Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN POST MORTEM AKTIVITI/ PERTANDINGAN

LUAR SEKOLAH
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
44300 BATANG KALI, HULU SELANGOR
SELANGOR

LAPORAN POST MORTEM HARI KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BANDAR BARU


BATANG KALI 2020

1. PENDAHULUAN
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah adalah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai kejohanan sukan mengikut kalendar MSSD yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Kejohanan ini memupuk semangat juang pada setiap atlit yang bertanding untuk menjadi
juara individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan rumah sukan
yang diwakili mereka menjadi juara berpasukan. 

Setiap tahun sekolah dapat melahirkan peserta larian yang baik dan mampu bertanding di


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Selangor dan seterusnya ke Kejohanan
Merentas Desa MSS Selangor.

2. TARIKH, HARI DAN MASA


Kejohanan Merentas Desa ini telah diadakan mengikut ketetapan berikut.
2.1 Latihan
Tarikh :  8 Januari 2020
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat :  Kawasan Sekitar SMK Bandar Baru Batang Kali

2.2 Hari Kejohanan


Tarikh :  17 Januari 2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat :  Kawasan Sekitar SMK Bandar Baru Batang Kali

3. KEHADIRAN & PENGLIBATAN


Semua warga SMK Bandar Baru Batang Kali telah bekerjasama untuk memastikan kejohanan
merentas desa ini berjalan dengan lancar.
Tuan pengetua Tuan Haji Jamaluddin bin Abdul Kadir telah melepaskan peserta-peserta
larian.
Semua pelajar telah berlari mengikut trek laluan 
yang disediakan kecuali pelajar yang sakit.
Para guru telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan komited dan jayanya.
4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKANA
Antara kategori yang dipertandingkan ialah
- Pelajar Lelaki Bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
- Pelajar Lelaki Bawah 15 (Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3)
- Pelajar Perempuan Bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
- Pelajar Perempuan Bawah 15 (Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3)

5. KELEMAHAN
- Murid tidak melakukan pra larian merentas desa dengan bersungguh-sungguh.
- Pada awal tahun persekolahan, murid kurang bersedia untuk lari jarak yang jauh.
- Laluan larian merentas desa agak sesak kerana 3 sekolah yang berdekatan menjalankan
latihan dan kejohanan pada hari sama.

6. KEKUATAN
- Kerjasama erat daripada guruguru SMK Bandar Baru Batang Kali menjayakan kejohanan
merentas desa.
- Guru-guru SMKBBBK mendapat taklimat tugas dengan jelas dari Setiausha Sukan sebelum
Kejohanan Merentas Desa diadakan.
- Murid-murid SMKBBBK mendapat taklimat keselamatan sebelum Kejohanan Merentas
Desa diadakan.
- Murid melakukan senamrobik untuk aktiviti meregangkan badan sebelum memulakan
larian merentas desa.
- Terdapat petunjuk arah yang jelas bagi laluan merentas desa.
- Mendapat bantuan daripada polis trafik untuk membantu mengawal lalu lintas laluan
merentas desa.

7. PENAMBAHBAIKAN
- Murid perlu melakukan 2 pra larian merentas desa sebagai persediaan dan pendedahan
mengenai laluan merentas desa.
- Harapan Tahun depan mendapat tarikh yang lebih sesuai untuk kejohanan merentas desa
supaya murid dari sekolah lain tidak bertembung semasa larian merentas desa.
- Murid-murid yang telah selesai membuat larian merentas desa perlu dikawal dengan lebih
baik.

Tandatangan : ………………………………………… Tarikh : 19/01/2020

Nama : TAN YING GAY

Anda mungkin juga menyukai