Anda di halaman 1dari 8

GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 14:

KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM


SEKITAR

Disediakan oleh:

1. Ahmad Iqmal Reezal Bin Rahim


2. Muhammad Qasyief aiena bin tujeri shah
3. Muhammad faris aiman bin mohd jefri
4. Norzafry bin norazlan

Kelas: 3 Gemilang

Guru: Puan Farah Loh


Kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
- Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal memberi kesan negatif terhadap
alam sekitar
- Di Malaysia, kegiatan ekonomi menyebabkan kepupusan sumber,
pencemaran udara,air, dan tanih, perubahan pandang darat, kesan
haba, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, pulau haba dan hujan
asid.

Kepupusan sumber
- Penebangan hutan tanpa kawalan menyebabkan kepupusan flora dan
fauna.
- Penerokaaan hutan untuk tujuan pembalakan , pertanian, dan
pembinaan petempatan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar mengalami kepupusan kerana habitat mereka
terganggu.
- Penggunaan racun rumpai, racun serangga, dan baja kimia secara
belebihan dalam kegiatan pertanian menyebabkan sumber tanih
menjadi kurang subur
- Kegiatan perlombangan akan menyebabkan kepupusan sumber mineral
sekiranya perlombongan dilakukan berterusan dan deposit baharu tidak
diperoleh
- Contohnya, sumber petroleum Malaysia dijangka akan kehabisan dalam
tempoh 18 tahun.
- Pencemaran air laut akibat tumpahan minyak dari kapal laut
menyebabkan kepupusan sumber makanan laut seperti ikan, udang, dan
ketam serta hidupan lain seperti ikan yu dan penyu.
- Aktivit perikanan yang menggunakan pukat tunda menyebabkan
kepupusan ikan kerana anak-anak ikan turut terperangkap dalam pukat
tersebut.
PENCEMARAN

- Kegiatan pertanian, perkilangan, perlombongan, dan pengangkutan


akan menyebabkan berlakunya pencemaran ; pencemaran air dan udara
- Pelepasan gas beracun yang mengandungi karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida dan gas metana ke udara akan menyebabkan
pencemaran udara
- Pencemaran udara berpunca daripada pembakaran bahan api fosil,
ekzos kenderaan, semburan racun serangga, dan pemecahan batu di
kuari
- Pembakaran hutan oleh pertanian pindah dan pembakaran jerami padi
selepas musim menuai juga menyebabkan pencemaran udara.
- Pembuangan pelbagai jenis sisa imdustri, sisa pertanian, dan sisa
domestik ke dalam saliran akan meyebabkan pencemaran udara.

Pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara yang


membolehkan untuk menipiskan lapisan ozon bumi menyebabkan ‘rumah
hijau’
Perubahan pandang darat (landskap)

- Kegiatan perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek


menyebababkan pandang darat baru.
- Permukaan bumi kawasan bekas lombong menjadi tandus,timbunan
pasir dan batu,ditumbuhi semak samun, serta wujudnya tasik dan
kolam-kolam terbiar.
- Perlombongan petroleum dan gas asli menghasilkan landskap yang
berbeza seperti tangki minyak,saluran paip,loji,bangunan, dan
serombong.
- Pembinaan empangan kuasa hidroelektrik menyebababkan kawasan
hutan ditenggelami air dan mewujudkan tasik buatan seperti Tasik
Kenyir di Empangan Kenyir, Terengganu.

Tasik Kenyir, Terengganu


Kesan Rumah hijau

- Kesan rumah hijau merupakan proses yang membantu memanaskan


atmosfera bumi
- Gas-gas rumah hijau terdiri daripada karbon dioksida, karbon
monoksida, nitrogen oksida dan metana.
- Gas-gas ini berupaya mengubah keseimbangan tenaga di bumi dengan
menyerap sinaran inframerah yang terbebas daripada permukaan
bumi.
- Kegiatan manusia seperti pembakaran bahan api fosil oleh industry
dan kenderaan, pembalakan hutan, pembuangan sisa haiwan,
perlombongan arang batu, gas asli, dan petroleum, serta aktiviti
penghutanan telah meningkat kandungan gas rumah hijau di
atmosfera.
- Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu yang ketara di
atmosfera kerana gas-gas yang dilepaskan memerangkap lebihan haba
dari bumi dan menganggu keselesaan manusia di bumi.
- Kesan rumah hijau juga menyebabkan pencairan ais dan glasier di
kawasan kutub, pinggir laut ditelenggami air, dan hasil tanaman
terjejas.

Kesan rumah hijau terhadap pemanasan bumi.


PENAPISAN LAPISAN OZON

- Lapisan ozon ialah lapisan gas yang mengelilingi bumi


- Lapisan ini yang berada di lapisan stratosfera melindungi bumi daripada
sinaran ultraungu yang berbahaya daripada matahari
- Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh pembebasan gas
klorofluorokarbon (CFC) dan hidrogen oksida
- Gas-gas ini disebabkan oleh oleh alat penyaman udara, peti sejuk, bahan
aerosol, dan ujian senjata nuklear.
- Apabila CFC dibebaskan ke atmosfera, klorin bertindak dengan ozon dan
membebaskan oksigen yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
- Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu yang banyak
sampai ke bumi.
- Kesan penipisan lapisan ozon ialah;
 Melemahkan system daya ketahanan manusia terhadap penyakit
 Proses fotosintesis dan tumbesaran tumbuhan-tumbuhan terjejas
 Mengubah cuaca di permukaan bumi
 Mengganggu rantaian makanan
 Peningkatan kes-kes penyakit kanser kulit dan katarak mata.

Kejadian penipisan lapisan ozon.


Pulau haba

- Fenomena ini merujuk kepada peningkatan suhu di kawasan bandar.


- Suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan luar Bandar.
- Hal ini berlaku kerana kerana kegiatan perindustrian,pengangkutan,dan
perdagangan menyebababkan pulau haba.
- Bangunan-bangunan konkrit yang tinggi dan didirikan secara rapat
menyerapmhaba yang banyak daripada sinaran matahari pada waktu
siang dan membebaskannya semula pada waktu malam.

Kejadian pulau haba.


Hujan Asid

- Kegiatan perindustrian dan kenderaan bermotor menyebabkan hujan


asid.
- Hujan asid berlaku apabila gas-gas seperti karbon dioksida,nitrus
dioksida,dan sulfur dioksida bertindak balas dengan wap air,oksigen,dan
bahan kimia lain di atmosfera untuk membentuk asid lemah.
- Kesan hujan asid:
 Mengganggu proses fotosintesis
 Memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar
 Tanaman musnah
 Menambahkan paras keasidan air larian
 Menjejaskan kesihatan manusia seperti kanser kulit dan
gangguan pernafasan
 Merosakkan dinding bangunan

Anda mungkin juga menyukai