Anda di halaman 1dari 9

Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar

Lihat Foto di bawah ini, asalnya kawasan ini adalah hutan


yang tebal. Kini, hutannya sudah ditebang untuk pelbagai
tujuan. Antaranya termasuklah untuk pembalakan,
pembinaan jalan raya, petempatan, perniagaan,
perlombongan mineral dan pertanian.

Penebangan Pokok

Penebangan hutan dapat juga menyebabkan pelbagai jenis


tumbuhan semula jadi musnah. Hidupan liar pula akan
kehilangan habitatnya. Haiwan, burung dan serangga terpaksa
berpindah. Apabila hal ini berlaku, ekosistem di hutan ini
tergugat.

Kegiatan penebangan hutan di kawasan tanah tinggi


secara berleluasa akan menjejaskan kawasan tadahan dan
sumber air. Keadaan ini akan membawa kesan yang lebih buruk
terhadap bekalan air kita serta terhadap keadaan alam sekitar.

Kegiatan Pertanian dan Kesannya

Manusia menggunakan pelbagai teknik moden untuk


meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Baja kimia
digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun
serangga digunakan untuk mengawal makhluk perosak.
Penggunaan baja kimia, racun serangga, racun kulat dan racun
herba akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di
kawasan sekitar. Contohnya ialah plumbum dan zink dalam
baja kimia tidak mudah pupus dan akan terkumpul di dalam
tanah. Keadaan ini menyebabkan bahan asid dalam tanah
meningkat.

Apabila hujan, bahan tersebut dibawa air hujan ke


dalam sungai. Begitulah pencemaran di Sungai Muda yang
tercemar oleh penggunaan baja kimia dan racun serangga di
kawasan Muda di Dataran Kedah-Perlis. Keadaan begini berlaku
juga di Sungai Kelantan di kawasan Kemubu, Kelantan.

Pembinaan Jalan Raya


Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun curam adalah
kerja yang berbahaya dan sukar dilaksnakan. Sebahagian
Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Karak dibina di
kawasan cerun tanah tinggi. Kerja memotong cerun bukit
untuk membina jalan raya ini menyebabkan
kejadian hakisan cerun oleh air hujan.

Gelongsoran tanah dan tanah runtuh sering berlaku


di kawasan ini. Pada 30 Januari 1995, pergerakan aliran lumpur
dan batu menurun ke jalan raya di Genting Sempah menuju ke
Tanah Tinggi Genting menyebabkan 21 orang terbunuh dan 22
orang cedera. Pada Januari 1996, tanah runtuh berlaku di Lebuh
Raya Utara-Selatan dekat dengan Gua Tempurung, Ipoh. Kajian
menunjukkan bahawa tanah runtuh ini mungkin berlaku
sebagai akibat hakisan tanah dan air yang bertakung di atas
cerun bukit.

Langkah-langkah Menambahbaikan Kegiatan


Manusia Terhadap Alam Sekitar

Segala kegiatan manusia yang membawa kesan buruk


terhadap alam sekitar perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Selain mengawal kegiatan-kegiatan tersebut supaya tidak
dilakukan secara berleluasa, langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan perlu juga diambil. Antaranya
termasuklah penanaman semula, penggunaan kaedah
biologi dalam pertanian dan pemeliharaan cerun tinggi.

Penanaman Semula

Usaha pemuliharaan hutan dijalankan melalui


penanaman semula pokok-pokok. Jabatan Perhutanan
memastikan kawasan yang telah ditebang secara haram
atau secara sah ditanam semula. Contohnya, spesies
pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia,
batai dan sesenduk ditanam di Bukit Tinggi di Pahang.
Pokok medang teja pula ditanam di negeri Kedah. Hal ini
memastikan bekalan kayu yang bermutu berterusan.
Kawasan hutan paya air masin yang telah ditebang juga
ditanam semula. Contohnya ialah penanaman semula
pokok bakau di Hutan Simpan Paya Laut di Larut
Matang, Perak. Selain itu, hutan semula jadi dipelihara
supaya dapat hidup dengan baik dan tidak diceroboh.

Penggunaan Kaedah Biologi dalam Pertanian

Petani-petani digalakkan menggunakan baja organik atau


baja asli untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Baja
organik dapat diperoleh daripada najis haiwan dan sisa
tanaman. Baja jenis ini adalah murah dan tidak perlu diproses.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan
guano (najis burung dan kelawar) sebagai baja.

Pengusaha ladang sawit di Malaysia sudah


menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk
perosak. Ular dan burung hantu digunakan di ladang kelapa
sawit untuk menangkap tikus yang memakan buah kelapa
sawit. Di ladang kelapa sawit dan koko pula, sejenis lalat
digunakan untuk mengawal ulat karung (larva sejenis kupukupu) yang memakan daun pokok-pokok. Lalat ini bertelur di
dalam badan ulat karung. Apabila telur lalat itu menetas, larva
lalat itu akan memakan ulat karung tersebut. Kaedah-kaedah
biologi ini dapat menggantikan penggunaan racun kimia yang
akan mencemarkan alam sekitar.

Pemeliharaan Cerun Tinggi


Pembinaan jalan raya di kawasan cerun curam kini
dilaksanakan dengan lebih terancang. Kawasan cerun curam
akan diadakan. Tebing curam bukit akan ditarah untuk
mengurangkan kecerunan jalan raya.
Cerun
bukit yang telah ditarah mudah mengalami hakisan. Oleh
sebab itu, langkah pemeliharaan cerun bukit perlu dilakukan.
Aliran air di kawasan tersebut diperbaiki melalui pembinaan
longkang konkrit di cerun. Telaga dikorek di cerun untuk

mengeluarkan air yang berlebihan. Paip dimasukkan ke dalam


tanah di cerun tersebut untuk memungkinkan air mengalir
keluar. Hal ini akan mengelakkan air bertakung dan
gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai