Anda di halaman 1dari 5

PERISTIWA : LARIAN CERGAS

TARIKH

: 05 FEBRUARI 2015

Pada hari Khamis bersamaan dengan 2 Februari 2015, berlangsunglah satu


aktiviti Larian Cergas yang melibatkan semua murid dari prasekolah sehingga
murid tahun 6. Sebelum berlangsungnya pertandingan ini, beberapa sesi latihan
telah diadakan bagi membiasakan murid-murid dengan laluan yang bakal dilalui oleh
mereka. Latihan ini penting bagi mengelakkan ada murid yang melalui jalan yang
salah. Latihan larian cergas ini berlangsung pada hari Isnin (petang) dan juga Rabu
(pagi).
Sebelum tiba hari kejadian, kami dipanggil oleh Encik Razali dalam satu
mesyuarat bagi menentukan checkpoint yang perlu kami awasi kelak. Kami juga
diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan program pada hari tersebut dan kami
juga diingatkan supaya sentiasa lebih peka sekiranya terdapat murid yang cedera.
Dalam pertandingan ini, mata dikumpul mengikut kedudukan yang diperoleh
oleh murid tersebut:
Tempat Pertama

: 10 mata

Tempat Kedua

: 9 mata

Tempat Ketiga

: 8 mata

dan seterusnya.

Hasil daripada mata yang dikumpul akan dikira mengikut rumah sukan
masing-masing. Dalam pertandingan larian cergas pada kali ini, johan telah
disandang oleh rumah merah, manakala tempat kedua disandang oleh rumah hijau
dan diikuti oleh rumah kuning dan rumah biru. Para murid kelihatan sangat gembira
dan berpuas hati dengan kemengangan yang diperoleh mereka. Usai sesi
penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Amer, Encik Alias, pasukan rumah merah
diajak bergambar dan guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid-murid.

Gambar 1 Latihan Larian Cergas

Gambar 2 Majlis Penyampaian Hadiah

Gambar 3 Johan Prasekolah

Gambar 4 Johan Kategori Lelaki Tahun 6

Gambar 5 Johan Kategori Perempuan Tahun 6

Gambar 6 Johan keseluruhan - Wakil Rumah Merah mengambil hadiah

Gambar 7 Sesi bergambar Guru Rumah Merah dan murid


dari rumah merah

Gambar 8 Guru bertugas mengagihkan hadiah kepada murid

Disediakan oleh:
__________________
NUR ATHIRAH BT SHAFIE
Guru pelatih,
IPGKSM

Disemak oleh:
________________________
Guru/pensyarah pembimbing

Anda mungkin juga menyukai