Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM KEM IBADAH 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERAK

Nama Pelajar : Norhazwan bin Nordin


Program : PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Merak
Nama Projek/Aktiviti : Kem Ibadah 2015
Tempoh Pelaksanaan : 30 September 2015 (1 hari)
Objektif : 1) Membina jati diri dalam kalangan murid Tahun 6
2) Memperteguhkan kekuatan rohani dengan mempertingkatkan rasa cinta
dan sayang kepada Allah melalui kesempurnaan solat fardhu dan sunat
3) Menanamkan rasa kesedaran akan kepentingan akhlak sesama rakan
dan cara berpakaian dalam Islam.

Program Kem Ibadah telah berjaya dilaksanakan pada 30 September 2015 bersamaan
hari Rabuanjuran Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SK Taman
Merak serta barisan Guru Pelatih IPG yang menjalani internship selama sebulan di sini.
Program ini telah disertai oleh seramai 67 orang murid Tahun 6 SK Taman Merak. Penyertaan
semua guru muslim sekolah juga seramai 36 orang turut membantu melancarkan lagi
perjalanan program ini. Program telah bermula seawal jam 7.45pagi dengan sesi pendaftaran
yang telah berlangsung di dewan SK Taman Merak dan dikendalikan oleh Cik Nurul Hani
binti Mohd Azizi selaku ketua dan AJK Pendaftaran yang telah dilantik.

Selesai urusan pendaftaran dijalankan, semua peserta telah diarahkan untuk


mengambil tempat masing-masing di dewan. Sebelum program bermula, semua peserta kem
diberi taklimat oleh Ustazah Norlizah bt Sulaiman. Dalam sesi taklimat ini, peserta kem diberi
taklimat tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang kem berlangsung,
pembahagian kumpulan-kumpulan kecil, pelantikan ketua kumpulan dan pelantikan penghulu
serta penghuluwati kem.

Selesai sesi taklimat, tepat jam 9.00 pagi program dimulakan dengan Ceramah
Persediaan Awal Remaja oleh penceramah jemputan daripada AMTACC. Dalam sesi
ceramah ini, peserta-peserta kem didedahkan dengan cabaran-cabaran yang akan ditempuhi
oleh mereka apabila mereka menempuh alam remaja. Penekanan tentang kekuatan jati diri
dalam kalangan murid ditekankan oleh penceramah kepada peserta kem agar mereka dapat
membawa diri apabila keluar dari sekolah dan tidak terpengaruh dengan budaya-budaya yang
tidak sihat. Tepat jam 11.00 pagi slot ceramah selesai. Selesai slot ceramah, murid-murid
diberi rehat selama setengah jam. Murid-murid menjamu selera yang telah disediakan oleh
AJK Makanan di kantin sekolah.

Jam 11.30 pagi, para peserta diarahkan berkumpul semula di dewan. Kesemua peserta
berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat teori mandi wajib yang disampaikan oleh
Ustaz Norhazwan bin Nordin. Sesi slot beliau diakhiri dengan sedikit slot soal jawab bersama
Ustaz Mukhtar bin Abdullah. Peserta kem diberi ruang untuk bertanyakan sebarang soalan
dan kemusykilan berkenaan teori mandi wajib. Slot ceramah teori mandi wajib ini berakhir
jam 12.30 tengah hari.

Selesai slot ceramah teori mandi wajib, para peserta dilepaskan untuk makan tengah
hari bertempat di kantin sekolah yang diuruskan oleh AJK Makanan. Guru-guru yang terlibat
juga turut menjamu selera di kantin sekolah. Selesai menjamu selera, semua peserta diarahkan
untuk membuat persiapan diri untuk solat fardhu Zohor secara berjemaah. Jam 1.30 petang,
para peserta beserta gurusolat fardhu Zohor berjemaah di Dewan yang diimamkan oleh Ustaz
Mukhtar bin Abdullah. Selesai solat, Ustaz Mukhtar juga memimpin zikir ringkas dan diikuti
oleh peserta kem.

Seterusnya, jam 2.00 petang, program diteruskan dengan slot penerangan Solat
Jenazah oleh Ustaz Ihsan Akmal bin Abdul Ghani. Ustaz Ihsan telah menyampaikan slot
beliau berpandukan slide power point yang telah disediakan. Kesemua peserta kem kelihatan
sedikit insaf sepanjang slot ini. Slide-slide tentang kematian yang ditunjukkan kepada mereka
ternyata memberi kesan kepada peserta kem. Selesai penerangan, Ustaz Ihsan juga turut
menunjukkan secara ringkas praktikal pengurusan jenazah. Seorang peserta kem telah dipilih
sebagai model jenazah. Ustaz Ihsan menunjukkan cara-cara membalut kain kafan ke atas
jenazah dan seterusnya menjalankan amali solat jenazah. Amali solat jenazah dikendalikan
oleh murid sendiri sebagai imam dan makmum dan Ustaz Ihsan sebagai pembimbing solat
jenazah. Sesi taklimat oleh Ustaz Ihsan berakhir jam 3.00 petang
.
Seterusnya, atur cara diteruskan dengan amali mandi wajib. Para pelajar dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan para ustaz dan ustazah membimbing
setiap murid supaya pelajar dapat melaksanakan amali mandi wajib dengan betul. Amali
mandi wajib ini dilaksanakan di tandas sekolah. Semua murid dapat melaksanakan amali
mandi wajib dengan sempurna. Amali ini berlangsung selama satu jam.

Pada pukul 4.00 petang, murid-murid diarahkan untuk bersiap sedia bagi menunaikan
solat fardu Asar. Seorang murid dipertanggungjawabkan untuk melaungkan azan apabila
masuk waktu solat. Murid-murid solat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Hazman bin
Man’aim. Selesai solat, Ustaz Hazman membimbing murid-murid berzikir.

Selesai solat Asar berjemaah, Kem Ibadah diakhiri dengan majlis penutupan serta
penyampaian sijil kepada para peserta. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Ustaz Mukhtar
bin Abdullah. Majlis bersurai pada pukul 6.00 petang. Sebelum bersurai, para ustaz dan
ustazah beserta murid menikmati minum petang di kantin sekolah.

GAMBAR PELAKSANAAN
KEM IBADAH 2015

Anda mungkin juga menyukai