Anda di halaman 1dari 2

z-TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

-TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan
penekanan utama terhadap amalan industri.
-Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang
tertentu.
-Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada
komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
-Kita sudah hadapan membawa maksud bahawa dasar TVET sudah mendominasi dalam
bidang pendidikan dengan kemudahan moden dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang
tinggi dalam kerja prindustrian profesional

Memperluas skop pekerjaan/mengurangkan pengangguran/melahirkan golongan pertengahan

TVET mengalami kekangan dalam penstrukturan sosioekonomi yang luas,kukuh dan


dominan
-TVET masih terpinggir dalam arus perdana pendidikan kerana wujudnya persepsi negatif
waris dan pelajar bahawa jurusan yang akan berkecimpung berada dalam kelas kedua
masyarakat/pelajar memiliki prestasi akademik yang lemah
-Perakuan akreditasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) masih terhad dan tidak seragam dalam
penyambungan pembelajaran ke peringkat diploma atau ijazah
-Kekurangan kapasiti Kolej Vokasional menyebabkan pemohon yang tidak memiliki kredit
akademi yang cemerlang terpaksa menceburi pekerjaan bawahan yang tidak tetap
-Majikan mendahului permintaan daripada graduan yang memiliki sijil diploma dan ijazah
-Pengkhususan satu kemahiran sahaja berisiko apabila ruangan pekerja dalam industri sudah
penuh atau penilaian graduan secara kompetitif
-Kemahiran dimiliki hanya relevan untuk kehendak pasaran kerja biasa dengan struktur
kenaikan pangkat,tadbir urus dan gaji yang minimum
Tenaga pengajar yang cekap dan efisien/pemodenan kemudahan pendidikan

-Tertumpu kepada pengajaran secara teknikal tanpa melibatkan falsafah pendidikan


kebangsaan yang menyeluruh terutamanya dari aspek kerohanian
-Kualiti tenaga pengajar tergugat kerana tidak mempunyai kesedaran dalam tatatertib
pekerjaan seperti salah guna harta syarikat,rasuah dan penipuan
-Bilangan SMV/SMT/KV masih merangkumi liputan rendah daripada institusi pendidikan
yang lain
-Kemudahan atau peralatan stok lebih bersifat tradisional dengan ralat yang sudah lama tidak
diperbaharui atau dibaiki
-Kurang sumbangan jentera canggih dan pengaplikasian digitalisasi/IT dalam pengajaran
-Penurunan pengambilan kursus perguruan terutamanya dalam bidang vokasional
-Suasana pelajaran masih tidak mesra pelajar OKU.Pengurusan radas yang rumit dan tiada
fasilitator untuk membantu sebagai bimbingan kecacatan
-Transformasi teknologi dalam latihan praktikal/amali berlaku dalam kadar yang perlahan
berikutan kekurangan sumbangan dana

Melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti/Rangkaian pendidikan yang luas dan dinamik

-Kerjasama antara institusi/syarikat swasta dalam pendidikan TVET lebih rendah berbanding
dengan pendidikan tertiari umum
-Sistem penarafan TVET secara tunggal masih belum direalisasikan sepenuhnya.Sukar
mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA)
-Program/latihan praktikal yang bertindan dalam kurikulum TVET,kurang penerokaan kaedah
baharu dalam pengajaran sebagai alternatif
-Kebajikan penuntut lemah.Tiada biasiswa khusus untuk pengambilan kursus pendidikan
TVET
-Ketidakselarasan takwim akademik pendidikan TVET merencatkan kemasukan sistem
pendidikan berpusat (universiti)
-Penekanan teori terlalu rendah.Hanya sejumlah komposisi 10% teori diuji mungkin
menyebabkan pemikiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah terhad meskipun
memiliki kemahiran pengelolaan dalam bidang tertentu
-Permohonan pendidkan TVET hanya bermula dari Tingkatan 3 menyebabkan keraguan
pelajar dan wairs mengenai perkembangan pelajaran yang efisien
-Pendidikan TVET tidak menjadi subjek pilihan dalam sekolah rendah
-Tiada Persatuan TVET dalam sistem kokurikulum sekolah menyebabkan murid kurang
mengenali corak pendidikan ini
-Karenah birokrasi dalam pengiktirafan ahli teknologis oleh Lembaga Teknologi Malaysia
(MBOT) untuk bantuan teknikal dalam TVET

Anda mungkin juga menyukai