Anda di halaman 1dari 2

Oren juga selama berada di rumahnya seperti tetamu yang

selalu menjaga sikapnya. Kebersihan dirinya jUga sering diurus


sendiri. Oren tidak membuang najisnya di dalam rumah. Oren
sentiasa ke tandas atau ke longkangjjka ingin membuang
najisnya. Tabiat Oren scperti kucing yang telah dididik sebelum
dia memungutnya. Namun, dia tidak dapat memulangkan Oren
kepada tuan asalnya kerana dia tidak tahu tuannya siapa. Dia
juga tidak sanggup membiarkan Oren begitu sahaja kerana dia
telah menyebabkan kematian ibu Oren.
Kelabu pada awalnya selalu juga membuang najisnya di
merata-rata tempat, tidak terkecuali di dalam rumah sehingga
rimas mereka untuk mengajar Kelabu supaya mengikut cara
Oren.
Tiba-tiba dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar pintu
rumah. Dia lantas bangun menuju ke muka pintu lalu
membukanya. Di hadapannya kelihatan Oren dengan raut
wajahnya yang sayu. Dia membongkokkan dirinya untuk
mengangkat Oren.
“Kc manakah cngkau pcrgi, Oren?” soalnya sambil
mengusap-usap belakang kucingnya itu. Dia kehairanan kerana
bulu Oren terjaga bersih walaupun tclah beberapa hari
kucingnya itu tidak pulang ke rumah seolah-olah ada orang yang
membersihkannya.
Kemudian, dia membawa Oren ke dapur. Dia mengambil
susu dari peti sejuk dan disuanya kcpada Oren, namun Oren
hanya membiarkan susu itu. Dcngan manjanya Oren kembali
kepadanya sambil menggcselkan badan di kakinya. Selepas itu,
dia kembali mendukung Oren. Oren mcmandangnya dengan
lembut. Lantas dia mencium pipi Orcn. Pcrbuatannya itu tidak
pernah dilakukannya scbelum ini walaupua kepada Kelabu.
“Mengapa, Oren?” Dia tidak tahu akan sebabnya dia
menanyakan soalan itu tetapi dia dapat merasakan perasaannya
yang sayu setiap kali mata Oren dan matanya bertemu. Dia cuba
untuk mencpis perasaan sayu dan bersalah kerana mengabaikan
Oren sctelah kchadiran Kelabu.
Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula.
Sambil duduk di sofa dia membelai-belai Oren dengan manja.
Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Orcn, iaitu perbuatan
yang jarang-jarang dilakukannya. Oren membalasnya dcngan
mengiau-ngiau.

Anda mungkin juga menyukai