Anda di halaman 1dari 10

TEKS PEMBANGKANG PERTAMA

USUL 1 : Tenaga Kerja Asing Membangunkan Kesejahteraan Negara


1
Bismillahirrahmanirrahim.
Tenaga Kerja Asing merupakan tulang belakang
kepada negara dalam bidang ekonomi dengan
menampung pekerja kurang atau separa mahir. Jika
banyak masalah yang tidak dapat ditangani, maka
kelamlah masa depan negara dan pengurusan sumber
manusia negara kita dipandang serong.

2
Tuan Yang Dipertua

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat Tuan Yang


Dipertua, Rakan-rakan di pihak pembangkang yang
banyak membantu, barisan pencadang yang amat saya
geruni. Seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.
Selamat bersidang semuanya.
Tuan Yang Dipertua,
3

Sekali lagi, saya selaku Pembangkang kedua bangkit untuk


meneruskan perjuangan kami bagi membela nasib anak2
kita. Saya tetap berdiri teguh di belakang Yang Berhormat
Ketua Pembangkang dan kami tetap ragui usul yang
digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu
TENAGA KERJA ASING MEMBANGUNKAN KESEJAHTERAAN
NEGARA. Saya juga tetap berpegang dengan pendefinisian
yang dibuat oleh Ketua Pembangkang tadi.

4
Kami dari barisan Pembangkang tetap meragui usul dan
mohon untuk meminda usul perdebatan pada hari ini
dengan menyatakan TENAGA KERJA ASING MENGANCAM
KESEJAHTERAAN NEGARA lantaran
wujudnya kekangan dan pelbagai masalah kepada
pekerja tempatan, masyarakat dan negara.
5
Tuan Yang Dipertua Sidang dewan sekalian,
Sebelum hujah saya dibentangkan, molek rasanya saya
mulakan dengan bidasan terhadap hujah Menteri Kedua
sebentar tadi. Menteri ke2 sebentar tadi telah
mengemukakan hujah dengan petah bicaranya bahawa
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

6
Tuan Yang Dipertua,
Selain itu, Menteri kedua juga ada menyatakan
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
7
Manakala, Perdana Menteri yang gah berdiri menjunjung
kata kuncinya
_________________________________________
menyatakan bahawa ________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

Nampaknya, hujah saja panjang namun syg 2000x syg


hujah yang dibentangkan semuanya ibarat pagar yang
dibuat dengan kertas, terkena air hujan lembik semunya.

Selesai bidasan saya terhadap ketiga-tiga hujah kerajaan.


9
Warga dewan sekalian,
Meniti hujah kedua perwakilan pembangkang, di bawah
lembayung kata Tenaga Kerja Asing : Memonopoli
Pekerjaan Rakyat Tempatan.

Tuan Yang Dipertua,


Membuka lensa kemasukan pekerja asing ke negara kita,ia
menimbulkan kekhuatiran bahawa periuk nasi rakyat akan
terjejas.Masalah kebanjiran pekerja asing ini menyekatkan

rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan.Hal ini dikaitkan


10
dengan sikap majikan yang lebih gemar mengambil pekerja
asing dalam mengisi ruang pekerjaan seperti sektor
perladangan,pembinaan dan pembantu rumah kerana kos
menggaji mereka adalah lebih murah berbanding pekerja
tempatan.Menurut Timbalan Presiden PERKREMA, Raziz Abd
Rahman, berkata lambakan pekerja asing dalam sektor
binaan berpunca daripada sub kontraktor bersaing
menawarkan harga terendah untuk mendapatkan projek
membekalkan operator kren kepada kontraktor utama.
11
Bukan sahaja itu,hampir 2.1 rakyat tempatan hilang peluang
pekerjaan berdasarkan Laporan Banci Penduduk Malaysia
2021.Dengan kata yang lain,kadar pengangguran semakin
memuncak dalam kalangan pekerja tempatan akibat
kemasukan pekerja asing.Tempias tersebut amat terkesan
kepada masa depan golongan graduan dan pekerja separa
mahir.Perbuatan sedemikian ibarat anak di pangkuan
diletakkan,kera di hutan disusui.Apatah lagi niat kerajaan
yang ingin mempromosi guna tenaga penuh dalam negara?

Hadirin dan hadirat yang saya hormati.. 12


Kelompok pekerja asing dilihat berani untuk menegakkan
hak sendiri.Sekiranya syarikat tidak membayar gaji,mereka
bertindak melancarkan mogokan yang akan menjejaskan
ekonomi negara seperti di kilang perbuatan sarung
tangan,Sepang.Barah ekonomi sekali lagi merebak apabila
wujudnya perbezaan nilai mata wang.Sejurus pekerja asing
membawa wang kita ke negara asal,pengaliran kewangan
mengundang kerugian besar bagi sistem kewangan negara.
13

Sanggup kerajaan menafikan hak rakyat tempatan.Apakah


tujuan menandatangani Mou pekerja asing banyak-banyak?
Sedangkan rakyat kita hidup kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang.Kalau rakyat kita sendiri tidak merasai
pekerjaan 3D,sampai bilakah rakyat kita bersikap produktif
dan fleksibel jika hanya bekerja di bawah air kon saja?Ini
merupakan soal etos,cerminan di mata dunia Yang Amat
Berhormat.

Yang Di Pertua, 14

Senario pekerja asing jadi tauke jadikan struktur masyarakat


tempatan semakin terumbang-ambing.Mendedahkan
perkara itu, Ketua Pengarah (MAFI) Azman Mahmood
berkata, setakat ini pihaknya mengesan lebih 200 'petani
import' didapati mengusahakan penanaman padi di negara
ini.Rakyat sebagai ‘pemangsa’ ditelan habis-habisan kerana
tidak dapat menempatkan diri dalam golongan
pertengahan.Kemampuan mereka semakin disisihkan…Murid
Selesaikan masalah ini dulu Yang Berhormat 15
sebelum menyatakan sesuatu.. Jangan Indah Khabar dari
rupa sahaja..

Warga dewan sekalian,


Meniti hujah Ketiga perwakilan pembangkang, saya buka
kata kunci yang berbunyi KEAMANAN. Hanya 1 frasa tetapi
dapat mengungkapkan pelbagai masalah yang pihak
kerajaan tutup mata. Tenaga Kerja Asing : Menggugat
Keamanan Negara.

16
Tuan Yang dipertua dan sidang dewan sekalian,

Penguatkuasaan lemah kerajaan membuka jalan untuk PATI


lolos menggunakan “lorong tikus”.Bukti dapat ditatapi
dengan statistik oleh Jabatan Imigresen Malaysia iaitu
seramai lebih 18 ribu orang PATI ditangkap dengan pelbagai
kesalahan sejak Januari 2022.Lagi parah lagi,PATI
terutamanya etnik Rohingnya menjadi bebanan kerajaan
kerana terpaksa menanggung kos penghantaran mereka.
17
Tambah garam di luka,dari sudut jenayah,kehadiran pekerja
asing melibatkan warga Afrika ataupun China mendatangkan
sindiket berbentuk penipuan seperti Black Money,Macau
Scam,Skim Cepat Kaya dan sebagainya.Modus operandi
mereka yang licik sudah jelas sekali MENGANCAM
kesejahteraan masyarakat.Mereka bukan sekadar itu
saja,malah sanggup membunuh bayi,merogol,memeras ugut
menggunakan parang dan edar dadah.Adakah situasi ini
dikatakan KESEJAHTERAAN YAB?

Selongkar lagi pincang tempang kerajaan,pengurusan18


pekerja asing yang tidak sistematik mewujudkan fenomena
penempatan haram,banyak rumah setinggan secara
berkelompok menceroboh hak hartanah kerajaan.Adakah
kerajaan mengakui bahawa pencerobohan ini sudah
menyebabkan ketidakselarasan?Begitu juga
persekitaran,mereka selamba untuk mendatangkan
pencemaran.Kehidupan harian masyarakat terganggu
kerana bunyi bising,sampah sarap dan penyakit meninta
tompokan hitam dalam kalangan masyarakat.Sangat sedih.
19

Maka atas dasar inilah kami katakan Sekatan Pekerjaan


dan Gejala Sosial menyebabkan TENAGA KERJA ASING
MENGANCAM KESEJAHTERAAN NEGARA atas rasional
melihat kepada kekangan dan pelbagai masalah
kepada pekerja tempatan, masyarakat serta pelbagai
cabaran yang ada.

20
Tuan Yang Dipertua,
Oleh itu, saya selaku pembangkang ke-2 di pihak
pembangkang ingin saya tegaskan sekali lagi pendirian kami
bahawa kami sebulat suara dan tidak akan berganjak walau
seinci pun daripada bumbung premis yang kami dirikan hari
ini atas dasar
TENAGA KERJA ASING MENGANCAM
KESEJAHTERAAN NEGARA
Mohon untuk terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai