Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/GAMBARAN (KARNIVAL KOKURIKULUM)

PENDAHULUAN
• Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia telah mengadakan Karnival Kokurikulum pada 20 Mei 2020
• Karnival tersebut telah diadakan bermula jam 8:00 pagi hingga jam 2:00 petang bertempat di padang
sekolah
• Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat bekerjasama
dalam kalangan murid – membangkitkan semangat murid supaya sentiasa bergiat aktif dalam
kokurikulum
ISI 1
• Karnival Kokurikulum dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah
• Karnival ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Setia iaitu Encik ___________________.
• Selepas upacara perasmian, acara senam robik diadakan
• Acara tersebut mendapat sambutan hangat daripada guru-guru dan para murid
ISI 2
• Suasana riuh-rendah di padang sekolah
• Saya melihat kibaran bendera yang berwarna-warni
• Saya dan rakan-rakan berkumpul di gerai pada pukul _____________ untuk memulakan jualan amal
• Saya dan rakan-rakan menyusun barang jualan seperti barangan terpakai, buku-buku dan barang
perhiasan
• Gerai kami menjadi tumpuan kerana barangan dijual dengan harga yang murah
• Semua keuntungan yang diperoleh akan diagihkan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan
ISI 3
• Semasa waktu rehat, saya ke dewan sekolah untuk menyaksikan pertandingan foto kreatif
• Saya amat terpegun apabila melihat foto-foto yang dipertandingkan
• Foto-foto tersebut sangat cantik dan kreatif seperti diabadikan oleh jurufoto yang profesional
• Saya melihat beberapa orang guru sedang menilai foto-foto yang dipertandingkan
• Murid daripada tingkatan ______ telah memenangi pertandingan foto kreatif ini
• Murid tersebut diberi hadiah dan sijil penghargaan
ISI 4
• Saya juga berkesempatan menyaksikan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform
• Unit beruniform yang bertanding adalah seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri,
Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan Kor Kadet Polis.
• Para peserta boleh mengaplikasikan kemahiran kawad kaki dalam pasukan untuk memenangi
pertandingan yang diadakan
• Pertandingan kawad kaki dimenangi oleh ___________ dan ahli pasukan bersorak gembira.
PENUTUP
• Selepas itu, saya kembali ke gerai pada jam _________.
• Kami berasa amat bersyukur kerana barang-barang jualan kami habis dijual
• Kami mengemas tapak jualan, mengutip dan menyapu sampah
• Karnival ini telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan kerana mendapat kerjasama dan
sambutan yang baik daripada semua orang
• Kutipan dana yang diperoleh telah melebihi sasaran

Anda mungkin juga menyukai