Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS

Oren telah hilang selama seminggu. Ayah berasa risau dengan


kehilangan Oren. Lebih-lebih lagi pada bulan Disember ini, cuaca hujan diiringi
dengan guruh dan angin. Ayah menyesali sikapnya yang telah pilih kasih antara
Oren dengan Kelabu. Kehilangan Oren telah menyebabkan ayah berasa runsing
dan hilang selera makan. Ayah lebih banyak memberikan perhatian kepada
Kelabu, kucing yang dipungut sewaktu ayah pulang dari kerja. Sejak itu, ayah
kurang memberikan perhatian kerada Oren.

Pada suatu petang, ayah membawa seekor anak kucing jantan ke


rumah. Anis begitu gembira apabila ayah membawa pulang anak kucing itu.
Kami menamakannya Oren. Sikap ayah ini menjadikan ibu sangat hairan kerana
ayah tidah berminat untuk menjaga kucing walaupun Azura dan Hanis beria-ria
mahu menjaga kucing tetapi ayah tidak membenarkannya. Rupa-rupanya, ayah
bersimpati dengan Oren kerana ayah telah melanggar ibu Oren hingga mati
tanpa disengajakan. Ayah bertujuan baik apabila membawa Kelabu pulang
sebagai teman Oren bermain. Namun, Kelabu yang pandai mengambil hati
ayah telah menyebabkan Oren mengalah dan membawa diri.

Pada suatu malam, ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Ayah


membawa Oren ke dapur. Dia memberi susu kepada Oren. Namun, Oren
hanya membiarkan susu itu. Oren memandangnya dan ayah mencium Oren.
Apabila mata ayah dan Oren bertemu, ayah dapat merasakan kesayuan dan
kehairanan melihat kemanjaan Oren.

Pada waktu pagi, ayah keluar dari biliknya dan bertanya tentang Oren.
Tiba–tiba, Anis muncul di ruang dapur. Dia membawa Oren. Dia memberitahu
bahawa dia menjumpai Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di
taman permainan. Malangnya, Oren telah mati. Ayah dan kami berasa sangat
sedih.

1
TEMA
Kasih sayang manusia terhadap kucing peliharaan

Ayah berasa risau akan kehilangan Oren, kucing peliharaan keluarganya sejak
kecil. Mereka sedih dengan kehilangan Oren. Setelah menanti kepulangan
Oren selama seminggu akhirnya, Oren mati kerana terhempap pokok tua di
taman permainan.

2
PERSOALAN

Perasaan belas
kasihan dan Keinsafan diri
bersimpati terhadap setelah melakukan
kucing. kesilapan
terhadap kucing.

PERSOALAN

Sikap prihatin dan


mematuhi
kehendak dan
kesukaan anak-
anak.

3
WATAK DAN
PERWATAKAN
WATAK

Watak Utama Watak Sampimgan

AYAH

KELABU OREN AKU

4
AYAH
1. Bekerja di pejabat.
2. Mempunyai isteri dan tiga orang anak, iaitu Aku, Azura dan Anis.

Perwatakan :

3. Seorang yang belas kasihan dan mudah bersimpati


4. Seorang ayah yang memahami kehendak anak-anak
5. Seorang yang mudah menginsafi kesalahan diri
6. Seorang yang kasih terhadap kucing-kucing peliharaannya

OREN
1. Kucing kesayangan ayah dan keluarganya.
2. Ibunya mati kerana dilanggar ayah ketika pulang ke rumah.

Perwatakan:

3. Seekor kucing yang pasif


4. Seekor kucing yang pembersih
5. Seekor kucing yang menyendiri dan pendiam
6. Seekor kucing yang cemburu dan iri hati

5
KELABU
1. Kucing yang berwarna kelabu .
2. Kelabu kurus dan tidak terurus sewaktu dipungut oleh ayah.

Perwatakan:

3. Seekor kucing yang manja

AKU
1. Anak sulung ayah.
2. Mempunyai dua orang adik, iaitu Azura dan Anis.

Perwatakan:

3. Seorang anak yang memahami masalah yang dihadapi oleh ayah


4. Seorang kakak yang sedia mendengar aduan adiknya

6
GAYA BAHASA

GAYA BAHASA

Hiperbola Peribahasa

…mata ayah sikap pilih kasihnya…Oren.

mulai berkaca. [halaman 34]

[halaman 40]

Simile

Bulunya yang berwarna

berwarna kelabu Perundangan

menjadikannya tampak

menarik seperti kucing Siam. …sikap pilih kasihnya

[halaman 33] terhadap Oren sehingga

Oren tidak pulang ke rumah

7
PLOT
PERMULAAN
Oren, kucing kesayangan ayah sudah seminggu tidak kelihatan. Ayah berasa
risau dan bimbang kerana hampir setiap malam hujan diiringi dengan guruh
dan angin. Ayah bimbang akan keadaan Oren dalam cuaca sebegitu.
Kebimbangan ayah sangat ketara apabila dia tidak berselera makan. Ibu
melarang kami memberikan pandangan terhadap kehilangan Oren. Namun,
kami beranggapan bahawa Oren iri hati terhadap Kelabu yang pandai
mengambil perhatian ayah dengan menunjukkan kejinakannya berbanding
Oren.

PERKEMBANGAN
Ayah mengingat kembali tentang Oren. Pada suatu petang, ayah pulang agak
lewat. Dalam perjalanan di jalan taman perumahan, dia terlanggar sesuatu.
Apabila dia turun dari kereta, dilihatnya seekor kucing mati di bawah tayarnya.
Hatinya tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di
hadapan kucing yang mati itu. Ayah menyambil anak kucing itu dan membawa
pulang. Sejak itu, mereka memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai ahli
keluarga mereka. Selepas ayah membawa Kelabu ke rumahnya sebagai
peneman Oren bermain, segala-galanya berubah. Kelabu kelihatan tidak
terurus dan kurus. Oleh sebab Kelabu lebih pandai menarik perhatian ayah
dengan kejinakannya berbanding Oren yang pasif, ayah lebih memberikan
perhatiannya kepada Kelabu

PUNCAK
Ayah mendengar suara Oren di luar pintu masuk rumah. Ayah mengambil Oren
dan memeluknya. Ayah hairan apabila melihat bulu Oren terjaga bersih. Ayah
memberi Oren susu tetapi Oren membiarkannya. Oren menggeselkan
badannya di kaki ayah. Ayah mendukung Oren. Oren memandang ayah dengan
sayu. Begitu juga ayah. Pagi itu, ayah menceritakan dia bermimpi Oren pulang
ke rumah semalam.

8
PELERAIAN
Anis muncul di ruang dapur. Kami berasa terperanjat apabila di tangannya ada
Oren. Malangnya, Oren yang didukung oleh Anis telah mati. Anis memberitahu
bahawa dia menjumpai Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di
taman permainan. Ayah menangisi kematian Oren.

9
LATAR
LATAR MASA
Pada waktu (a) Ibu, aku, Azura dan Anis sedang makan malam dan mereka

Malam hanya terdiam apabila melihat reaksi ayah tentang kehilangan

Oren.
(b) Hampir semalaman ayah bersama Oren, malangnya itu cuma

mimpi ayah sahaja.

Pada waktu Ketika ayah sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah,

Petang dia terlanggar ibu Oren. Sejak itu, Oren menjadi kucing

Latar peliharaan keluarga ayah.

Masa

Pada waktu Ayah bercerita tentang dia bermimpi Oren pulang ke rumah

pagi semalam dan hampir semalaman Oren bersama-sama dengan

ayah di ruang tamu.

Pada hari Ayah masih tidak melihat kelibat Oren walaupun “aku” memberitahu

keempat dia melihat Oren di tepi longkang manakala Anis melihat Oren

bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan.

Sudah Ayah masih tertanya-tanya tentang kehilangan Oren kerana Oren

seminggu tidak makan makanan yang disediakan oleh ayah

10
LATAR TEMPAT

Ruang tamu Di dalam bilik


rumah ayah Azura

LATAR
TEMPAT

Di jalan taman Di meja makan


perumahan

11
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat
Masyarakat yang sangat
yang belas menyayangi
kasihan dan kucing
bersimpati
kepada kucing

LATAR

MASYARAKAT

Masyarakat
yang prihatin
Masyarakat
akan kehendak
yang menginsafi
anak-anak
kesalahan yang
telah dilakukan

12
NILAI

Kasih sayang

bekerjasama Belas kasihan

dan bersimpati

Nilai

Hormat-
Keinsafan
menghormati

13
PENGAJARAN
Kita hendaklah menyayangi haiwan seperti kucing agar haiwan
ini dapat hidup dengan sempurna.

Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan dan


bersimpati terhadap haiwan seperti kucing.

Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang pernah dilakukan


agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung.

Kita hendaklah mempunyai perasaan prihatin akan kehendak


dan kesukaan anak-anak supaya mereka berasa gembira.
Pengajaran

Kita hendaklah menghormati perasaan orang lain dengan tidak


memberikan pandangan yang boleh menambah kesedihannya
lagi.

Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah


dalam keluarga.

14

Anda mungkin juga menyukai