Anda di halaman 1dari 6

Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani tradiional di kawasan hutan

hujan tropika. Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar untuk dijadikan kawasan bercucuk
tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur, pertanian akan dijalankan di kawasan baru. Kegiatan
pertanian sebegini akan menyebabkan kemusnahan hutan yang semakin meluas.
Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang ditinggalkan itu pula
akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada hakisan oleh air hujan. Air hujan akan
menghakis tanah dan membawanya ke sungai. Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar.
Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang turut menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit
di Pahang Tenggara dan di Johor Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak
terdapat di hutan itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.
Lanngkah-langkah :-Penanaman Berteres
Dijalankan di kawasan cerun bukit
Bertujuan mengurangkan hakisan tanih
Tanam tutup bumi
Kekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteres
Membantu mengekalkan kebusuran tanih








Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan dalam industri
pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk membuat perabot dan kertas. Kayu balak juga menjadi
bahan eksport negara kita. Penebangan hutan untuk tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan
hutan yang luas ditebang.
Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang singkat. Pokok kayu keras
hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk membesar. Contohnya, pokok cengal dan
merbau.
Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan sumber makanan.
Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja udang,dan burung ekor bercabang akan
terancamdan hampir pupus. Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan
pinggir laut. Oleh itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut terhakis. Walau
bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan paya air masin dapat juga
mendatangkan faedah. Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang merupakan contoh hutan paya air
masin yang diurus dengan baik. Hutan ini membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain
ialah penerokaan hutan paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang
dijadikan kawasan penternakan udang.
Langkah langkah :-Mewartakan hutan simpan dan tanam negara
Melindungi flora dan fauna
Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini
Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara Niah










Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA menyebabkan sebahagian hutan
telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora yang musnah dan rantaian makanan hidupan liar turut
terganggu.
Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini
menyebabkan beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan. Contohnya ialah
pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor. Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah
runtuh serta pencemaran sungai.
Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita. Namun demikian,
semuanya perlu dijalankan denga terancang dan terkawal agar tidak menjejaskan alam semulajadi dan
mengancam hidup kita.









Mengancam tumbuhan dan binatang
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi
kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di
perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku
dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam
kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton .
Langkah langkah :- Mengehadkan pengeluaran lesen untuk pembinaan industry
Mengenakan hukuman jika mencemari alam sekitar .







Pencemaran laut - tumpahan minyak dan pembuangan sisa terutamanya dari atas pelantar ke laut dan
kerja penggerudian minyak dan gas di dasar laut. Selain it, ia juga berpunca daripada kerosakan kapal
tangki yang mengangkut minyak di laut dan kerja-kerja pemunggahan petroleum mentah di sekitar
terminal atau pelabuhan. Pencemaran air laut ini seterusnya menyebabkan keseimbangan ekosistem
marin terjejas.
Kerja-kerja pembinaan kawasan bandar baru, kilang industri memproses petroleum dan gas, jalan raya
dan sebagainya telah menyebabkan hakisan tanah, pemusnahan litupan bumi seperti hutan paya bakau.
Aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli di Kerteh dan Lutong menyebabkan peningkatan kadar
pencemaran udara dan pembebasan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon
monoksida dan beberapa jenis hidrokarbon. Bahan-bahan pencemar udara ini pula bertindak sebagai
nukleus kondensasi yang menyerap wap-wap air lalu menurunkan hujan asid.
Peningkatan suhu persekitaran dan kejadian pulau haba - kesan daripada aktiviti pembakaran gas
berlebihan di kawasan pelantar minyak dan kawasan loji pemprosesan gas asli. Keadaan ini amat dirasai
di kawasan Bintulu dan Kerte h dan kawasan persekitaran.
Langkah langkah :Mewartakan sungai sungai sebagai sungai terlindung daripada aktiviti
perlombongan

Anda mungkin juga menyukai