Anda di halaman 1dari 4

Teks Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ahli Parlimen Dungun

Pakej Rangsangan dan Kewangan

Pendahuluan

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, wabihi nasta’in, wala hawla wala


quwwata illa biLLahil ‘aliyyil ‘azim. Allahumma solli ‘ala saiyyidina Muhammad. Wa ‘ala
alihi wa sohbihi ajma’in.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Yang Dipertua kerana memberikan saya
peluang untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong yang banyak menyentuh isu-isu kebajikan rakyat di kala
negara sedang berusaha keluar dari pandemik COVID 19 ini kepada menjadi epidemik.
Jelas Seri Paduka Baginda dalam tittahnya menegaskan kepada pentadbiran kerajaan
sekarang ini untuk bekerja keras bagi memastikan segala inisiatif yang perlu digerakkan
bagi membantu rakyat jelata yang dalam kesusahan pada waktu ini.

Dato Yang Dipertua,

Semenjak berlakunya pandemik Covid 19 pada akhir tahun 2019, pelbagai negara telah
melakukan langkah-langkah dan inisiatif bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara
masing-masing dapat diteruskan.

Negara kita tidak terkecuali dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga melalui siri-siri
Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diperkenalkan semenjak tahun lepas. Bahkan,
negara kita adalah negara pertama di dunia yang melaksanakan inisiatif moratorium
terhadap bayaran pinjaman kepada bank oleh rakyat selama 6 bulan. Ini menunjukkan
kerajaan kita cakna dan tidak gagal dalam memahami kesusahan dan kesulitan yang
dihadapi oleh rakyat.

Dato Yang Dipertua,

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mencadangkan beberapa
inisiatif lagi bagi memastikan kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi terus
dipertingkatkan. Inisiatif-inisiatif ini dicadang setelah mengambil kira situasi realiti semasa
yang dialami oleh rakyat pada waktu sekarang.

Sektor Ekonomi

Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi


(PEMULIH) bagi memastikan ekonomi negara kita mempunyai daya tahan (economic

________________________________________________________
Terengganu Strategic & Integrity Institute
Teks Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ahli Parlimen Dungun

resilience) dan pada masa yang sama, isu-isu kebajikan rakyat masih terjaga dengan
baik. Dalam sektor ini, saya mencadangkan beberapa perkara sebagai penambahbaikan
terhadap PEMULIH mengambil kira pelbagai faktor semasa.

Antara cadangan yang ingin saya utarakan adalah;

i. Pengurangan kadar faedah/keuntungan 50 peratus bagi pinjaman bank yang telah


diluluskan untuk diberi moratorium 6 bulan.

ii. Pengurangan kadar faedah/keuntungan dan pemberian moratorium kepada


pinjaman daripada institusi non-bank seperti syarikat kredit lain.

iii. Pengurangan kadar faedah/keuntungan kad kredit diturunkan kepada 4-5 peratus.

iv. Pemberian moratorium selama 3 bulan bagi golongan yang tidak layak menerima
moratorium serta tidak mampu membayar hutang dalam tempoh 90 hari. Ini bagi
mengelakkan lebih ramai yang terkesan diisytiharkan muflis.

v. Penambahbaikan projek "Program Prihatin Kasih' daripada RM100 sebulan


kepada RM200 sebulan dan tempoh dilanjutkan sehingga 6 bulan melibatkan 300
ribu keluarga miskin.

vi. Pembentukan mekanisme jaringan kecemasan (safety net) untuk mereka yang
hilang sumber pendapatan serta merta supaya mereka mempunyai tempat untuk
bergantung dan menyelesaikan masalah.

vii. Pengurangan yuran di IPTA sebanyak 50 peratus serta bantuan yuran RM1,000
kepada pelajar di IPTS.

viii. Perlaksanaan tuisyen secara percuma kepada golongan pelajar yang tertinggal
proses PDPR.

ix. Pemberian bantuan one-off kepada guru-guru Maahad Tahfiz, Sekolah Agama
Rakyat, institusi pondok dan pra-sekolah yang terjejas serta bantuan per kapita
pelajar.

x. Pertingkatkan keupayaan portal dan jaringan peluang pekerjaan atas talian yang
sedia ada untuk membolehkan peluang individu mengganggur memohon
pekerjaan bertambah.

________________________________________________________
Terengganu Strategic & Integrity Institute
Teks Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ahli Parlimen Dungun

xi. Bantuan atau geran kewangan perlu diberi kepada individu dalam sektor yang
terjejas dalam pandemik ini seperti pertanian dan perusahaan industri kecil dan
sederhana (IKS) untuk memastikan kelangsungan pekerjaan petani dan
pengusaha dapat diteruskan.

xii. Skim Mysalam turut diperluaskan kepada golongan sasar yang memerlukan
terutamanya yang berada di luar dari golongan berpendapatan rendah (B40).

xiii. Bilangan Rumah Transit ditambah untuk golongan yang tiada tempat tinggal
kerana hilang punca pendapatan pada waktu ini terutamanya di bandar-bandar
besar.

Dato’ Yang Dipertua,

Bagi merancakkan ekonomi negara pula, pada waktu kritikal seperti sekarang, saya
ingin mencadangkan: -

1. Memperkenalkan cukai “windfall tax” kepada syarikat-syarikat yang


mempunyai keuntungan berlipatganda ketika ini contohnya syarikat
pengeluar sarung tangan.

2. Sistem cukai pendapatan individu yang lebih komprehensif dan menyeluruh


juga diperkemaskan bagi memastikan golongan yang mempunyai
kekayaan seperti golongan T20 dapat menyumbang lebih kepada
pendapatan negara.

3. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri


dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dengan kerjasama dengan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia melancarkan kempen besar-
besaran melalui media bercetak mahupun atas talian untuk meyakinkan
rakyat bagi membeli barangan tempatan sahaja untuk memastikan aliran
tunai dalam negara dapat bergerak di kalangan rakyat dan pemain-pemain
industri dalam negara sahaja.

4. Bahkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga disarankan
mengambil inisiatif drastik dan segera untuk membuat pelan strategik
media yang tersusun bagi menarik pelabur luar untuk melabur ke dalam

________________________________________________________
Terengganu Strategic & Integrity Institute
Teks Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ahli Parlimen Dungun

Malaysia bagi memberi gambaran bahawa iklim ekonomi negara kita masih
lagi stabil dan sesuai untuk mereka melakukan pelaburan.

5. Memandangkan banyak perniagaan dilaksanakan atas talian pada waktu


ini, saya mencadangkan Kerajaan terus mempertingkatkan keupayaan
kemudahan dan ekosistem transformasi digital dalam negara bagi
memastikan usahawan kecil dan sederhana dapat menaikkan hasil jualan
mereka dalam talian tanpa sebarang kesulitan.

Dato’ Yang Dipertua,

Reformasi Ekonomi Selepas COVID-19

Saya ingin menekankan bahawa penambahbaikan fiskal negara termasuklah melihat


kepada structural reform ekonomi negara untuk jangka masa panjang adalah langkah
yang perlu diambil oleh Kerajaan selepas pemulihan ekonomi telah dibuat.

Saya juga ingin menyarankan supaya tumpuan yang teliti dan menyeluruh diberi oleh
pihak Kerajaan kepada isu kemiskinan bandar, kestabilan pekerjaan, inflasi, monopoli,
keselamatan makanan, akses kesihatan yang meluas, kesihatan mental serta tumpuan
bagi mempertingkatkan semula perkhidmatan pendidikan negara. Kesemua ini wajar
dipertimbangkan dengan mendalam supaya proses reformasi ekonomi negara berjalan
dengan baik.

Saya mohon menyokong.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

________________________________________________________
Terengganu Strategic & Integrity Institute

Anda mungkin juga menyukai