Anda di halaman 1dari 1

elaskan dua punca utama yang menyebabkan bertambahnya pencemaran sumber air di negara-negara membangun.

[4] Sebuah negara


yang dikaji ialah malaysia. Di antara punca-punca utama yang menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran sumber-sumber air sama
ada di dalam sungai, tasik, kolam, air hujan dan lain-lain. i. Punca perindustrian. Meningkatnya kadar pembuangan pelbagai jenis
bahan sisa perindustrian atau lebih dikenali sebagai sisa-sisa toksid seperti mineral terlarut, otoran minyak, bahan-bahan organik, bahan-
bahan kimia, hampas dan lain-lain ke dalam sungai, tasik, kolam dan akhirnya ke laut (termasuk pembuangan bahan sisa radioaktif).
Enfluen dan perindustrian ini bukan sahaja menyebabkan sumber air berbau busuk tetapi juga meningkatkan kandungan BOD dalam air
yang boleh mencerminkan kualiti air tidak lagi bersih, teroksida (beracun), mengandungi berbagai jenis bakteria yang merbahaya seperti e-
coli dan coliform yang boleh memusnahkan hidupan akuatik. contoh kes seperti Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Juru, Sungai Prai
dan sebagainya. ii. Punca domestik. Meningkatnya kadar pembuangan sisa-sisa domestik dari perumahan seperti sampah sarap
oleh penduduk dan juga sisa kumbahan terutamanya setinggan yang tinggal di tepi sungai. Sistem pembuangan sampah dan saliran najis
yang tidak terurus telah menjadikan sungai sebagai mangsa yang paling mudah sebagai tempat buangan.aliran sungai akan tersekat, kotor
dan berbau busuk. iii. Punca tumpahan minyak. Meningkatnya kejadian tumpahan minyak dan pada pembuangan bahan-bahan
berminyak di kawasan laut, teluk, muara sungai dan di sekitar pelabuhan termasuk perlanggaran dan pembuangan oleh kapal-kapal tangki.
Tompokan minyak akan menutupi permukaan laut menerusi proses pembauran. Kualiti air laut akan tercemar dengan ketulan-ketulan
minyak mentah dan seterusnya memberikan impak negatif kepada ekosistem laut dan hidupan maritimnya. Banyak kes tumpahan minyak
di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan. iv. Punca pertanian. Meningkatnya penggunaan bahan-bahan kimia (baja dan
racun serangga) dalam bidang pertanian. Bahan-bahan ini akan sebati dengan air hujan dan dilarut-resapkan ke dalam tanah,
mencemarkan sumber air tanah seterusnya ke sungai serta tasik. v. Sektor ternakan seperti pembuangan najis khinzir juga
menjadi punca utama pencemaran sungai. Sungai bukan sahaja berbau busuk dan sukar untuk mengalir (dianggap sebagai sungai mati).
Contoh; Sungai Sepang di Selangor dan Sungai Nipah, Bukit Pelanduk Negeri Sembilan. vi. Punca pembangunan tanah.
Meningkatnya aktiviti penyahutanan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pertanian ladang, kawasan perindustrian, perumahan, jaringan
lebuh raya, pembinaan lapangan terbang, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan mencemarkan sungai-sungai yang
berhampiran.penyahhutanan akan menyebabkan pelbagai proses geomorfologi seperti hakisan dan tanah runtuh. Larian air permukaan
akan membawa lumpur, kelodak, selut, bahan-bahan ampaian serta bahan enapan lain memasuki sistem sungai yang menyebabkan air
sungai berubah warna,keruh dan berlumpur selain proses mendapan yang akan mencetekkan dasar sungai. b. Huraikan dua langkah
yang perlu diambil untuk menjamin sumber air dalam negara tersebut bersih dan berterusan. [4] Bagi menjamin sumber-sumber air di
Malaysia sentiasa bersih dan Berterusan, maka beberapa langkah patut diambil. Antaranya ialah : i. Penguatkuasaan undang-
undang. Pengawasan yang teliti, pemantauan (kawal selia) dan tindakan yang tegas termasuk denda, penjara, menarik balik lesen operasi
kepada semua pihak yang terlibat mencemarkan sumber-sumber air sama ada ke atas kilang, penternak, pemilik-pemilik kapal dan
sebagainya. Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai Sebuah badan kerajaan diberi kuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-
undang seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta kualiti alam sekitar 1974. ii. Mempertingkatkan r&d untuk merawat air yang
telah tercemar khususnya daripada perkumuhan kilang. Hal ini termasuk juga teknologi kitar semua air, memproses air misalnya
memproses air laut yang mengandungi garam menjadi air tawar yang akhirnya boleh diguna atau mengubah teknologi perindustrian yang
tidak mencemarkan air. Kajian, penyelidikan dan pengawasan kualiti air sungai dan laut/pesisir pantai hendaklah dilakukan dari masa ke
semasa. Mengawal aktiviti penyahhutanan terutamanya yang berdekatan dengan kawasan tadahn air. Hutan-hutan di sekitar 10 km
persegi dari kawasan tadahan hendaklah dikekalkan. Hutan semulajadi bukan sahaja boleh bertindak sebagai kawasan tadahan untuk
memastikan keberterusan sumber air, ia juga boleh bertindak sebagai penapis semulajadi (filter) yang paling berkesan untuk menjamin
sumber air sentiasa bersih dan selamat. Justeru kawasan hutan simpan hendaklah dikekalkan daripada sebarang bentuk pembangunan
tanah. iii. Kempen meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus
kehidupan. Kempen-kempen boleh dilakukan menerusi media massa, media cetak atau menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang
melibatkan masyarakat sekitar untuk menghayati kepentingan air. Contohnya kempen “cintai sungai kita”. “hargai air” dan lain-lain yang
berkaitan. iv. Mempertingkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut terutamanya di perairan selat melaka. Sebagai
rakan Asean, Malaysia, Indonesia, Singapura boleh bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti rondaan dan pemantauan, berkongsi kos
pemuliharaan perairan, perkongsian teknologi dan maklumat serta penyelarasan undang-undang dan peraturan laut agar aktiviti
pencemaran laut khususnya oleh kapak-kapal tangki boleh dibendung.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Anda mungkin juga menyukai