Anda di halaman 1dari 9

1

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi, air adalah satu sumber yang amat penting bagi kehidupan di muka bumi ini

termasuklah manusia. Namun dalam zaman pembangunan yang moden ini, krisis air adalah salah

asatu krisis yang sering dialami oleh masyarakat dunia dan antara krisis yang sering dialami ialah

pencemaran air. Dalam banyak kes, pencemaran air ini banyak disebabkan oleh pembuangan air

kumbahan kepada sumber air seperti sungai atau tasik, dan pembuangan sisa tersebut adalah tanpa

rawatan terlebih dahulu. Pencemaran air boleh memberikan pelbagai kesan yang membimbangkan

sama ada terhadap hidupan akuatik mahupun kepada manusia sendiri. Kualiti air yang tercemar

akibat tindakan manusia akan menyebabkan taraf kebersihan air akan menjadi rendah dan akan

mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia yang menggunakan sumber air tersebut. Oleh itu,

kita semua harus tahu faktor berlakunya pencemaran air dalam kalangan rakyat di Malaysia.

2.0 Faktor Pencemaran Air

2.1 Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai

Antara punca-punca yang sering menyebabkan berlakunya pencemaran sungai yang teruk

ialah akibat pembuangan sampah yang banyak ke dalam sungai. Masyarakat glokal kini

sering membuang sisa-sisa buangan sama ada domestik seperti makanan dan plastik.

Pembuangan sisa toksik dari kilang seperti minyak dan racun juga tidak terkecuali dan hal ini

telah menjejaskan pelbagai hidupan akuatik yang ada.

Menurut Chan (dikutip dalam Hamidi Ismail et al., 2004) komuniti setingan

berpotensi tinggi dalam pencemaran air kerana mereka sering membuang sampah sarap

mereka ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan jumlah sampah sarap yang dapat kita lihat di

Kawasan sungai sangat banyak kerana sikap masyarakat kita sendiri yang tidak

bertnggungjawab untuk menjaga kebersihan sungai kita.Dapat dilihat dengan jelas di sini

bahawa pembuangan sampah sarap yang banyak ke dalam sungai akan menjejaskan sungai

dari segi warna dan bau sungai tersebut.


2

2.2 Pembalakan Berleluasa

Selain itu, aktiviti pembalakan yang tidak terkawal juga menjadi punca berlakunya

pencemaran air atau lebih tepat lagi adalah pencemaran sungai. Hakisan tanah akan berlaku

setelah aktiviti pembalakan dijalankan dan ini akan menyebabkan tanah yang terhakis akan

masuk ke dalam sungai dan akan mengubah warna serta kandungan air. Sisa-sisa

pembalakan yang tinggal akan dibuang ke dalam sungai dan akhirnya kandungan toksik

dalam sungai akan meningkat seterusnya akan mengganggu hidupan akuatik yang ada.

Oleh kerana inginkan keuntungan ekonomi daripada hasil bumi seperti

perlombongan dan pembalakan sehingga menyebabkan kesan yang teruk kepada alam sekitar

dan mengakibatkan orang menoriti seperti komuniti Orang Asli kehilangan sumber air bersih

(Ida Royani Amran et.al., 2021). Jelaslah di sini bahawa isu pembalakan juga merupakan

faktor yang menyumbang kepada krisis air glokal iaitu krisis pencemaran air.

2.3 Aktiviti Pertanian

Faktor yang berikutnya pula adalah aktiviti pertanian. Mungkin ianya dianggap perkara yang

remeh dan ramai berfikir bahawa ianya tidak menjadi penyumbang atau punca yang besar

kepada pencemaran sungai. Harus diingatkan bahawa penggunaan racun serangga yang pada

akhirnya akan disalurkan ke sungai dan akan meningkatkan toksik dalam sungai. Selain itu,

penggunaan baja tidak organik juga adalah punca kepada pencemaran sungai. Pembuangan

baja tersebut akan menyebabkan berlaku pertumbuhan alga dan kesanny adalah cahaya

matahari akan sukar untuk sampai ke dasar laut atau sungai selain menjadikan sumber air

tersebut tidak selamat digunakan.

Shawal Sahid Hamid@hussain (2021) menyatakan bahawa penanaman sayur-

sayuran dan padi dakan industri pertanian tekah menyebabkan banyak penggunaan bahan

kimia cecair yang akan mengalir ke sungai apabila hujan lebat. Justifikasinya, aktiviti

pertanian ini juga adalah faktor yang menyumbang kepada pencemaran sumber air dengan

agak banyak.

2.4 Pembuangan Sisa Minyak dari Bengkel Kenderaan atau Motor


3

Punca yang terakhir yang ingin dibincangkan bagi pencemaran air adalah pembuangan sisa

minyak dari bengkel kenderaan atau motor. Pembuangan bahan kimia seperti minyak yang

tidak ditapis akan menyebabkan kandungan oksigen di dalam air akan menjadi rendah dan

seterusnya menyebabkan hidupan akuatik tidak akan mendapat oksigen yang cukup dan akan

menyebabkan kepupusan hidupan akuatik tersebut.

Pitt et al., (dikutip dalam Ang, 2015) menyatakan bahawa pencemaran terdiri

daripada bahan organik seperti karbon organik, minyak dan gris dapat menyebabkan

kurangnya oksigen di air. Oleh sebab itu, minyak daripada bengkel kenderaan harusnya

diuruskan dengan baik supaya tidak mencemarkan sumber air kita. Sekiranya hal ini masih

berlanjutan, sudah tentu sumber air kita akan menjadi tidak selamat untuk digunakan.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulaannya, pencemaran air ini boleh berpunca disebabkan seperti yang dinyatakan dan sekiranya

krisis ini tidak dibendung atau tidak diambil berat oleh mana-mana pihak, justeru sumber air yang ada

ini tidak akan dapat dikekalkan dengn baik seperti ada sesetengah kawasan yang airnya langsung tidak

boleh diguna pakai akibat pencemaran yang berlaku.


4
5

Lampiran 1

Lampiran 2
6

Lampiran 3
7

Rujukan

Chan (dikutip dalam Hamidi Ismail et al., 2004) Sikap komuniti setinggan tebingan sungai:

pencemaran alam sekitar dan pengurusannya. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 3(1), 1-12.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1587/1140

Ida Royani Amran et al., (2021). Kajian pencemaran air terhadap komuniti orang sli di Tasik Chini,

Pahang. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research 3(2), 119-128.

http://doi.org/10.46754/umtjur.2021.04.0012

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2009 (dikutip dalam Ang, 2015). Kualiti sumber air di

Malaysia: satu analisis. Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space 11(6), 98-

108.https://scholar.google.com.my/scholar?

start=0&q=artikel+punca+pencemaran+air&hl=en&as_sdt=0,5&as_vis=1#d=gs_qabs&u=%23p

%3D1LOKjDW7b_QJ

Pitt et al., (dikutip dalam Ang 2015). Kualiti sumber air di Malaysia: satu analisis. Geografia Online

Malaysia Journal of Society and Space 11(6), 98-108. https://scholar.google.com.my/scholar?

start=0&q=artikel+punca+pencemaran+air&hl=en&as_sdt=0,5&as_vis=1#d=gs_qabs&u=%23p

%3D1LOKjDW7b_QJ

Shawal Sahid Hamidi@Hussain (2021). Analisis tahap kesedaran komuniti terhadap tahap pencemaran

industri kajian kes: Yan Kedah. Jurnal Sains Social Malaysian Journal of Social Science 6(1), 97-

107. file:///C:/Users/user/Downloads/879-1549-1-SM.pdf

Tu, 2011 ( dikutip dalam camaran, M. et. al, 2019). Impact of land uses on water quality in Malaysia: A

review. Ecological Processes 8(10). https://doi.org/10.1186/s13717-019-0164-x


8
9

Anda mungkin juga menyukai