Anda di halaman 1dari 23

NOVEL : CHOT

TEMA : Kasih Sayang Antara Makhluk


Ciptaan Tuhan
 Kasih sayang antara anak dengan ibu.
Buktinya Alias amat menyayangi ibunya yang lumpuh. Dia mencari rezeki
mengambil upah memetikk buah kelapa dengan bantuan Chot bagi menyara
kehidupan dia dan ibunya.

 Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.


Buktinya, Alias berasa bimbang semasa Chot hilang. Dia mencari Chot yang hilang
sehingga dia datang lewat ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan. Chot dijaga
oleh Alias dengan penuh rapi termasuklah dimandikan di sungai, diberi makan
nasi dan pisang.
PERSOALAN
1. Kasih sayang antara manusia dengan
haiwan
 Contohnya, Alias amat menyayangi Chot. Dia
berasa bimbang ketika Chot hilang. Dia mencari
Chot di merata tempat hinggakan dia lewat tiba
ke sekolah lalu dimarahi oleh Cikgu Sunan.
Akibatnya, telinga Alias cedera kerana terkena
bucu meja .
 Selain itu, Alias akan mandikan Chot di sungai.
Alias akan beri Chot makan nasi dan pisang.
2. Sikap berdikari dalam menjalani
kehidupan seharian.
 Contohnya, Alias berusia 11 tahun telah
kematian ayahnya. Dia berdikari mencari rezeki
dengan mengambil upah memetik buah kelapa
dibantu oleh beruk peliharaannya Chot. Alias
tidak menghebahkan kemiskinan yang dialami
sebaliknya berdikari mencari wang untuk
membeli makanan dan ubatan.
3. Keprihatinan dalam kehidupan
berjiran
 Contohnya, Mak Su Kiah jiran kepada Alias
dan ibunya amat prihatin akan nasib Alias
dan ibunya. Dia sering bertanya khabar
tentang Alias dan ibunya. Mak Su Kiah juga
akan menghantar makanan setiap hari
kepada Alias dan ibunya .
4. Kemiskinan masyarakat yang tinggal
di kawasan pedalaman
Contohnya, Alias dan ibunya Mak Leha
tinggal di pondok buruk. Mereka
bergantung pada ihsan jiran yang memberi
makanan Selain itu, kehidupan mereka
berdua bergantung kepada hasil upah
memetik kelapa yang dilakukan oleh Chot.
5. Sikap Masyarakat yang bertindak
melulu.
 Contohnya Cikgu Sunan yang tanpa usul
periksa telah memarahi Alias kerana lewat
ke sekolah. Akibatnya, Alias telah terjatuh
lalu telinganya terkena bucu meja dan
bernanah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama :

ALIAS
 Seorang yang bijak dalam Matematik
Alias bijak dalam matematik. Dia selalu membantu Som
yang tidak berapa faham dan lemah dalam matematik.

 Seorang yang jujur


Buktinya, Alias dengan jujur memberitahu kepada Cikgu
Sunan bahawa dia lambat ke sekolah kerana mencari
beruknya , Chot yang telah hilang.

 Seorang yang rajin dalam pelajaran


Buktinya, walaupun Alias tidak pergi ke sekolah beberapa
hari, namun dia tetap menyalin kerja rumah yang telah
diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Som.
 Seorang anak yang menyayangi ibunya
Buktinya, setiap hari, Alias akan memasakkan makanan untuk
ibunya yang lumpuh. Dia juga telah memesan kepada Pak Din
untuk membelikan ubat batuk untuk ibunya yang sakit.
 Seorang yang menyayangi haiwan peliharaan
Alias amat menyayangi beruk peliharaannya iaitu Chot. Dia
akan mandikan Chot di sungai. Semasa Chot hilang, Alias
berasa bimbang dan mencari Chot di merata tempat sehingga
dia lewat datang ke sekolah. Akibatnya, Alias dimarahi oleh
Cikgu Sunan.
 Seorang yang pandai berdikari
Alias telah kematian ayahnya. Dia yang berumur 11 tahun telah berdikari
mencari rezeki untuk kehidupan dia dan ibunya. Dia mengambil upah
memetik buah kelapa dengan bantuan Chot.

 Seorang yang tidak berdendam


Buktinya, walaupun Alias telah dimarahi oleh Cikgu Sunan, Alias tidak
menyimpan dendam. Alias tetap membantu Cikgu Sunan membuang pasir
pada alas kaki kereta Cikgu Sunan. Alias juga menyambut baik
kedatangan Cikgu Sunan ke rumahnya semasa dia beberapa hari itdak
hadir ke sekolah.
Watak dan Perwatakan
Watak Sampingan :

Som
 Seorang sahabat yang prihatin
Som bersahabat baik dengan Alias. Som amat prihatin akan nasib Alias.
Sewaktu Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan, Som berasa amat sedih. Dia
menganggap bahawa Cikgu Sunan tidak memahami masalah yang
dihadapi oleh Alias.

 Seorang yang baik hati


Som baik hati memberikn sebungkus nasi lemak kepada Alias yang tidak
membawa bekalan ke sekolah.

 Seorang yang menepati janji


Somtidak memberitahu Cikgu Sunan tentang sebab Alias tidak hadir ke
sekolah kerana telah berjanji dengan Alias.
Watak dan Perwatakan
Watak Sampingan :

Cikgu Sunan
 Seorang yang mementingkan disiplin
Cikgu Sunan menegur sikap murid yang suka membuang sampah di
merata-rat atempat dan berbuat bising ketika guru tiada di dalam kelas.

 Seorang yang panas baran


Cikgu Sunan yang sedang marah telah mengherdik Alias , menyebabkan
Alias jatuh dan telinganya terkena bucu meja.

 Seorang yang menyesal atas tindakan.


Buktinya, Cikgu Sunan berasa bersalah ke atas Alias. Beliau ke rumah
Alias untuk meminta maaf atas kejadian mengherdik Alias.
LATAR
LATAR
NILAI
PENGAJARAN
LATIHAN 1:
Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukan tiga nilai murni
beserta contoh peristiwa yang sesuai.

Novel yang saya kaji ialah Chot karya Azizi Hj Abdullah. Antara nilai
murni yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang. Sebagai
contoh, Alias amat menyayangi Chot. Dia selalu membawa Chomandi di
sungai dan memberi Chot makanan. Selain itu, terdapat nilai kerajinan.
Contohnya, walaupun Alias tidak hadir ke sekolah, namun dia tetap rajin
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Di samping itu, nilai
ketabahan. Alias tabah menghadapi kesusahan hidup dalam kemiskinan. Dia
telah kehilangan bapa. Dia juga berdikari mencari rezeki mengambil upah
memetik kelapa orang kampung dengan bantuan Chot.
Latihan 2:
Jelaskan perwatakan watak utama dalam novel yang
anda kaji. Berikan contoh peristiwa yang sesuai. (10m)
Novel yang saya kaji ialah Chot karya Azizi Haji Abdullah. Watak
utama dalam novel ini ialah Alias. Alias seorang anak yang sangat menyayangi
ibunya. Alias menjaga ibunya yang lumpuh. Setiap hari Alias akan masak
makanan untuk ibunya.
Selain itu, Alias seorang yang menyayangi haiwan peliharaan.
Alias amat menyayangi Chot. Buktinya, semasa Chot hilang, Alias pergi mencari
Chot di sekeliling sehingga dia lewat ke sekolah lalu dimarahi oleh Cikgu Sunan.
Di samping itu, Alias seorang yang berdikari. Buktinya, pada
umur 11 tahun, Alias berdikari mencari rezeki dengan mengambil upah memetik
kelapa bagi menyara kehidupan dia dan ibuya.
Latihan: 2

Berdasarkan novel yang anda kaji,


kemukan tiga persoalan yang terdapat
dalam novel tersebut. Berikan conoh
peristiwa yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai