Anda di halaman 1dari 18

UHMS 2022

PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF


2022/2023
Seksyen: 03

DEBAT ALA PARLIMEN


TOPIK: TVET SANGAT PENTING KEPADA MASADEPAN
PEMBANGUNAN NEGARA.
LECTURER’S NAME:

1. MISS FARAH HAZIQAH BINTI HASLIM

KUMPULAN 8

NO. NAME NO MATRIC


1 ANNUR ULFA BINTI BUSTAMI B22BE0259
2 MUHAMAD SYAZWAN AIMAN BIN ZULKIFLI B22BE0263
3 NUR SHAFIKA ALIA BINTI ABU BAKAR B22BE0273
4 NURUL IZZATI BINTI CHE AZIB B22BE0275
5 NOR FARAHAIN BINTI ZULKEFLEE B22BE0270
Teks Perdana Menteri ( Muhammad Syazwan Aiman )

‫لَّ يِ مَِ ر‬ ‫ل‬


ِ‫لَّ مِ يْ م‬ ‫ن‬ ‫مِ يْ مِ م‬
‫لّ ر‬

‫ع مس يٍْ َنا مَ مم يْ اَ مَا َم مْ رٍَ مَ مع ََ الَِ مَ مَ يِِْ َل يا مَم ي ْم‬ ‫َ ْ م ي َ ل م ي م َ ي م م ر م َ م ر م َ م م َ ري م ْ م‬


‫َأ ينِ مْاِ مَ ْلَ ََ يّ مسس ي ْم‬
‫ع‬ َ‫م‬ ‫مم‬ ‫مم‬ ‫د‬ ‫م‬ َ‫م‬ ‫َمِا م م‬ ‫ع َلَصاُ َلََُْ عَ ل‬ ْ َ َ‫ّ رّ لَماَ م‬
‫لٍََْ م‬

Terima kasih Tuan Yang DiPertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berpandangan

jauh delegasi kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan, seterusnya sidang

perwakilan, hadirin & hadirat yang dihormati sekalian.

Salam perpaduan, Salam perdebatan, Salam kerukunan bumi Tuhan.

Tuan Yang Dipertua,

Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan satu usul yang cukup bernas lagi

menarik untuk diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi TVET SANGAT PENTING KEPADA

MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA.

Bangkitnya saya pada hari ini sebagai PERDANA MENTERI adalah untuk

mengklarifikasi tentang usul yang dibentangkan. Ini menunjukan bahawa kerajaan

mempunyai pendirian yang jelas dan tersendiri untuk menyatakan usul pada hari ini wajar

DITERIMA sebulat suara demi pembangunan negara.

Tuan Yang Dipertua, dan ahli-ahli yang berhormat.

TVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau

lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses

pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama

terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten

dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang
diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan

pendedahan kepada latihan di industri.

Tuan Yang Dipertua, dan ahli-ahli yang berhormat.

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan

pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Lulusan program TVET

mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding

lulusan program akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang

pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

Justeru, ianya dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara pada masa akan

datang.

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan pada harini begitu teliti dan cakna akan perkembangan teknologi semasa dan

pembangunan negara. Ini membuktikan bahawa kerajaan betul-betul serius akan memajukan

negara dengan adanya tenaga mahir dan separa mahir. Kerajaan dibawah tampuk kepimpinan

saya tidak akan bercakap kosong atau bersifat retorik semata. Kami akan mengusahakan

sedaya upaya demi pembangunan negara pada masa akan datang.

Tuan Yang Dipertua, dan ahli-ahli yang berhormat.

Bangkitnya menteri pertama sebagai MENTERI PENGAJIAN TINGGI akan

menyatakan hujah berkaitan TVET menghasilkan graduan yang berkualiti dan profasional.

Selain itu, meningkatkan tenaga pengajar yang mahir. Kerajaan sedar akan kepentingan

pengajian dan pembelajaran perlu dibuat penambahbaikan. Seterusnya, bangkitnya menteri


kedua sebagai MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI untuk menjelaskan hujah

berkaitan teknikal dan kemahiran perlu diterapkan. Hal ini demikian, sangat penting untuk

negara kita semakin berkembang maju dan membangun setara dengan negara-negara luar

atau kata lainnya tak lenyap ditelan zaman.

Kemudian, disusuli dengan menteri ketiga sebagai MENTERI EKONOMI untuk

menakrifkan hujah berkaitan peningkatan ekonomi melalui permintaan firma/syarikat

terhadap graduan TVET yang berkualiti untuk berkerja. Dan menyatakan pandangan dan

sasaran kerajaan kepada tenaga kerja mahir untuk peningkatan dari segi ekonomi negara.

Sebagai penutup arena perdebatan, akan bangkitnya TIMBALAN PERDANA MENTERI

untuk membuat pengulungan dan menyatakan hujah kerajaan yang efisien.

Tuan Yang Dipertua,

Semenjak negara dan dunia diserang oleh wabak covid19. Ekonomi negara dan dunia

semakin merosot. Maka, salah satu cara untuk meningkatkan kembali ekonomi negara

dengan menerapkan TVET kepada belia pada masa kini. Kerajaan mengharapkan sokongan

dan dokongan daripada semua pihak tidak kira dari pihak kerajaan ataupun pembangkang.

Bagi menyatakan hujah yang lebih bernas dan menarik ataupun secara terperinci, saya

serahkan arena perdebatan ini kepada menteri pertama iaitu MENTERI PENGAJIAN

TINGGI. Sekian, terima kasih.


Menteri Pertama – Menteri Pendidikan Tinggi ( Nor Farahain )

Terima kasih yang dipertua dewan, ahli-ahli yang berhormat daripada pihak kerajaan dan

pembangkang, sidang perwakilan yang dihormati sekalian.

Saya sebagai Menteri Pengajian tinggi akan meneruskan hujah utama tentang usul yang

dibincangkan iaitu TVET SANGAT PENTING KEPADA MASA DEPAN

PEMBANGUNAN NEGARA.

Untuk pengetahuan ahli dewan, kadar kebolehpasaran graduan TVET adalah

cemerlang, iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tiga tahun berturut-turut bermula

dari 2017 hingga 2019. Graduan lepasan politeknik sentiasa menjadi buruan para majikan dan

ianya terbukti apabila kadar kebolehpasaran graduan politeknik bagi tempoh lima tahun

sebelum adalah melebihi 90 peratus. Walaupun pada tahun 2020, terdapat sedikit penurunan

kesan daripada pandemik COVID-19, kadar kebolehpasaran graduan politeknik masih

melepasi catatan nasional, dengan lebih tepat sebanyak 91.2 peratus. TVET hakikatnya

melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam bidang diceburi.

Ini dapat dibuktikan dengan salah seorang graduan TVET yang berjaya iaitu pengasas

Pakargearbox.com, Mohd Zaidi Mohmd Souade yang merupakan pemilik Pusat Servis JV

Autolube Sdn. Bagi pendapat bedJiwa bagi individu TVET adalah kreatif yang menggunakan

minda dan kerja tangan untuk menghasilkan penciptaan tersebut. Gandingan tiga ciri peribadi

individu TVET ialah “hearts-on”, “heads-on” dan “hands-on”.


Untuk itu, usaha mengarusperdanakan TVET perlu diberi penekanan bagi memastikan

ia sentiasa relevan dahulu, kini dan pada masa hadapan. Apabila TVET diperkasa, ia akan

menarik lebih ramai belia memilih aliran TVET sebagai laluan pembelajaran dan kerjaya.

Selain bekerja, mereka juga boleh berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Bak kata

pepatah, Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai

apa yang kamu lakukan. Steve Jobs

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah kedua kerajaan ialah TVET dapat meningkatkan kualiti tenaga pengajar.

Pengajar dalam program TVET yang kompeten berupaya menyampaikan pengajaran

dengan berkesan; lebih-lebih lagi, apabila pengajar juga mempunyai latar belakang

akademik yang sama dengan subjek yang diajar. Menurut Ord & Nuttall (2016),

pengajar yang berpengetahuan berupaya mengaplikasikan pengetahuannya semasa

pengajaran praktikal. Institusi pendidikan dan latihan awam yang mengeluarkan pendidik

sepatutnya mengadakan tapisan yang ketat ketika pengambilan pelajar dengan kurikulum

untuk bakal pendidik mesti menjurus ke arah pembentukan jati diri yang mantap dan

mengenal hakikat diri serta mencintai kebenaran.

Oleh itu, tenaga pengajar TEVT perlu menguasai kemahiran dan pengetahuan secara

menyeluruh dan bersedia untuk mengikuti program peningkatan profesionalisme diri bagi

meningkatkan atifan, daya saing dari kualiti pengajaran. Tenaga pengajar teknikal merupakan

individu terpenting di institusi TVET kerana mereka yang perlu responsif kepada sebarang

bentuk perubahan yang berlaku di industri bagi melahirkan graduan yang berkemahiran

tinggi, bersesuaian dengan kehendak terkini, dan masa depan negara.


Wordu & Chiorlu (2017) turut bersetuju bahawa pengajar yang kompeten

mengajar dalam program TVET di samping bengkel perlu dilengkapi dengan peralatan

pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Pusat-pusat bertauliah awam adalah

didapati mempunyai peralatan, alat tangan dan mesin yang mencukupi bagi pengajaran

subjek teori dan praktikal. Secara prinsipnya, pengajar perlu tahu mengendalikan mesin,

alat tangan dan peralatan dan tahu teori penggunaan dan aplikasi elemen tersebut.

Sebagai penutup hujah saya, saya petik kata-kata daripada Nelson Mandela, Pendidikan

adalah senjata paling ampuh yang dapat kamu gunakan untuk mengubah dunia. Presiden

Amerika Selatan

Seterusnya, dari segi teknologi akan dikupaskan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi.
Menteri Kedua – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ( Nur Shafika Alia )

Terima kasih diucapkan kepada menteri pertama di atas hujah yang telah diutarakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, yang berhormat tuan speaker dewan, pegawai-

pegawai persidangan, rakan-rakan menteri kerajaan dan yang berhormat barisan

pembangkang. Saya Nur Shafika Alia binti Abu Bakar, selaku menteri kedua ingin

menyampaikan dua lagi hujah untuk menyokong usul TVET sangat penting kepada masa

depan pembangunan negara.

Hadirin sekalian,

Hujah yang ingin saya ketengahkan dengan kata kunci TVET melahirkan tenaga yang

mahir dan terlatih dalam pembangunan teknologi negara. Umum mengetahui bahawa TVET

merupakan salah satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan

selain daripada menjadi engin pembangunan negara. Dalam erti kata mudah, ianya dapat

memenuhi hasrat negara untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi

ekonomi berpendapatan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap

tenaga kerja asing. Tuan Yang Dipertua dan ahli dewan yang dihormati, kini, Malaysia

berada di landasan yang betul ke arah menikmati masa depan yang lebih stabil dan berpotensi

untuk mencapai status negara maju. Di semua negara maju di dunia, pekerja berkemahiran

teknikal dan vokasional amat diperlukan oleh setiap industri. Mereka mempunyai peluang

pekerjaan yang luas serta memperolehi pendapatan yang baik. Dapat kita lihat bahawa ia

bermula di dalam pendidikan tvet dimana, pelajar boleh memilih untuk mempelajari bidang

seperti bidang pertukangan, kimpalan, elektrikal, kulinari, perhotelan dan juga automotif.

Bidang-bidang ini memerlukan pekerja yang mahir dalam aspek teknikalnya supaya kerja di

setiap peringkat dapat dilaksanakan dengan baik.


Sebagai contoh, apabila pelajar mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang

automatif, mereka dapat bekerja sebagai mekanik di kedai-kedai servis kenderaan ataupun

membuka pusat servis kenderaan sendiri. Bukan itu sahaja, graduan dalam bidang kulinari

juga boleh membuka restoran sendiri apabila berkemampuan. Ini kerana mereka telah

mempunyai kebolehan atau skill; (dengan izin) yang dipelajari daripada tvet. Secara tidak

langsung, pendidikan TVET juga mampu menghasilkan usahawan tempatan yang

menyediakan servis terbaik untuk masyarakat setempat. Intihannya, penting untuk negara

memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional demi melahirkan tenaga kerja

yang berkemahiran tinggi dan kompeten.

Pada waktu yang sama, potensi industri dalam negara dan daya saing dalam kalangan

tenaga kerja juga, dapat ditingkatkan dengan pendidikan TVET. Jerman merupakan antara

contoh negara maju yang memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasionalnya sehingga

melahirkan tenaga kerja yang baik seterusnya menghasilkan jenama terkenal di dunia iaitu

Mercedes-Benz, BMW dan Volkswagen. Mereka melahirkan tenaga kerja berkemahiran

tinggi dalam industri yang mereka kuasai dan membawa jenama negara mereka ke tahap

antarabangsa dan diketahui segenap pelusuk dunia.

Jika kita ingin menaikkan imej negara di tahap dunia, maka usaha untuk meningkatkan

pendidikan teknikal dan latihan vokasional wajar disokong dengan penuh komitmen. Kini,

Malaysia juga telah menghasilkan jenama kereta yang tersendiri iaitu Proton dan juga

Perodua. Ini membuktikan, kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional bukan sahaja

untuk golongan pelajar tetapi juga penting untuk meningkatkan kemampuan negara untuk

duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Hasilnya nanti

kadar pengangguran berkurangan dan rakyat mampu untuk bekerja dalam setiap peluang

yang diberikan berdasarkan latar belakang pendidikan masing-masing.


Hasil kerja yang bermutu tinggi juga akan diperoleh kerana golongan tenaga kerja yang

betul-betul mahir dan pakar dalam bidangnya tidak mungkin melakukan kerja seperti bidan

terjun yang mengucar-ngacirkan tanggungjawabnya kerana tiada kemahiran yang spesifik.

Maka, jelaslah bahawa TVET dapat melahirkan tenaga yang mahir dan terlatih dalam

pembangunan kecanggihan teknologi negara.

Hujah saya yang kedua dengan kata kunci TVET melahirkan masyarakat yang

berpengetahuan tinggi dan berinovasi dalam penghasilan teknologi baharu.

Tuan yang dipertua dan ahli dewan sekalian, beralih pada signifikansi Pendidikan

Teknik dan Vokasional yang seterusnya adalah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan

tinggi dan berinovasi. Pendidikan Teknik dan Vokasional dikatakan mampu menjana

individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Umum mengetahui, bakat dalam

penghasilan produk ini telah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di

bangku sekolah lagi. Buktinya adalah dengan adanya pertandingan reka cipta pada pelbagai

peringkat termasuklah kebangsaan dan antarabangsa. Sejak di bangku sekolah, guru-guru

telah melatih murid-murid dalam pendidikan TVET melalui subjek Reka Bentuk dan

Teknologi. Dalam mata pelajaran ini, para pelajar diberi peluang untuk mengenali dan

mengendali mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel dan seterusnya mencipta sesuatu

seperti tabung dan rak buku. Perkara ini akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan

pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Dengan kemahiran teknikal yang

diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau menambah baik produk yang sedia ada

di pasaran.
Tambahan pula, ramai anak tempatan yang telah mula melakar kejayaan yang hebat

sebagai contoh, baru baru ini, sebuah syarikat iaitu MILDEF International Technologies telah

melancarkan Kenderaan Berperisai Bermobiliti Tinggi (HMAV) 4×4 yang menepati piawaian

dan spesifikasi terkini Pertubuhan Bangsa bangsa bersatu (PBB) dan ianya diadaptasikan

daripada kenderaan timur tengah. Kenderaan ini turut dilengkapi dengan sistem hidraulik

yang membolehkannya menjadi lebih cekap. Impian mereka bukanlah angan-angan Mat

Jenin semata-mata, malah produk tersebut kini sudah mula mendapat pertanyaan daripada

negara luar termasuklah dari Timur Tengah. Ini secara tidak langsung ia dapat membantu dan

memantapkan aset pertahanan negara untuk masa akan datang.

Bukan sahaja dari aspek pertahanan, malah bidang - bidang lain juga akan dapat

manfaatnya seperti bidang perubatan. Bidang perubatan ini juga mustahak dalam menambah

baik kesihatan dan keselamatan manusia. Sehingga hari ini, pelbagai peralatan yang canggih

telah dicipta untuk tujuan mengesan penyakit dan membantu proses penyembuhan pesakit.

Manusia yang menghidap penyakit dapat menjalani rawatan dan mengurangkan risiko

kematian berbanding pada zaman dahulu. Selain itu, kesihatan diri juga boleh diperhati secara

sendiri tanpa perlu hadir ke klinik atau hospital hanya dengan menggunakan jam pintar

ditangan. Pemantauan denyutan jantung dan kualiti tidur boleh dilakukan menggunakan jam

tersebut. Kelebihan ini secara tidak langsung membantu manusia untuk lebih peka terhadap

kesihatan diri dan orang sekeliling. Ini mengukuhkan bahawa sains dan teknologi sangat

penting kepada manusia khususnya dalam aspek kesihatan dan juga keselamatan diri.

Maka, jelaslah bahawa TVET dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan

berinovasi dalam penghasilan teknologi baharu dan seterusnya dapat memberi manfaat yang

besar dalam kehidupan manusia.


Menteri Ketiga – Menteri Ekonomi ( Annur Ulfa )

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan Yang Dipertua, ahli-ahli yang berhormat

daripada pihak kerajaan dan pembangkang serta yang dihormati sekalian. Terima kasih

kepada yang berhormat menteri kedua kerana telah membentang dua hujah sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Tvet diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,

kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.TVET mengupayakan pendekatan yang

diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang

diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti

berasaskan pengetahuan, selari denganaspirasi menjadi negara maju pada tahun 2030.

Bagi memastikan kurikulum pendidikan politeknik sentiasa relevan dengan

perkembangan teknologi terkini, penglibatan industri secara aktif amat diperlukan supaya

kurikulum yang dibangunkan bersifat ‘Industry Driven Curriculum’- dengan izin. Saya

berharap bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar dan berharap lebih banyak program

penajaan pengajian dapat diketengahkan. Ia boleh diperkembangkan kepada semua ahli

Majlis Penasihat Industri JPPKK seperti Yayasan TM; Petronas; institusi perbankan

seperti ‘Malayan Commercial Banks’ Association (MCBA)’ - dengan izin dan lain-lain lagi.

Hakikatnya, masih terdapat banyak lagi ruang jalinan kolaborasi yang boleh kita terokai

dengan pihak lain. Jadinya, saya menyeru agar lebih ramai pihak industri bekerjasama dengan

KPT terutamanya pihak JPPKK bagi pembiayaan pensijilan profesional kepada graduan. Ini

bagi membolehkan graduan-graduan ini nanti, apabila diserap masuk sebagai pekerja, akan

memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.


Menjelang 2030, kerajaan menyasarkan peningkatan 35 peratus tenaga kerja

berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi masa hadapan dan 60 peratus lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki aliran TVET. Ia bertujuan mengurangkan masalah

ketidakpadanan kemahiran dan kebergantungan kepada buruh asing.

Seterusnya, dengan adanya pelaburan keluar masuk dalam negara seperti teknologi

yang canggih dan tenaga kerja yang mahir kita dapat menarik minat pelabur dari dalam dan

luar negara untuk melabur di negara kita. Hal ini menunjukan bahawa peluang untuk

meningkatkan ekonomi negara semakin cerah. Disini sekali lagi saya ingin menekankan

bahawa kerajaan betul-betul cakna akan pembangunan negara.

Untuk itu, usaha mengarusperdanakan TVET perlu diberi penekanan bagi memastikan ia

sentiasa relevan dahulu, kini dan pada masa hadapan. Apabila TVET diperkasa, ia akan

menarik lebih ramai belia memilih aliran TVET sebagai laluan pembelajaran dan kerjaya.

TVET hakikatnya melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam bidang diceburi.

Seterusnya, kita teruskan dengan sesi penggulungan yang akan disampaikan oleh Timbalan

Perdana Menter
Timbalan Perdana Menteri – Penggulung ( Nurul Izzati )

Baiklah, terima kasih. `Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada yang dipertua

dewan, barisan barisan kerajaan dan sidang dewan sekalian. Tampilnya saya disini sebagai

Timbalan Perdana Menteri bagi menggulung usul yang dibincangkan pada hari ini.

Tuan yang dipertua,

Disini, suka saya menyusun semula hujah-hujah bernas yang disampaikan oleh para

Menteri saya sebentar tadi. Tujuan kami bersidang pada hari ini ialah bagi menyokong usul

yang telah dibincangkan iaitu TVET sangat penting kepada masa depan pembangunan negara.

Izinkan saya ulangi definisi bagi usul yang diketengahkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

TVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih

dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Ia merupakan suatu

proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama

terhadap amalan industri yang bertujuan untuk memenuhi permintaan industri dan

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan

pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Hal ini memberi kelebihan kepada mereka bagi mendapatkan peluang pekerjaan serta

menarik minat majikan yang memerlukan kelulusan TVET. Oleh itu, Lulusan TVET lebih

kompeten dalam pekerja berdasarkan standard kerja yang diiktiraf serta mempunyai

kemahiran psikomotor yang didedahkan dalam latihan di industri. Bangkitnya Menteri

Pengajian Tinggi menyampaikan hujah beliau TVET dengan kata kunci TVET sangat penting

kepada masa depan pembangunan negara. Jelas dinyatakan oleh beliau bahawa kadar

kebolehpasaran graduan TVET adalah cemerlang, iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan

untuk tiga tahun berturut-turut bermula dari 2017 hingga 2019. Individu TVET perlu
mempunyai tiga ciri yang dapat memantapkan lagi mereka iaitu “hearts-on”, “heads-on” dan

“hands-on”. Dengan itu, mereka, individu kreatif yang menggunakan minda dan kerja tangan

untuk menghasilkan penciptaan tersebut. Oleh itu, apabila TVET diperkasa, ia akan menarik

lebih ramai belia memilih aliran TVET sebagai laluan pembelajaran dan kerjaya. Seterusnya,

hujah kedua Menteri Pengajian Tinggi dengan kata kunci TVET dapat meningkatkan kualiti

tenaga pengajar. Disini dijelaskan bahawa pengajar dalam program TVET yang kompeten

berupaya menyampaikan pengajaran dengan berkesan lebih-lebih lagi, apabila pengajar juga

mempunyai latar belakang akademik yang sama dengan subjek yang diajar. Ianya berupaya

bagi pengajar mengaplikasikan pengetahuannya semasa pengajaran praktikal.

Hal ini kerana mereka merupakan individu terpenting di institusi TVET kerana mereka

yang perlu responsif kepada sebarang bentuk perubahan yang berlaku di industri bagi

melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, bersesuaian dengan kehendak terkini, dan

masa depan negara. Oleh itu, tenaga pengajar TVET perlu menguasai kemahiran dan

pengetahuan secara menyeluruh dan bersedia untuk mengikuti program peningkatan

profesionalisme diri bagi meningkatkan atifan, daya saing dari kualiti pengajaran.

Seterusnya, setelah selesai hujah menteri pertama, bangkit pula Menteri Sains,

Tekonologi dan Inovasi di pihak kerajaan yang memberikan hujah dengan kata kunci TVET

melahirkan tenaga yang mahir dan terlatih dalam pembangunan teknologi negara. Selaras

dengan era pembangunan negara, pekerja berkemahiran teknikal dan vokasional amat

diperlukan oleh setiap industri. Mereka mempunyai peluang pekerjaan yang luas serta

memperolehi pendapatan yang lebih baik. Disini, Dapat kita perhatikan bahawa bermula

dengan pendidikan tvet, pelajar boleh memilih untuk mempelajari bidang yang sesuai dengan

minat dan jiwa mereka seperti bidang pertukangan, kimpalan, elektrikal, kulinari, perhotelan

dan juga automotive. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi bidang lain dan ianya sangat meluas.
Dengan hasil tenaga yang mahir dah terlatih, Kini, Malaysia juga telah berjaya

menghasilkan jenama kereta tersendiri iaitu Proton dan juga Perodua. Ini

membuktikan,bahawa pentingnya pendidikan teknikal dan vokasional bukan sahaja untuk

golongan pelajar tetapi juga penting untuk meningkatkan kemampuan negara untuk duduk

sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Selain itu, Menteri Sains,

Tekonolgi dan Inovasi juga ada memberikan hujah yang kedua dengan kata kunci TVET

melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi dalam penghasilan

teknologi baharu. Umum mengetahui, bakat dalam penghasilan produk ini telah diterapkan ke

dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.

Buktinya adalah dengan adanya pertandingan reka cipta pada pelbagai peringkat

termasuklah kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh, baru baru ini, sebuah syarikat

iaitu MILDEF International Technologies telah melancarkan Kenderaan Berperisai

Bermobiliti Tinggi (HMAV) 4×4 yang menepati piawaian dan spesifikasi terkini Pertubuhan

Bangsa bangsa bersatu (PBB) dan ianya diadaptasikan daripada kenderaan timur tengah.

Kenderaan ini turut dilengkapi dengan sistem hidraulik yang membolehkannya menjadi lebih

cekap. Maka, jelaslah bahawa TVET dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan

tinggi dan berinovasi dalam penghasilan teknologi baharu dan seterusnya dapat memberi

manfaat yang besar dalam kehidupan manusia dalam pelbagai aspek seperti keselamatan,

kesihatan, pengangkutan dan sebagainya.

Izinkan saya untuk memberi pencerahan sekali lagi tentang apa yang dikatakan oleh

Menteri Ekonomi dengan kata kunci TVET membangunkan ekonomi yang mampan. Tvet

diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,

kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Kebanyakkan para graduan lepasan
politeknik menjadi buruan para majikan dan ia terbukti apabila kadar kebolehpasaran mereka

bagi tempoh lima tahun sebelum adalah melebihi 90 peratus. Dengan bantuan penajaan

seperti biasiswa dapat membantu para pelajar agar lebih bersemangat dalam menceburi

bidang TVET. Ianya dapat membantu ekonomi negara dengan cara yang lebih cerah dan

bagus. Apabila TVET diperkasa, ia akan menarik lebih ramai belia memilih aliran TVET

sebagai laluan pembelajaran dan kerjaya. Hal ini dapat menjamin peningkatan ekonomi

dengan lebih pesat dan seterusnya membantu negara untuk membangun dengan lebih pesat

dan teratur dari segi kemahiran dan teknologi yang kian meningkat.

Jadi, rangkuman keseluruhannya,TVET penting dalam menjadi pemacu kepada

pembangunan sesebuah negara. Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang seimbang, ia hanya

menghasilkan pekerja yang kurang berkemahiran dan tertumpu pada satu pengkhusasan

sahaja. Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai

peluang kepada golongan belia di negara ini bagi mendapat pekerjaan dan meraih pendapatan

setimpal pada masa depan. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid,

berkata ‘pihak industri perlu melihat imej TVET kini sebahagian bidang profesional dan

pekerjanya perlu ditawar dengan gaji setimpal kelayakan serta kemahiran mereka’. Beliau

juga berkata "Disebabkan itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) cukup yakin

pada cadangan menghantar pekerja mahir Malaysia bekerja di Jepun seperti diumumkan

kerajaan baru-baru ini, ia bakal memberi kelebihan kepada graduan institusi’ katanya ketika

menghadiri Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 (M Hifzuddin Ikhsan, Jun 2022) .

Hal ini jelas menunjukkan bahawa penerapan yang seimbang melalui TVET dapat

menghasilkan pekerja yang berbakat dan peka kepada perubahan semasa negara. Graduan

lulusan TVET ini sering menjadi ‘Goreng Pisang Panas’ setelah mereka menamatkan tempoh

pengajian di institusi. Oleh itu,terbukti bahawa mereka yang mempunyai kemahiran dan
praktikal mampu mendapatkan pekerjaan yang baik sekaligus menjadi penyumbang kepada

putaran ekonomi untuk terus meningkat. Dengan segala hujah-hujah mantap kerajaan saya,

saya rasa sudah tiba masanya usul yang dikemukakan iaitu TVET sangat penting kepada

masa depan pembangunan negara perlu diterima dan disokong.

Bagi mengakhiri sesi perdebatan pada hari ini, izinkan saya untuk memberikan serangkap

pantun,

dari kedah ke pekan sari,


beli suasa di kota tinggi,
selesai sudah tugas diberi,
di lain masa bersua lagi.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai