Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

SJKC CHUNG HWA DAMANSARA, TAHUN 2016


PELAKSANA
PROGRAM
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
KUMPULAN SASARAN

: PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH


: ACARA MERENTAS DESA
: 22 JANUARI 2016
: JUMAAT
: 8:00 PAGI 10:00 PAGI
: KAWASAN SEKITAR SEKOLAH
: SEMUA MURID

PENDAHULUAN
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Damansara telah mengadakan larian
merentas desa yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian
merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan di
sekitar kawasan perumahan dekat sekolah.
OBJEKTIF
Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya
aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai
pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga
memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang
aktiviti ini berlaku.

MASA DAN TEMPAT


Acara diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh
:
22/01/2016 (Jumaat)
Masa
:
8:00 10:00 pagi
Tempat
:
Laluan sekitar Kampung Damansara

KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN


Upacara perasmian dilakukan oleh Pengerusi PIBG Encik Sip, kemudian beliau telah
melepaskan para pelajar aliran PPKI. Semua warga sekolah telah bekerjasama untuk
memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar. Para guru juga turut menjalankan
tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan cemerlang. Segolongan ibu bapa juga
mengambil bahagian dalam merentas desa walaupun mereka hanya sebagai teman anak
mereka.

KATEGORI PERTANDINGAN
Terdapat tujuh kategori murid yang telah dipertandingkan mengikut ketetapan, iaitu:

Kategori PPKI
Kategori A Tahun 1
Kategori B Tahun 2
Kategori C Tahun 3
Kategori D Tahun 4
Kategori E Tahun 5
Kategori F Tahun 6

PENUTUP
Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang
ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk
menamatkan larian mereka. Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih
dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.
Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius
berlaku. Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum
pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.
Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang. Tahun hadapan mungkin
jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.
Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada
tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai