Anda di halaman 1dari 2

PEMBETULAN BAHAGIAN F : SOALAN 1

Seterusnya, pencemaran sungai juga boleh berlaku akibat


daripada pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang. Hal ini berpunca
daripada pembuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan
hanya memikirkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan kesan negatif
kepada sungai-sungai di Malaysia. Misalnya, bahan-bahan kimia dan
sisa-sisa toksik akan mencemarkan sungai dan sekaligus akan
merendahkan kualiti sungai. Berdasarkan senoria ini, sikap pengusaha
kilang yang terbabit dapat diibaratkan seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
Selain itu, kegiatan pembalakan juga antara punca pemcemaran
sungai. Hal ini disebabkan, kegiatan pembalakan merupakan kegiatan
penebangan pokok-pokok yang bertujuan untuk industri pembuatan
dan pembuangan. Tamsilnya, hakisan tanah akan berlaku dengan
lebih mudah dan menyebabkan tanah tersebut akan mencemarkan
sungai. Kesan yang paling ketara adalah berlakunya bencana alam
seperti banjir kilat.
Di samping itu, pencemaran air berlaku disebabkan aktiviti
pertanian. Hal ini terjadi kerana aktiviti pertanian seperti membaja
terlalu banyak sehingga bahan kimia tersebut mengalir ke sungai-
sungai berdekatan dan mencemarinya. Umpamanya, teknik
pembajaan hendaklah dilakukan dengan betul dan dilakukan dengan
kadar sederhana bagi memastikan baja tidak mengalir ke dalam
sungai sekiranya berlaku hujan. Oleh itu, pemilik ladang dan
pengusaha tani perlu bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti
pertanian.
Kesimpulannya, langkah yang proaktif seharusnya diambil oleh
pihak kerajaan dengan menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran
tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.
Tegasnya, denda yang lebih tinggi boleh dikenakan oleh pihak yang
berwajib kepada pihak-pihak yang melakukan aktiviti pencemaran
sungai. Oleh yang demikian, diharapkan agar pencemaran sungai
dapat ditangani dengan kadar segara.

Anda mungkin juga menyukai