Anda di halaman 1dari 1

1. Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi primer menjejaskan alam sekitar.

[12]

Penggunaan baja kimia dan racun serangga. Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang
berlebihan boleh menyebabkan pencemaran sumber air. Ini kerana baja kimia dan racun serangga akan
dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah dan dialirkan sebagai aliran air bawah tanah. Seterusnya
akan menyebabkan pencemaran air sungai dan tasik. Contohnya, baja urea, fosfat, ammonia dan
sebagainya. Oleh itu, penggunaan baja kimia yang berlebihan akan menjejaskan alam sekitar.

Pembakaran terbuka. Kawasan yang luas diperlukan untuk membuka tapak pertanian baharu.
Amalan pembakaran terbuka secara besar-besaran dijalankan bagi memudahkan untuk memperoleh
kawasan yang luas. Asap dari pembakaran terbuka akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya
meningkatkan suhu persekitaran. Oleh itu, aktiviti pembakaran terbuka menjejaskan alam sekitar.

Amalan pertanian sejenis. Tanaman sejenis menyebabkan nutrien tanih menjadi tidak seimbang.
Sesetengah nutrien hilang lebih cepat kerana digunakan dengan maksimum oleh tanaman. Contohnya,
kelapa sawit yang banyak menggunakan nitrogen, fosforus dan kalium serta tanaman nanas yan banyak
menggunakan potassium. Ini menyebabkan keseimbangan nutrien tanah lebih cepat hilang. Oleh itu,
amalan pertanian sejenis menjejaskan alam sekitar.

Lombongan gali. Aktiviti perlombongan gali yang dilakukan secara besar-besaran akan
meninggalkan kesan lekukan. Ini kerana kaedah perlombongan yang dijalankan akan meninggalkan
kesan-kesan lekukan. Sebagai contoh, kaedah pengeboman. Oleh itu, lombongan gali akan menjejaskan
alam sekitar.

Penggunaan kaedah tangkapan yang tidak dibenarkan. Hal ini dilakukan oleh manusia yang
mementingkan keuntungan semata-mata. Sebagai contoh, penggunaan tuba, aliran elektrik, bom ikan
dan sebagainya. Ini akan memusnahkan keseluruhan spesies hidupan akuatik. Kaedah ini juga akan
memusnahkan habitat dan rantaian makanan hidupan di tepi pantai. Oleh itu, penggunaan kaedah
tangkapan yang tidak dibenarkan akan menjejaskan alam sekitar.

Amalan tanaman tanpa tutup bumi. Amalan seperti penanaman pokok kekacang akan
menggalakkan hakisan percikan air hujan dan larian air permukaan kerana butiran tanih tidak diikat oleh
akar tumbuhan dan juga boleh mengurangkan kandungan nutrien tanah khususnya nitrat. Amalan
pertanian tanpa sungkupan plastic juga menggalakkan hakisan tanah terutamanya di kawasan cerun
bukit khususnya tanaman sayur-sayuran. Contoh, di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi
Kundasang. Oleh itu, amalan tanaman tanpa tutup bumi akan menjejaskan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai