Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

(SK JATI 2015)


Pada 7 Februari 2015. Sekolah Kebangsaan Jati telah menganjurkan
Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah. Beberapa tempat dan kawasan di
sekeliling sekolah telah dikenal pasti untuk dijadikan laluan untuk pertandingan
tersebut.
Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab telah dilantik dan saya serta rakan
tidak terkecuali untuk terlibat dalam pertandingan tersebut. Saya dan Khoo telah
dilantik untuk menjaga stesen yang pertama dalam laluan yang telah dirancang.
Antara tugas yang perlu kami lakukan adalah memastikan murid mengikut laluan
yang betul dan memastikan keselamatan murid-murid semasa melalui stesen ini.
Trafik di kawasan tersebut dikawal untuk memastikan murid-murid dapat melalui
kawasan tersebut dengan selamat.
Acara telah bermula seawal jam 7:30 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Tn. Hj. Mohamad Ziad Bin Dato' Hj Mohamed Zainal Abidin, ADUN
Manjoi. Dua orang polis trafik turut datang bertugas bersama-sama untuk
memastikan acara tersebut dapat berlangsung dengan lancar dan memastikan
keselamatan murid terjamin. Peserta yang terlibat dalam acara ini hanya lah
daripada Tahun 3 sehingga Tahun 6. Larian tersebut telah dimulakan oleh peserta
daripada Tahun 2 dan diakhiri dengan Tahun 6. Sepanjang acara tersebut
berlangsung, laluan trafik tidak begitu sesak dan mudah untuk dikawal. Trafik mulai
bertambah selepas beberapa jam sehingga tengah hari.
Pada pukul 11 pagi, peserta yang terakhir telah sampai ke garisan penamat
dan tugasan kami telah selesai di stesen tersebut. Walaupun kami stesen yang
pertama, tugas kami tidak berhenti lagi kerana laluan tersebut akan dilalui lagi sekali
semasa murid menghabiskan laluan acara tersebut. Ini kerana stesen kami berada
di depan kawasan sekolah. Penyampaian hadiah diteruskan setelah kesemua murid
telah berehat. Pemenang-pemenang acara dibahagikan mengikut kategori iaitu
Tahun Tiga, Empat, Lima, dan Enam.
Pada pukul 12.30 tengah, acara telah pun selesai dan semua murid dan guru
telah bersurai dan berehat.

Anda mungkin juga menyukai