Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN BERCERITA 2018

A. Latar Belakang:
Nama aktiviti :Pertandingan Bercerita 2018
Tarikh :3.04.2018/ Selasa
Masa : 10.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : S.K. Sungai Sumun
Dengan Usahasama : Guru panitia B.Malaysia -Pn.M.Kumari Raji
Semua guru B.Malaysia
Jumlah Peserta : 1 peserta

B. Objektif Pertandingan:
i. Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan bahasa
Malaysia.
ii. Menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia.
iii. Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan’.
iv. Membiasakan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan
harian mereka.

C. Perjalanan Pertandingan:
Pada 27 Mac 2018 mesyuarat jawantankuasa dan penyelarasan pertandingan bercerita telah
dijalankan di S.K.Sungai Sumun sebagi tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Pihak
Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja sepertimana yang telah dibincangkan d
Segala bidang tugas telah diagihkan mengikut sekolah. Pengerusi Pertandingan, saya, En. Ilham.
Di atas permintaan banyak sekolah, pertandingan ini akan dijalankan secara ringkas bagi
memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan pertandingan tersebut.
Kami dari pihak sekolah memberikan cerita kepada Tharun murid tahun 5. Murid itu
mengambil masa selama 3hari untuk menghafal cerita Si Epal . Cerita Si Epal telah diceritakan
di perhimpuan dan saya bersama guru bahasa malaysia yang telah memberi latihan kepada
Tharun sehingga dia berjaya bercerita tanpa sebarang masalah tetapi bahagian kedua murid
harus bercerita secara spontan mengikut tema yang diberikan. Latihan untuk Tharun untuk
bahagian ini adalah singkat dan murid tersebut hanya berlatih selama 2 hari sahaja
Pada hari pertandingan murid kelihtan berasa cemas dan murid tersebut dapat bercerita
dengan baik tetapi bahagian kedua hanya bercerita dengan dua ayat sahaja. Murid tidak berjaya
dalam pertandingan tetapi menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan mengambil bahagian
dalam pertandingan bercerita peringkat daerah. Tharun mendapat pengalaman bercerita di
khalayak orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai