Anda di halaman 1dari 4

Punca

Pembuangan sampah dari kawasan perumahan


Kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang

kepentingan alam sekitar kepada kehidupan kita.Mereka juga tidak tahu apakah

akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita.


Sisa toksik dari kilang
Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sampah

sarap daripada kilang mereka ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan

sampah tersebut .
Sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab
Peniaga membuang sampah ke dalam sungai adalah kerana mereka tidak mahu

membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah , lalu mereka menceroboh

harta awam.
Pihak Penguatkuasaan yang kurang tegas
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah ,kurang tegas , mudah ditipu dan disuap

dengan wang dan kekayaan ,walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada

pelaksanaannya maka sia-sia.


Pertumpahan Minyak
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut

mendorong kepada pencemaran air . Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran

tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan berlakukan pencemaran.

Kesan

Membahayakan Kesihatan Manusia


Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat ,merkuri dan

sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.


Tumpahan Minyak
Tumpahan Minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan

minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan

tumbesaran dan kesuburan plankton.Hidupan laut akan mati .


Kesan kepada Tanah Basah
Tanah Basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies

tumbuhan . Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam

sistem air. Dengan peningkatan fosforus ,ianya akan menyebabkan ekosistem tidak

seimbang.
Menjejaskan imej kawasan tersebut
Pembuangan sampah ke dalam laut boleh memberikan gambaran bahawa penduduk di

kawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada

masyarakat sahaja.
Menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling
Sampah-sarap yang dibuang ke dalam laut atau sungai tidak menguruskan dengan

baik akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ,lalat,dan menjadi

tempat makanan ternakan. Tempat pembuangan sampah akan semakin kotor dan

busuk.
Membawa pelbagai penyakit
Pembuangan sisa-sisa sampah ke dalam laut atau sungai boleh membawa pelbagai

penyakit seperti demam , denggi, keracunan makanan dan sebagainya.


Cadangan Langkah Penyelesaian
Kempen Kesedaran melalui iklan TV
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap tidak apa perlu

ditangani .Kempen kesedaran melalui iklan TV mengenai kesan sikap individu yang

membuang sampah tanpa memikirkan kesannya .


Penyelenggaraan sistem perparitan berkala
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak

tersumbat maka penyenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali

sebulan. Dengan cara ini , maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air

sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.


Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah .
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja

pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan

sampah sarap bertaburan merata tempat termasuk sungai.Oleh itu, tong sampah perlu

ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak

melimpah .
Menguatkuasaan undang-undang
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan sekatan yang diperlukan dan

mengenakan denda yang lebih tinggi kepada individu yang mencemari laut dan sungai

.Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia

ke dalam sungai juga akan diambil tindakan.


Mengadakan gotong-royong
Konsep gotong royong terutama di kawasan sungai harus dilaksanakan dengan kerap

oleh penduduk setempat.Aktiviti secara berkelompok ini membolehkan sungai itu

dibersihkan daripada segala kekotoran terutama kayu-kayu dan sampah-sarap .

Anda mungkin juga menyukai