Anda di halaman 1dari 8

Catatan Lensa SMKTTJ

Dari Meja Pengarang


Menongkah Arus, Mengorak Langkah Salam sejahtera dan selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca dan warga SMKTTJ khasnya. Dunia sentiasa berputar dan terasa pantas waktu berlalu, kita kini telah melangkah ke tahun baru serta menggalas segala amanat baru. Mahu atau tidak Lensa SMKTTJ semakin menghampiri usia setahun. Bertatih atas pengalaman dan tunjuk ajar, kini krew semakin matang dalam bidang dan teknik fotografi. Akhir kalam, sokongan dan pandangan pembaca diharap dapat memberi ruang buat kami melakukan anjakan paradigm pada masa akan datang. Lensasmkttj@yahoo.com

Jan 2012

Catatan Lensa SMKTTJ


SMKTTJ Terus Cemerlang
22 Disember 2011 (Khamis)
Seawal jam 1000 pagi, ruang legar SMKTTJ mula dipenuhi oleh pelajar dan ibu bapa masingmasing. Hujan yang turun bagai memberi kerahmatan buat calon PMR 2011 yang akan menerima keputusan mereka sedikit waktu lagi. Tepat jam 1130 pagi, kelibat GPK 1, Encik Akashah Ismail yang baru tiba dari PPD Seremban sambil membawa keputusan PMR 2011 tersenyum kepada beberapa orang guru yang setia menunggu kepulangannya. Persoalan pertama guru-guru ialah 'berapa orang pelajar mendapat semua A'. Dengan tenang beliau menjawab....27 orang. Serentak dengan itu, Tuan Pengetua telah mengumumkan kepada ibu bapa dan pelajar nama-nama mereka yang cemerlang 2011. Kemudian diikuti oleh nama pelajar yang memperolehi 7A dan 6A. Pelajar cemerlang ini telah diserahkan keputusan peperiksaan mereka dalam majlis berasingan di Balai Konferensi SMKTTJ oleh pengetua kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Jan 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012


03 Disember 2011 Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2012 telah berlangsung dalam satu majlis yang sederhana. Pendaftaran bermula seawal jam 0800 pagi dan diikuti ucapan ringkas Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad. Ini adalah langkah pertama untuk persediaan persekolahan sesi 2012 . Semasa pendaftaran, ibu bapa dan penjaga boleh membayar yuran PIBG serta membeli segala keperluan persekolahan untuk pelajar yang bakal belajar di sekolah menengah.

Catatan Lensa SMKTTJ


Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4 2012
05 Jan 2012: Bertempat di Ruang Legar SMKTTJ, telah berlangsung orientasi pelajar tingkatan empat sesi 2012. Majlis ini diisi dengan taklimat ringkas guru berkaitan mata pelajaran yang patut dipilih serta ucapan Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad. Sebanyak 8 buah kelas tingkatan 4 dibuka untuk semua pelajar yang layak dengan 2 kelas aliran sains serta satu kelas MPV (kecantikan dan dandanan rambut). Pada sesi petang persekolahan pula berlangsung majlis orientasi pelajar tingkatan satu sebanyak 10 kelas. Tujuan utama sesi orientasi ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan undang-undang SMK Taman Tuanku Jaafar yang digunapakai untuk menjamin keharmonian semua warga SMKTTJ.

Jan 2012

Kursus Activboard Guru KRK

07 Jan 2012: Bertempat di Bilik Komputer SMKTTJ, guru-guru yang mengajar Kelas Rancangan Khas tingkatan satu hingga tiga diwajibkan untuk menghadirkan diri dalm kursus Acticboard. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Jet yang membekalkan activboard sebanyak 8 unit ke SMKTTJ. Semua Kelas Rancangan Khas telah dipasang dengan skrin activboard bagi membolehkan guru-guru mengajar menggunakan skrin gergasi tersebut.

Catatan Lensa SMKTTJ


Kursus SPBBS
17 Januari 2012

Jan 2012

Tepat Jam 12 tengahari, satu kursus pendek SPBBS telah dijalankan untuk semua guru SMKTTJ. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Rohayu bt Mustafa dan dibantu oleh guru-guru Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKTTJ. Kursus ini memberi pendedahan kepada guru tentang pengisian markah pelajar tingkatan 1 secara talian terus. Ini kerana, peperiksan PMR akan dimansuhkan menjelang 2014.

Kejohanan Bola Tampar Zon Seremban 2


18 dan 19 Januari 2012 Kejohanan Bola Tampar Zon Seremban 2 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Tertutup Paroi, Negeri Sembilan. Selama 2 hari beberapa orang guru selaku AJK tuan rumah telah berkampung di Centre Court Paroi untuk mengendalikan dan memastikan perjalanan kejohanan ini lancar dan baik. Majlis penutupan kejohanan telah dilangsung pada jam 3.30 petang , khamis 19 Januari 2012 oleh wakil PPD Seremban, Encik Azman dan diiringi oleh Tuan Pengetua SMKTTJ sebagai Pengerusi Pengelola. Sebanyak 20 buah sekolah dengan sejumlah 605 orang pelajar mengambil bahagian di dalam 55 pertandingan pada sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung. Bagi pasukan tuan rumah, SMKTTJ, kita telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat umur 15 tahun apabila terpaksa tunduk kepada SDAR dengan jumlah jaringan yang kecil. Namun begitu, kita berasa syukur kerana pencapaian ini sebenarnya merupakan peningkatan daripada pencapaian tahun lalu iaitu sekadar pusingan awal sahaja. Pencapaian ini sebenarnya adalah menifestasi daripada cita-cita kecemerlangan kita sesuai dengan slogan kecemerlangan kita iaitu , "LONJKKAN KECEMERLANGAN". Itulah kata-kata semangat dari Seorang Pengetua di hadapan pelajar semasa perhimpunan rasmi pada 30 Januari yang lalu.

Catatan Lensa SMKTTJ


Merentas Desa Peringkat Sekolah
19 Januari 2012 Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis yang lepas. Ini merupakan acara tahunan untuk pemilihan wakil sekolah ke peringkat Daerah Seremban 2 yang bakal berlangsung pada 02 Februari 2012. Program bermula dengan pelajar berkumpul di padang sekolah untuk pendaftaran dan melakukan aktiviti renggangan. Lebih kurang jam 8.30 pagi barulah pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing di pintu pagar sekolah. Jarak larian adalah sekitar 8 kilometer. Namun, ada pelajar yang berjaya tiba di garisan penamat dalam masa 15 minit perlumbaan berlangsung. Keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Guru -guru dan pelajar yang bertugas sebagai peronda, penjaga check-point, dan keselamatan telah bersedia lebih awal bagi memastikan program tidak terganggu dan keselamatan pelajar dilindungi dengan baik.

Jan 2012

Catatan Lensa SMKTTJ


Penganugerahan Sijil PMR 2011
09 Januari 2012

Jan 2012

Perhimpunan rasmi sekolah pertama dijalankan tepat jam 7.15 pagi. Semua pelajar dan warga pendidik menghadirkan diri untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh pengemudi SMK Taman Tuanku Jaafar, Tuan Omar bin Ahmad. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Kebesaran Negeri Sembilan serta Lagu Sekolah. Dengan satu semangat iaitu mengenggam kecemerlangan, para pelajar tekun mendengar segala pesanan yang dilontarkan oleh tuan pengetua. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil untuk pelajar cemerlang PMR 2011. Seramai 27 orang pelajar cemerlang telah menerima sijil masing-masing.

Tahniah dari kami Krew lensa SMKTTJ. Kepada mereka yang berpindah ke tempat baru, teruskan perjuangan demi segenggam kejayaan yang menjamin kecemerlangan masa depan anda.

Catatan Lensa SMKTTJ


Gajet Kegemaran Krew Lensa SMKTTJ

Jan 2012

VISI PERSATUAN
MENEROKA DUNIA MELALUI LENSA

Menjadi sebuah kelab yang mampu bersaing dengan dunia fotografi luar

MISI PERSATUAN

Memastikan penglibatan aktif semua ahli dalam aktiviti kelab, menyertai pertandingan serta memberi khidmat kepada seluruh warga sekolah

PIAGAM PERSATUAN

Mahir dalam teknik asas fotografi

TOV PERSATUAN

Meningkatkan kemahiran dalam pelbagai teknik fotografi

kPI PERSATUAN

Bil
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Tarikh
Jan 2012 Jan 2012 Feb 2012 Feb 2012 Mac 2012 Mac 2012 Apr 2012 Apr 2012 Mei 2012 Jun 2012 Julai 2012 Ogos 2012

Masa
1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45 -3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15ptg 1.45-3.15 ptg 1.45-3.15 ptg

Aktiviti
Pendaftaran ahli persatuan di ruang legar SMKTTJ Mesyuarat Agung di Bilik Geografi SMKTTJ Kelas Mengenal kamera Kelas Teknik Asas Dalam Pengambilan Gambar Praktikal Mengambil Gambar Luar Kelas Pencahayaan Pertandingan Fotografi Mengikut Tema Kelas Adobe Photoshop Pertandingan Suntingan Gambar Foto Kursus Lanjutan Fotografi Lanskap & Potret Pertandingan Fotografi Terbuka Kepada Warga SMKTTJ Penilaian aktiviti Kokurikulum

Carta Gantt Lensa SMKTTJ 2012

Anda mungkin juga menyukai