Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih Tuan Yang Dipertua,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati tuan yang dipertua, rakan-
rakan perwakilan kerajaan, barisan kontradiksi yang kelihatan goyah di seberang
sana, seterusnya sidang dewan sekalian.

Tuan yang dipertua, serta sidang dewan sekalian, berkat keamanan dan keharmonian
dibawah kepimpinan kerajaan pada hari ini, maka dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang
berbunyi BERTANI PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI.

Namun begitu tuan yang dipertua, sebelum meneguhkan hujah-hujah yang kukuh
daripada pihak kerajaan pada hari ini, pertamanya saya akan membidas hujah-hujah
yang telah dibawa di meja pembangkang.

Tuan yang dipertua, terlebih dahulu saya akan membidas hujah-hujah rapuh yang
telah
dibawa oleh Yang Berhormat Menteri ke3. Pertamanya Yang Berhormat mengatakan
bahawa ___________________ Sebenarnya tuan yang dipertua, ________________

Tuan yang dipertua seterusnya saya ingin membidas segala fakta yang telah dibawa
oleh Yang Berhormat menteri ke2 sebentar tadi. Yang Berhormat menteri ke2
mengatakan bahawa
___________________________ Tetapi Yang Berhormat ___________________

Seterusnya,hujah pihak pembangkang yang kedua yang berbunyi______________

Tuan yang dipertua,sebenarnya,____________________


Tuan yang dipertua,nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan
fakta yang goyah. Seterusnya, saya akan membidas hujah yang dibawa oleh Yang
Berhormat ketua pembangkang iaitu _____________ Tuan Yang Dipertua,
sebenarnya _____________

Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah selesai dibidas. Kini tiba masanya untuk
saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan bahawa
sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri dibarisan kerajaan tidak bercakap
diatas angin seperti pihak pembangkang diseberang sana tuan yang dipertua.

Tuan yang dipertua,sebentar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri


mengatakan bahawa Bertani dapat Meningkatkan Pendapatan Eksport Negara.
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana dengan kaedah yang dijalankan ini
dapat meningkatkan hasil pengeluaran bahan mentah dan menjana pendapatan
negara dengan hasil eksport bahan mentah. Selain itu, ia dapat memenuhi keperluan
bekalan bahan makanan dalam negara tanpa perlu mengimport sumber bahan
makanan dari negara luar. Apabila bahan makanan tidak diimport dari luar negara,
ini bermakna kos import bahan makanan dapat dikurangkan dan kos berkenaan
dapat digunakan bagi memajukan lagi industri pertanian. Pertanian yang dijalankan
di Malaysia ini juga membawa perubahan kepada hasil pendapatan negara. Dengan
sumber yang banyak dan disokong oleh infrastruktur yang baik seperti lapangan
terbang serta pelabuhan, pengeksportan hasil pertanian pastinya dapat
dipertingkatkan. Izharnya, dengan hasil tani tempatan yang berkualiti, ia mampu
dijual di peringkat antarabangsa dan meningkatkan kadar eksport negara.

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah hujah kedua kerajaan, kami yakin bahawa
bertani dapat menghasilkan produk yang berasaskan hasil pertanian negara.
Pertanian bukan hanya melibatkan proses penanaman pokok renek bermula dari biji
benih tetapi ianya juga melibatkan proses penanaman pokok yang melibatkan
penuaian hasil sepanjang masa seperti pokok getah, kelapa sawit, koko dan
sebagainya. Hasil tuaian dari pokok getah boleh diproses dan dijadikan tayar
kenderaan manakala minyak masak pula diperoleh dari hasil pokok kelapa sawit.
Manakala produk coklat yang dikeluarkan merupakan hasil tuaian dari penanaman
koko. Bahan mentah yang dihasilkan ini dapat digunakan dalam perindustrian dalam
negara di samping dapat dieksport ke luar negara.
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata yang terakhir kami, sudah
terang lagi bersuluh bahawa bertani juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Berdasarkan kenyataan perdana menteri Malaysia baru-baru ini, bagi memastikan
angka pengangguran belia terus menurun, kerajaan antara lain melalui kerjasama
strategik dengan pelbagai kementerian memberi tumpuan lebih kepada pertanian
bandar. Beliau berkata, usaha itu merupakan strategi bagi meningkatkan pembabitan
belia dalam sektor agromakanan selain Program Agropreneur Muda. Agro makanan
dapat memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya jika ia diurus dan
diusahakan secara bersungguh-sungguh menggunakan teknologi terkini. Ia dapat
menjamin kualiti pengeluaran yang boleh dieksport bagi membantu menambahkan
hasil negara.

Sidang dewan sekalian, berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini,
kami akan tetap menegakkan yang hak dan menolak yang batil, bahawa usul yang
dibawa oleh YAB perdana menteri adalah sangat relevan dan efektif. Betapa
sesungguhnya dewan pada hari ini seharusnya yakin dan percaya bahawa BERTANI
PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI

Maka wajarlah tuan yang dipertua, agar dewan menerima usul yang kami bawa
dengan sebulat suara. Mohon untuk terus mencadang.

Heterogen :- pelbagai-bagai jenis atau pelbagai

Anda mungkin juga menyukai