Anda di halaman 1dari 19

SEPAK TAKRAW

•  Sejarah Sepak Takraw
• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad
tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
• Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara kita bahkan di
negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung atau kandang adalah permainan
tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya
permainan ini tidak dapat diberikan kerana telah banyak sejarah termusnah akibat perang dunia kedua. Dengan
berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu
peraturan baru lagi moden dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang. Dengan
terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan
jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw.
• Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini, di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin
Abdul Rahman, En.Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu permainan pertunjukkan
diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan,Pulau Pinang
dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak
raga jaring ini telah merebak ke Alor Setar, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.
• Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah ditubuhkan dan pada 25 Jun 1960 Persekutuan Sepak Raga
Malaya telah dirasmikan di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan Sepak Raga Pulau Pinang. Persekutuan
yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Y. Bhg Tan Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan
segera telah diambil oleh persekutuan tersebut ialah menggubal dan menyusun undang-undang sepak raga jaring yang
ada pada masa itu oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang.
• PERALATAN & KELENGKAPAN DALAM PERMAINAN SEPAK
TAKRAW
• 1.    GELANGGANG
• Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarabg halangan setinggi 8 m dari
permukaan lantai.
• Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan dilukis hala dalam
dari penjuru ukuran gelanggang.
• Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada 2
bahagian yang sama besar.
• Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku
bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 m dan
diukur serta dilukis hala keluar dari jejari tersebut.
• Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang,
yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan gelanggang belakang gelanggang, 4.25
m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
•  TIANG
• Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk
wanita).
• Permukaan gelanggang hendaklah cukup tehug untuk mengekalkan
ketegangan jaring.
• Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak
boleh melebihi 0.04 m.
• Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan ditempatkan 0.3 m dari garisan
tepi dan sebaris dengan garisan teras.
• JARING
• Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
• Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m selari
dengan garisan tengah gelanggang.
• Kedua-dua hujung jaring dilekatkan Pita yang dijadikan sebagai sempadan dari atas
ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan garisan tepi.
• Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan menggunakan pita
0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon.
• Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
• Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m ( 1.42 m
untuk wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m (1.45 m untuk
wanita) tinggi di tiang.
•  BOLA SEPAK TAKRAW
• Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.
• Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.
• Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m (0.43 m
hingga 0.45 m untuk pemain wanita).
• Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm hingga 180
gm (150 gm hingga 160 gm untuk wanita).
• Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau warna yang
terang tetapi tidak boleh mempunyai warna yang boleh mengganggu
perhatian, fokus dan prestasi pemain.
•  PAKAIAN DAN KASUT
• Pakaian sukan yang sesuai  dan berkasut.
• Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah yang sesuai dan
selesa.
• Berstoking.
• Baju atau jersey sepak takraw haruslah dimasukkan ke dalam seluar
dengan kemas.
• KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW
1. servis
2. melambung
3. Mengumpan
4. menanduk
5. merejam
6. menghadang
• SERVIS
• 1) Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki
kanannya sebelum melakukan ayunan

• 2) Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.

• 3) Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan


mengikut lajak
• MELAMBUNG
• Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu :-

• 1) memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.

• 2) Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,

• 3) Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan


lambungan.

• 4) Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak


• MENGUMPAN
• Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu :-

• 1) memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.

• 2) Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,

• 3) Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan


lambungan.

• 4) Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak


• MEREJAM
• 1) Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman
gunting, rejaman sisi dan rejaman menapak.

• 2) Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah


mempunyai fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.

• 3) Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah


bola.

• 4) Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman


•MENGHADANG
• 1) Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh pihak
lawan ditangkis.

• 2) Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.

3) Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :

• a) Diri sedia.

• b) Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring, semakin tinggi
lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan.

• c) Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam, batal jika
menghadang menggunakan tangan
• Menanduk

• Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna


pakai ketika bola berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan
jaring. Tandukan dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi
atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
SEPAK TAKRAW
• 1. PAKAIAN PEMAIN
• Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.
• Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan
boleh membahayakan kepada pemain adalah di larang sama sekali.
• Pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-Shirt, satu set warna sama warna;
pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam
senarai pertandingan.
• Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak
bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan.
• Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai
track-suits.
• Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01
hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.
• Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.
• Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-
Shirt
• 2. BILANGAN PEMAIN SETIAP REGU
• Hanya seramai 3 orang.
• Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan sebagai
tekong.
• Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah kiri (Apit
Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit Kanan).
• Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan
• 3. SISTEM KIRAAN MATA
• Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula
atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan
termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya.
• Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata.
• Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya.
• Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan.
• Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
• Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set
ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata.
• Sebelum pusingan 'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan
pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula.
• Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.
• 4. KELEWATAN

• Hanya 10 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak
lawan akan diberikan kemenangan percuma atau tanpa bertanding, 2-
0 (21-0 / 21-0).
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai