sebagai pemetik buah kelapa.

Nilai Jujur
Contoh: Alias bercakap benar kepada Cikgu Sunan sebab dia datang lewat ke sekolah.

Taat kepada perintah agama


Contoh: Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan
mendirikan solat dan membaca al-Quran.

Nilai Keikhlasan
Contoh: Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som
juga bersusah hati sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke sekolah.

Nilai Baik hati


Contoh: Mak Su Kiah memberi makanan tengah hari, iaitu nasi dengan semangkuk gulai
atau sayur kepada Alias dan Leha.

Nilai Keinsafan
Contoh: Cikgu Sunan insaf atas kesilapannya yang tidak memberi perhatian yang
sepatutnya kepada Alias.

PENGAJARAN
Kita haruslah bersikap jujur supaya tidak berlakunya salah faham
Contoh: Alias berterus-terang kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan bahawa dia
mencari beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang ke sekolah.

Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut kata hati dan perlulah mengawal emosi
Contoh: Cikgu Sunan telah memarahi Alias di hadapan rakan-rakan Alias apabila dia
tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Alias.
Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukan
Contoh: Cikgu Sunan sedar dan insaf atas tindakannya yang telah memarahi Alias
sehingga menyebabkan Alias tidak mahu ke sekolah kerana telinganya bernanah dan
berbau busuk.

Kita hendaklah mengutamakan pendidikan dalam kehidupan


Contoh: Ibu Alias mahu anaknya lebih mengutamakan pelajaran walaupun menyedari
Alias perlu memetik buah kelapa untuk menyara kehidupan mereka.

Kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendam


Contoh: Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan gurunya itu dengan
ramah walaupun Cikgu Sunan pernah mengherdik dan menengkingnya.

Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu dengan yang


lain
Contoh: Mak Su Kiah selalu menolong Alias dan ibunya dengan menghantar makanan
ke rumah mereka pada waktu tengah hari.

Kita hendaklah berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang lain
Contoh: Alias telah mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din untuk
menyara kehidupannya dan ibunya yang lumpuh.

Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa


Contoh: Alias mendengar nasihat ibunya supaya menunaikan solat.

Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidup


Contoh: Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pengetahuan penting untuk
mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai