Anda di halaman 1dari 18

Air

KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR


--

PENCEMARAN

Udara

Disediakan oleh 3A2:


Yeep Min Qin, Chong Shin Jie, Quah Zhi-Lyn, Ong Joe Yee, Choy Shu Ern,

Tanih

Chew Yi Kher, Ooi Huey-En, Ng Shi Qi, Teoh E-Shing, Hong Min Yueh Melanie

PUNCA PENCEMARAN AIR


Pembuangan sisa pepejal
Pembuangan sisa pepejal seperti plastik, kayu dan logam dilakukan oleh
sektor perindustrian dan perlombongan.
Contoh: Sungai Skudai, Sungai Semenyih
Pembuangan sisa cecair
Pembuangan sisa cecair dilakukan oleh sektor perindustrian, pertanian
dan pelancongan.
Sisa kumbahan dan sisa toksik yang dialirkan terus dari kilang ke dalam
sungai tanpa dirawat menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai
tersebut.

Pembuangan sisa ladang


Seperti sisa baja kimia, racun serangga dan racun rumpai serta najis khinzir
turut mencemar air sungai.
Pembuangan sisa kumbahan
Sisa kumbahan dari hotel dan calet yang dialirkan ke sungai dan laut akan
menyebabkan berlakunya pencemaran
Pembuangan sampah
Pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai dan laut.
Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan
binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai.

KESAN PENCEMARAN AIR


Kepupusan hidupan akuatik
Menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang.
Rantaian makanan juga akan dijejas.
Membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau.
Spesis terancam semakin pupus seperti penyu.
Contoh: Pembuangan plastik di perairan Terengganu menyebabkan penyu mati kerana
termakan plastik yang disangkakan makanan
Menjejaskan kesihatan
Sumber air bersih berkurangan.
Contoh: 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi
menampung keperluan harian mereka.
Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika minum atau
menggunakan air yang tercemar.
Sampah-sarap yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus
membiak.

Menjejaskan industri pelancongan


Tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa
Kawasan terumbu karang boleh terjejas apabila berlaku pencemaran air
Pulau dan pantai akan kurang dikunjungi kerana keindahan pemandangan
terjejas dan kecantikan alam marin ini musnah.
Berlakunya Banjir
Sampah sarap menyumbatkan parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut
ataupun sungai.
Menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.
Kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, mempengaruhi pembuatan
makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN AIR
Menyediakan tangki takungan bawah tanah.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan.
Menyediakan tangki takungan bawah tanah dan merawat air buangan
menggunakan bioteknologi sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Penguatkuasaan undang-undang.
Melaksanakanundang-undangmelarang pembuangan sampah-sarap domenstik
ke dalam sungai.
Kedegilan masyarakat yang membuang sampah merata-rata perlu dikenakan
hukuman yang berat seperti saman wang tunai mengadakan khidmat sosial
secara percuma dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan undang-undang akan memastikan persekitaran sungai yang harmoni
dapat diwujudkan.

Pemasangan perangkap sampah.


Perangkap sampah perlu dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang
parit utama untuk memerangkap sampah sarap yang akan dialirkan oleh air
melalui longkang.
Memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tersumbat.
Sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air.
Sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kempen kesedaran.
Menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai.
Menyemai sikap menyintai sungai kita dalam kalangan masyarakat setempat.
Mendewasakan masyarakat tetang kepentingan sungai dalam kehidupan.
Contohnya, Kempen Cintai Sungai yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran.

Rawat semula air.


Negara-negara perindustrian yang kekurangan sumber air telah
menjalankan program rawat semula air.
Contohnya: Jepun. Singapura. China.
Menerapkan nilai-nilai murni kepada generasi muda.
Poster-poster yang menyentuh isu pencemaran sungaiperlu digantung
dan ditampal.
Menunjuk dan melakukan pembuangan sampah di tempat yang betul di
hadapan anak-anak.
Pembelajaran berkenaantopik sungaijuga perlu banyak disentuh dalam
subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Geografi.

PUNCA PENCEMARAN UDARA


Pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida
(CO), sulfur dioksida , nitrogen dioksida, dan gas metana.
Pembakaran hutan oleh pertanian pindah dan pembakaran jerami padi
selepas musim menuai.
Pembakaran bahan api kilang
Semburan racun serangga
Ekzos kenderaan
Kerja-kerja pemecahan batu di kuari

KESAN PENCEMARAN UDARA


KESIHATAN MANUSIA
Karbon monoksida akan meracuni sIstem pengangkutan oksigen dalam darah
akan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paruparu.
Bahan tercemar akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.
Contohnya, gas ozon boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata
dan penglihatan manusia.
TUMBUHAN
Mengalami kerosakan seperti nerosis (keguguran daun), klorosis(pertukaran
warna) dan pertumbuhan terbantut.
Menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.
Udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan
tersebut dari sumber tumbuhan tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kerosakan seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan
dinding bangunan.
Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
ALAM SEKITAR
Meyebabkan kesan rumah hijau, pemanasan global, penipisan lapisan ozon,
fenomena pulau haba, hujan asid dan jerebu berlaku.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN UDARA
Penampalan ozon
- Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium.
- Menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu
menampal ozon.
- Hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.
Memperkenalkan undang-undang
- Industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan.
- Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu
kapur pada asap.
- Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi
- Penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara
giat di negara-negara barat.
- Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran udara malah
pencemaran bunyi.
-Tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin
bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kitar semula
- Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan
buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya.
- Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar
kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran.
- Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

PUNCA PENCEMARAN TANAH


Pembuangan bahan sintetis
Pembuangan bahan sintetis yang tidak dapat diuraikan oleh
mikroorganisme, seperti plastik, kaleng, kaca, sehingga menyebabkan
oksigen tidak bisa meresap ke tanah.
Penggunaan pestisida dan detergen
Penggunaan pestisida dan detergen yang merembes ke dalam tanah
dapat berpengaruh terhadap air tanah, flora, dan fauna tanah.
Sisa Buangan Industri
Sisa pepejal yang berasal dari proses pengolahan, misalnya sisa
pengolahan pabrik gula, kertas, rayon, pengawetan buah, ikan, daging.
Sisa-sisa cecair pelapisan logam dan industri kimia. Contohnya, tembaga,
timbal, perak, khrom, arsen dan boron.

KESAN PENCEMARAN TANAH


Tanah Menjadi Beracun
Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah
beracun dan tidak boleh didiami.
Tanah Bertukar Gersang
Disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak
terkawal. Contohnya:
Pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang tidak subur
Padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak,
Pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan
penempatan

Hakisan Tanah
Merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi
Mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Contoh: tanah runtuh dan
gempa bumi.
Penyebaran Kuman-kuman Penyakit
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang yang menjadi
tempat pembiakan kuman penyakit.
Tikus, lipas, lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan
menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain.
Jika makanan dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN TANAH
Menghadkan pembalakan
Mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan
pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan .
Pihak kerajaan negeri menanam semula pokok sebagai langkah
pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan .
Penguatkuasaan undang-undang
Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap
pengurus kilang yang tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan sisa
toksik perkilangan dibuang merata-rata.

Pendidikan alam sekitar


Membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Rakyat akan sedar tentang pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi
dikekalkan.
Pendedahan media massa
Dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran
alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah
pencemaran.

Anda mungkin juga menyukai