Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

KEJOHANAN ROAD RUN


PERINGKAT SEKOLAH
2019

TARIKH : 11 JANUARI 2019


HARI : JUMAAT
MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
1. PENDAHULUAN

Kejohanan Road Run peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSS
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Melalui Kejohanan Road Run
ini, setiap orang murid diberi peluang menyumbangkan markah untuk rumah sukan
masing-masing bagi menentukan johan keseluruhan bagi kejohanan ini. Selain itu,
kejohanan ini juga dapat membina kecergasan fizikan dan mental melalui aktiviti
sukan bagi melahirkan individu yang cergas dan cerdas. Semoga usaha-usaha ke
mercu kejayaan ini akan mencapai realiti dengan komitmen pada seluruh warga SK
Seksyen 24.

2. MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapanberikut :-

Tarikh : 11 Januari 2019

Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari.

Tempat : Laluan sekitar perumahan seksyen 24.

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Semua warga SK Seksyen 24 telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan


kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6
(kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang
laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Para pentadbir dan wakil
PIBG sendiri turun padang bagi melepaskan para peserta.
4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat enam kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah
ditetapkan iaitu :-

1. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 6 (L6 dan P6)

2. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 5 (L5 dan P5)

3. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 4 (L4 dan P4)

5. KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan road run peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah
bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan.
Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para murid
pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang
telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6. KELEMAHAN

Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah pamakaian
baju peserta yang tidak seragam walaupun telah dimaklumkan kepada mereka lebih
awal. Selain itu, kawalan lalu lintas yang kurang teratur di mana ada peserta yang
berlari tidak menggunakan lorong yang telah ditetapkan.

7. KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan untuk perbelanjaan


pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang
serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.
8. PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar
kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan
datang.

Disediakan oleh :

…………………………………

Mohd Najib Bin Shahabudin

Penyelaras

Kejohanan Road Run Peringkat Sekolah

SK Seksyen 24.

Anda mungkin juga menyukai