Anda di halaman 1dari 3

CERPEN OREN

Cerpen ini mengisahkan seekor kucing yang


diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya
enggan membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan
sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Pertanyaan ibu (Azura) tentang Oren terjawab
juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah
melanggar ibu Oren ketika memandu kereta.
Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing
lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu
(seperti kucing siam) dari tempat kerja yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Ayah bangga dengan Oren kerana
pandai menguruskan najisnya di tandas, berbanding dengan Kelabu yang membuang
najis di merata-rata tempat. Selepas Kelabu dididik, akhirnya Kelabu mula membuang
najis di tandas. Kehilangan Oren selama empat hari telah disedari oleh ayah dan seisi
keluarga. Ayah memberikan susu kepada Oren tetapi susu tersebut tidak diminum oleh
Oren kerana merajuk. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang
berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah
ketiadaan Oren, ayah tiada selera makan dan amat berasa kehilangannya sehingga
bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di
celah pokok tua yang tumbang.

Maksud Perkataan:
1) Mengaitkan=
TEMA
Cerpen ini bertemakan kasih sayang kepada binatang. Buktinya ayah sekeluarga
telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli
keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini.
Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.

Persoalan
i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi
kedua-dua kucing tersebut

ii.    Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia menghabiskan sisa-sisa makanan
Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

1) Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menganiayai binatang? (4 markah)

2) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah boleh mengatasi penganiyaan


binatang dalam kalangan pelajar sekolah? (4 markah)

3) Pada pendapat anda, mengapakah pada permulaan ayah tidak suka akan kucing?
(4 markah)
4) Pada pendapat anda, mengapakah Oren berasa cemburu terhadap Kelabu? (4 markah)

5) Pada pendapat anda, mengapakah Oren menghilangkan diri untuk beberapa hari buat
pertama kali?
(4
markah)

Anda mungkin juga menyukai