Anda di halaman 1dari 16

CERPEN OREN

AHMAD HAZEQ BIN JASMIN


1 KHAZIN
PB 180084
HR MADAM JAHAN
AISAH BINTI MAT
SINOPSIS

• Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren.
Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli
keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama
kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah
disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu
dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya
menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa
kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya
Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA

• Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing


yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah
menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan
diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN

• i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-
sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
PLOT

• i. Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh
seluruh ahli keluarga

ii. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah
mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana
berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.

iii. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari
rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan
Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan rumah
mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut
TEKNIK PENCERITAAN
• i. Pemerian
• Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu
Oren.

• ii. Dialog
• Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

• iii. Monolog
• Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.
TEKNIK PENCERITAAN
• iv. Monolog Dalaman
• Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil
ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

• v. Imbas Kembali
• Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

• vi. Imbas Muka


• Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan
empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN

• Watak Utama

• Ayah
• i. Seorang ayah yang penyayang
• ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
• iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
• iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
• v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
• vi. Menangisi kematian Oren
WATAK SAMPINGAN

• 1. Oren
• i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
• ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
• iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
• iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

• 2. Kelabu
• i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
• ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
• iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
• iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
• v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
LATAR

• Latar Masa
• i. Kehilangan Oren selama empat hari
• ii. Sudah seminggu hujan turun
• iii. Setiap malam
• iv. Hujung pertengahan Disember
• v. Makan malam
• vi. Dua hari yang lalu
• Latar Tempat/ Ruang
• i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
• ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
• iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
• iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
• v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke
ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
• vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
• Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing –
ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah
memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu
Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke
rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga
kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat
seperti susu
GAYA BAHASA

• i. Simile – seperti ada yang membersihkannya


• ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
• iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
• iv. Sinkof – tika (ketika)
NILAI

• i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing


peliharaan mereka
• ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara
Oren selepas kematian ibunya
• iii.Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat
kepada kucing peliharaannya
PENGAJARAN

• i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang


walaupun kepada makhluk selain manusia.
• ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu
perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,
• iii.Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan
oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai