Anda di halaman 1dari 3

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – CERPEN OREN

A. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada
mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang
dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren
terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa
lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah
menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga.
Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang
berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa
kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui
mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

B. TEMA
 Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.

C. PERSOALAN
a. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-
dua kucing tersebut

b. Konflik antara Oren dan Kelab


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan
Kelabu.

c. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
2

D. WATAK & PERWATAKAN


a. Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

b. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu

c. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

E. LATAR
a. Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

b. Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
3

c. Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan
keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan
mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

F. GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkof – tika (ketika)

G. NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian
ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

H. PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk
selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai