Anda di halaman 1dari 7

ASPEK SASTERA NOVEL CHOT

1. TEMA
Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.
# Buktinya, Alias amat menyayangi ibunya yang lumpuh. Alias meneruskan
kehidupan setelah kematian ayahnya dengan berdikari. Dia juga amat sayang akan
beruknya, Chot.

2. PERSOALAN
a) Kemiskinan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman

 Contohnya, Alias dan ibunya, Puan Leha tinggal di pondok buruk. Mereka
bergantung belas ihsan jiran yang memberi makanan dan bergantung pada
upah yang diterima hasil kerja memetik buah kelapa yang dilakukan oleh
beruk peliharaannya.

b) kanak-kanak yang menjalani kehidupan secara berdikari

 Contohnya Alias yang berusia 11 tahun meneruskan kehidupan setelah


kematian ayahnya dengan berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik
buah kelapa bersama dengan beruk kesayangannya, Chot. Dia tidak
menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi kepada orang lain,
termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari wang
untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.

c) Penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat

 Contohnya penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga.


Buktinya, Mak Su Kiah akan menyediakan makanan tengah hari untuk ibu
Alias, Puan Leha. Pak Din pula selalu menjenguk ke rumah Alias untuk
membantu keluarga itu dan seterusnya mengupah Alias memetik buah
kelapa di kebunnya.

d) Kebijaksanaan manusia yang bertindak secara rasional

 contohnya Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga


menghormati Cikgu Sunan. Ketika Chot mengamuk dan menggigit lengan
guru itu, Alias terpaksa mengambil tindakan segera dengan merodok perut
Chot menggunakan lembing. Akhirnya, Cikgu Sunan selamat tetapi Chot pula
mati.

e) Persoalan sikap manusia yang memiliki cara hidup berhemah tinggi

 Contohnya Alias melayan ibunya dengan baik. Dia tidak pernah membantah
kata-kata ibunya. Dia bertanggungjawab menyediakan keperluan ibunya
tanpa rasa terbeban. Dia juga akan berbaring di sisi ibunya sambil bertasbih
dan ibunya pula akan berzikir.
3. LATAR

Latar masa

Pagi Tengah hari Petang


Ada perhimpunan sekolah. Mak Su Kiah menghantar Alias memandikan Chot di
Cikgu Sunan mengajar nasi bersama gulai kepada sungai di belakang rumah
Matematik. Alias dan ibunya serta Som.
Alias dan Chot memetik bertanya khabar sebelum Alias dan Som belajar
kelapa. pulang ke rumah. membaca al-Quran
daripada emak Alias.
Som belajar membuat
latihan Matematik daripada
Alias.

a) Kebun kelapa Pak Din


– Alias dan Chot memetik
kelapa.
g) Rumah Pak Din b) Rumah Alias
– Alias meminta tolong Pak Din – Som belajar mengaji al-Quran.
membeli ubat batuk ibunya di Som juga belajar membuat
samping memberitahu Pak Din latihan Matematik yang
tentang bilangan biji kelapa diberikan oleh Cikgu Sunan
yang dipetik serta bertanya daripada Alias.
kepada Som akan hal di
sekolah.
– Alias mengambil dan
menyalin nota rumah yang
diberikan oleh Cikgu Sunan. Latar tempat
c) Bilik darjah lima
– Cikgu Sunan, iaitu guru kelas
tahun lima mengajar Matematik.
–Cikgu Sunan menengking Alias
kerana Alias seperti menyindirnya
Kampung Dingin
ketika datang lewat ke sekolah
- sebuah kampung tepi
dengan alasan beruk.
hutan yang sangat
terpencil, tempat Alias
dilahirkan.

e) Kedai Ah Chai d) Sungai


– Alias membeli pisang – Alias membawa Chot
untuk Chot. mandi di sungai.
a) Masyarakat yang d) Masyarakat kampung
jujur yang hidupa dalam
– Alias memberitahu kemiskinan
perihal sebenar
kelewatan ke sekolah – Hidup Alias dan ibunya
berpunca daripada ibarat kais pagi makan
mencari beruk pagi, kais petang makan
kesayangannya yang petang. Alias mencari
hilang. wang untuk menampung
keperluan harian dengan
mengambil upah memetik
kelapa di kebun Pak Din.
Latar
masyarakat
b) Masyarakat yang baik hati
– Mak Su Kiah mengambil tahu
kebajikan Alias dan Leha.
e) Masyarakat yang
bertanggungjawab

– Alias mengambil alih tugas


c) Masyarakat arwah bapanya yang
yang tabah meninggal lima tahun lalu
menghadapi kerana jatuh pokok kelapa.
dugaan hidup Dia membeli barang
– Alias tidak keperluan dapur seperti
pernah merungut beras, gula, kopi dan ikan
hidup dalam gelama.
kemiskinan.
4. Watak dan Perwatakan

a) Watak Utama : Alias


i) Seorang murid tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok
kelapa.

ii) Seorang murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik


– Alias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik.

iii) Seorang anak yang taat akan nasihat ibunya


- Alias sentiasa patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan
solat dan membaca al-Quran.

iv) Seorang anak yang bertanggungjawab


- Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia mencari rezeki dengan
mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din bersama dengan
beruknya, Chot. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula,
kopi dan ikan gelama.

v) Seorang yang gigih berusaha.


- Alias membawa buku latihan ke mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika
memetik kelapa. Dia juga berusaha menyalin nota daripada Som walaupun
dia tidak ke sekolah.

vi) Seorang yang tidak berdendam


- Alias melayan Cikgu Alias dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke
rumahnya walaupun Cikgu Alias telah menengkingnya sehingga dia jatuh
terlentang di dalam kelas dan menyebabkan telinganya sakit akibat terkena
bucu meja murid.

b) Watak sampingan :

1. Chot
i) Seekor beruk peninggalan arwah bapa Alias.
ii) Sangat sayang akan tuannya, Alias.
iii) Patuh akan arahan tuannya.

2. Cikgu Sunan
i) Seorang yang tinggi dan berbadan sederhana besar.
ii) Seorang guru kelas tahun lima.
- Beliau mengajar mata pelajaran Matematik di kelas Alias dan Som.
iii) Seorang guru yang garang dan tegas.
- Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat
menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak
siap.
iv) Seorang yang sedar akan kesilapan
- Menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias

3. Leha
i) Ibu kepada Alias.
ii) Seorang ibu yang menitikberatkan pendidikan agama
– ibu menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan
dalam solat-solat lain. Malahan, ibu selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan
menunaikan solat.
ii) Seorang ibu yang menitikberatkan persekolahan anaknya
– ibu mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias
ponteng sekolah terlalu lama.

4. Som
i) Seorang murid tahun lima.
ii) Sahabat baik Alias.
iii) Takut akan Cikgu Sunan.
iv) Seorang murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.
v) Seorang yang suka bergurau.
vi) Seorang sahabat yang sangat prihatin akan nasib Alias.
vii) Seorang yang baik hati.

5. Mak Su Kiah
i) Seorang yang berbadan sedikit gempal dan berambut panjang.
ii) Seorang yang sangat baik hati
– memberi makanan tengah hari untuk Alias dan ibunya
iii) Merupakan jiran kepada Alias
iv) Telah kematian suami.

6. Pak Din
i) Bapa kepada Som
ii) Seorang yang baik hati
– Beliau sering membantu ketika Alias dalam kesusahan.
iii) Memiliki kebun buah kelapa
5. NILAI
1. Kasih sayang

- contohnya Alias amat menyayangi beruk peninggalan ayahnya, Chot. Dua kali Chot
hilang dan Alias berusaha mencari Chot. Dia tidak dapat melelapkan mata apabila
mendapati Chot hilang. Chot dimandikan, disuap nasi, dan diberikan pisang. Chot
juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang
bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu mengapa-apakan Alias lantas
menerkam dan menggigit lengan guru itu.

2. Berdikari

- contohnya Alias menejuskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan berdikari.


Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk
kesayangannya. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinannya kepada orang lain,
termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari wang untuk
membeli makanan dan ubat-ubatan.

3. Semangat bermasyarakat

- contohnya penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga. Buktinya, Mak
Cik Kiah akan menyediakan makanan tengah hari untuk ibu Alias, Puan Leha. Pak Din
pula selalu menjenguk ke rumah Alias untuk membantu keluarga itu dan seterusnya
mengupah Alias memetik buah kelapa di kebunnya.

4. Baik hati

- contohnya Alias dengan perasaan bangga membersihkan kereta Cikgu Sunan,


walaupun guru itu selalu memarahi dan mengherdiknya. Pak Din pula sanggup
membeli ubat batuk untuk ibu Alias dan dia memberi upah yang berpatutan
berdasar kerja yang dilakukan oleh Alias.

5. Rasional

- contohnya Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga menyayangi Cikgu
Sunan. Ketika Chot mengamuk dengan menggigit lengan guru itu, Alias terpaksa
mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing.
Akhirnya Cikgu Sunan selamat manakala Chot pula mati.

PENGAJARAN :
1. Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang terhadap haiwan

- contohnya Alias amat menyayangi beruk peninggalan ayahnya, Chot. Dua kali
Chot hilang dan Alias berusaha mencari Chot. Dia tidak dapat melelapkan
mata apabila mendapati Chot hilang. Chot dimandikan, disuap nasi, dan
diberikan pisang. Chot juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan
memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu
mengapa-apakan Alias lantas menerkam dan menggigit lengan guru itu.

2. Kita hendaklah menjalani kehidupan secara berdikari dengan berusaha sendiri

- contohnya Alias meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan


berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan
oleh Chot. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinannya kepada orang
lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari
wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.

4. Kita haruslah mempunyai semangat bermasyarakat

- contohnya penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga.


Buktinya, Mak Su Kiah akan menyediakan makanan tengah hari untuk.ibu
Alias, Puan Leha. Pak Din pula selalu menjenguk ke rumah Alias untuk
membantu keluarga itu dan seterusnya mengupah Alias memetik buah kelapa
di kebunnya.

5. Seterusnya kita sepatutnya memiliki sikap baik hati

- contohnya Alias dengan perasaan bangga membersihkan kereta Cikgu Sunan,


walaupun guru itu selalu memarahi dan mengherdiknya. Pak Din pula
sanggup membeli ubat batuk untuk ibu Alias dan dia memberi upah yang
berpatutan berdasar kerja yang dilakukan oleh Alias.

6. Kita sewajarnya bertindak secara rasional

- contohnya Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga menyayangi
Cikgu Sunan. Ketika Chot mengamuk dengan menggigit lengan guru itu, Alias
terpaksa mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot
menggunakan lembing. Akhirnya Cikgu Sunan selamat manakala Chot pula
mati.

*contoh peristiwa bagi persoalan, nilai dan pengajaran adalah SAMA*

Anda mungkin juga menyukai