Anda di halaman 1dari 7

SK TAMAN TASIK

TAMAN TASIK TAMBAHAN


68000 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-60910422
Email : bba4026@btpsel.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI
2021

ANJURAN
Panitia Pendidikan Jasmani

SKTT GEMILANG TERBILANG

1.0 PENDAHULUAN
1.0 PENDAHULUAN

Program ini dilaksanakan bagi mengalakkan murid-murid SK Taman Tasik untuk


mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti mudah seperti bersenam dan beriadah secara teratur, murid-murid dapat
mencapai taraf kecergasan yang optimum disamping mampu menyemai nilai-nilai murni
dalam diri mereka secara tidak langsung.

2.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat melahirkan generasi murid yang cergas, sihat dan membudayakan
gaya hidup positif sebagai rutin sepanjang kehidupan mereka. Program ini juga bertujuan
untuk melahirkan murid yang serba boleh, berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan
disamping memastikan perkembangan murid yang seimbang serta menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah mencapai
Matlamat Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk semua warga sekolah:

3.1 menghargai diri mereka sendiri dengan membina kesedaran diri untuk
menjalani kehidupan yang cergas dan aktif,
3.2 memahami konsep asas kecergasan, prinsip latihan dan langkah-langkah
keselamatan yang perlu mereka patuhi,
3.3 membentuk dan memperkuatkan tubuh badan dengan membina daya tahan
kardiovaskular, kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan
badan, ketangkasan dan kelajuan serta
3.4 membina kekuatan dalaman diri murid supaya yakin untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sukan dan luar bilik darjah.

4.0 SASARAN

Semua warga SK Taman Tasik, Ampang.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Jun


6.0 STRATEGIK PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI HADIAH TEMPAT

1 Johan Dewan Terbuka/ Dalam


TAHUN 1 Talian
Sukaneka/ Pertandingan Naib Johan
Video Senanam (Dalam
Talian) Ketiga

2 Johan Dewan Terbuka/ Kelas


TAHUN 2
Sukaneka/ Telefon Naib Johan
Berkarat
Ketiga

3 Johan Dewan Terbuka/ Kelas


TAHUN 3
Sukaneka/ Telefon Naib Johan
Berkarat
Ketiga

4 Johan Padang/ Kelas


TAHAP 2 ( Lelaki)
Penalty Shoot / Buku Naib Johan
Skrap
Ketiga

5 Johan Padang/ Kelas


TAHAP 2 (Perempuan)
Free Shootout / Buku Naib Johan
Skrap
Ketiga

6 Johan Atas Talian


TERBUKA
E-Games Naib Johan

Ketiga

7 Johan
GURU/STAFF
Program Jom Sihat Naib Johan

Ketiga
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL AKTIVITI PENERANGAN BILANGAN HADIAH JUMLAH


DAN NILAI
1 TAHUN 1 Johan Hamper :
1. Sukaneka Naib Johan RM10 X 3 : RM30 RM30
(Berkumpulan) Ketiga
2. Pertandingan Video Johan Hadiah
Senaman ( Individu ) Naib Johan RM 2 x 3 : RM 6 RM48
(Dalam Talian) Ketiga RM 6 x 8 : RM48

2 TAHUN 2 Johan Hamper :


1. Sukaneka Naib Johan RM10 X 3 : RM30 RM30
(Berkumpulan) Ketiga
2. Telefon Berkarat Johan Hamper :
(Berkumpulan) Naib Johan RM10 X 3 : RM30 RM240
Ketiga RM30 X 7 : RM210
3 TAHUN 3 Johan Hamper :
1. Sukaneka Naib Johan RM10 X 3 : RM30 RM30
(Berkumpulan) Ketiga
2. Telefon Berkarat Johan Hamper :
(Berkumpulan) Naib Johan RM10 X 3 : RM30 RM240
Ketiga RM30 X 8 : RM240
4 TAHAP 2 (Lelaki) Johan Hamper
Penalty Shoot-out Naib Johan Tahun 4 :
(Berkumpulan) Ketiga RM20 x 3 : RM60 RM180
Tahun 5 :
RM20 x 3 : RM60
Tahun 6 :
RM20 x 3 : RM60

5 TAHAP 2 (Perempuan) Johan Hamper


Free Shoot-out Naib Johan Tahun 4 : RM180
(Berkumpulan) Ketiga RM20 x 3 : RM60
Tahun 5 :
RM20 x 3 : RM60
Tahun 6 :
RM20 x 3 : RM60
6 Tahap 2 Johan Hadiah :
Buku Skrap Naib Johan Tahun 4 :
(Individu) Ketiga RM 3 x 3 : RM 9 RM189
Tahun 4 : Sukan RM 9 x 7 : RM63
Kegemaran Tahun 5 :
Tahun 5 : Idola Sukan RM 3 x 3 : RM 9
Tahun 6 : Dunia Sukan RM 9 x 7 : RM63
Tahun 6 :
RM 3 x 3 : RM 9
RM 9 x 7 : RM63

7 TERBUKA Johan Hamper :


E-Games Naib Johan RM 20 x 4 : RM80 RM80
(Berkumpulan) Ketiga
20 pasukan Keempat
8 GURU/STAFF Johan Tajaan Khas
Program Jom Sihat Naib Johan
Ketiga

Jumlah Keseluruhan RM1247

8.0 SENARAI JAWATANKUASA INDUK


PENGERUSI - PN HIRAWATI BINTI HASHIM

(GURU BESAR SK TAMAN TASIK)

TIMBALAN PENGERUSI - EN OMAR BIN BUROK

(PK PENTADBIRAN)

- EN ABDUL LATIF BIN ABDUL RASHID

(PK KOKURIKULUM)

- EN SHAHROL NISMAN BIN OMAR

(PK HAL EHWAL MURID)

- EN MUHAMAD FADZLI BIN MISMAN

(PK PETANG)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELARAS - EN. KHAIRRUL ANUAR BIN MUSTAFFA

(KETUA PANITIA PJ)

SETIAUSAHA - CIK. REVATHI A/P LINGGAM

AJK - PN. NUR HAZIRAH MD. NADZIR

(TAHUN 2)

- PN SITI NUR FAZURA BINTI MUSTAFFA

(TAHUN 3)

- CIK. MUNIRAH BINTI SARIDAN

(TAHUN 4)

- EN. KHAIRRUL ANUAR BIN MUSTAFFA


(TAHUN 5)

- EN. MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN MUHAMMAD FADZIL


(TAHUN 6)
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Bulan Panitia Pendidikan Jasmani dapat mencapai objektif
seperti yang disasarkan dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak demi
membentuk imej sekolah yang lebih cergas, positif dan proaktif. Aktiviti ini juga dapat
dijadikan satu platform kepada murid-murid dan warga sekolah amnya untuk
membudayakan amalan bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan, sekaligus
memberikan impak yang memberangsangkan dalam membina komuniti yang mampan
kesihatannya di masa yang akan datang.

Disediakan Oleh,

________________________

(KHAIRRUL ANUAR BIN MUSTAFFA)

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Sekolah Kebangsaan Taman Tasik

Disemak Oleh,

________________________

(OMAR BIN BUROK)

Penolong Kanan Pentadbiran

Sekolah Kebangsaan Taman Tasik.

Diluluskan Oleh,

__________________________

(HIRAWATI BINTI HASHIM)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Taman Tasik.

Anda mungkin juga menyukai