Anda di halaman 1dari 22

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT NEGERI PERAK 2022


PUSINGAN 2
TEKS BAHAS PIHAK KETUA PEMBANGKANG
BERTANI PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI

KETUA PEMBANGKANG

Bismillahhirahminarrahim

Salam sejahtera dan selamat bersidang saya ucapkan kepada warga

dewan yang saya hormati.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan

pihak pembangkang, perwakilan kerajaan dan ahli-ahli dewan sekalian.

Sebentar tadi, telah kita dengarkan Yang Berhormat Perdana

Menteri telah membentangkan satu usul yang berbunyi “BERTANI

PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI

Tuan yang dipertua , sebentar tadi Yang Amat Berhormat perdana

Menteri telah membuat pendifinisian dan takrifan usul , Namun kami

di premis pembangkang telah berjaya mengesan kelemahan dan

kekurangan dalam pendifinisian usul yang dibentangkan oleh pihak

yang berhormat di sebelah sana.

1
Tuan yang Dipertua,

Kami menerima dengan pindaan difinisi usul pihak kerajaan dengan

izin yang dipertua saya mohon mememinda difinisi kerajaan dan

menegakkan difinisi kami dibarisan pembangkang

Dalam konteks perdebatan pada hari ini kami mendifinisikan

perkataan frasa Bertani (merujuk kamus dewan edisi ke 4) ialah

mengusahakan tanah untuk bercucuk tanam yang berkait dengan

pertanian.

Pemangkin pula kami difinisikan sebagai agen perubahan

manakala kemajuan ekonomi kami takrifkan sebagai sebarang bentuk

pertambahan, kenaikan, perkembangan dalam daya pengeluaran,

pengagihan , penggunaan barangan dan perkhidmatan

Dengan kata lain Pertanian merupkan satu bentuk kegiatan

penanaman yang menjadi ejen perubahan kepada perkembangan

ekonomi yang meliputi pengeluaran pengagihan, penggunaan barang-

barang, dan perkhidmatan

Oleh yang demikian, kami pihak pembangkang mempunyai pandangan

kami tersendiri mengenai usul yang hangat dibincangkan ini. Kami

akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap

usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya

dan tidak bersetuju dengan hujah tersebut.

2
Tuan Yang Dipertua,

Premis yang mereka kemukakan tidak relevan dan tidak rasional

dengan usul yang mereka sendiri bentangkan.

seterusnya, izinkan saya membidas hujah yang telah dikemukakan

oleh yang amat berhormat perdana menteri. sebentar tadi perdana

menteri telah membentangkan satu hujah iaitu

___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________

Tuan yang dipertua,

Kami di pihak pembangkang ingin meletakkan satu perancangan

yang lebih baik dan dipersetujui ramai kerana rasionalnya usul ini

terdapat kekangan dan halangan yang tidak disedari oleh pihak

kerajaan yang sambil lewa dalam membentang usul pada hari ini.

Oleh itu, bagi mengukuhkan pandangan kami ini , saya selaku

Ketua Pembangkang akan mengemukakan satu hujah yang pastinya

akan mendapat sambutan oleh mana-mana pihak.

Seterusnya, pembangkang kedua pula akan meneruskan gerak

kerja kami dengan membentangkan lagi dua hujah yang jelas lagi

padat.

3
Setelah itu bangunlah pembangkang ketiga untuk membidas dan

membetulkan kepincangan hujah pihak kerajaan yang lena dibuai

mimpi semasa membentangkan hujah mereka sebentar tadi

dan sekali gus mengukuhkan lagi hujah yang akan kami

sampaikan bagi meminda usul yang diperdebatkan pada hari ini.

Tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan,

Untuk menolak usul pada hari ini, pihak pembangkang telah

meletakkan satu premis yang amat mudah untuk mengukuhkan premis

pihak pembangkang, bagi menolak usul, kami telah meletakkan 3

strategi utama iaitu, saya selaku ketua pembangkang akan

membentangkan hujah pertama iaitu kegagalan bidang pertanian

menjadi halangan kepada perkembangan ekonomi negara/ petani.

Kita sedar bahawa terdapat beberapa siri kegagalan yang

diusahakan oleh petani / penternak atau peladang dalam

menjayakan projek pertanian.

'Projek pertanian' ini merangkumi semua projek-projek anjuran

kerajaan, MOA, Jabatan Pertanian,Lembaga Pertubuhan Peladang dan

lain-lain di tanah rendah' semua projek yang diusahakan oleh

petani/peladang GAGAL

“gagal' - sama ada gagal menjelaskan kembali hutang pertanian yang

ada, menjadi bankrup, terpaksa menutup ladang dan ladang terbiar

serta terbengkalai.

4
Secara keseluruhannya, kita selalu mendengar projek-projek

pertanian yang di'sponsor' oleh kerajaan gagal memenuhi

matlamatnya, sama ada pengusaha gagal memanfaatkan segala

kemudahan yang diberikan kepada mereka atau pun projek

terbengkalai diseparuh jalan.

Sedangkan segala kemudahan diberikan termasuk pembekalan

alatan, bajasetahun/semusim, elaun bulanan, hinggakan biji benih pun

dibekalkan tetapi masih gagaldilaksanakan oleh pengusaha.

Kadangkala, kos yang dikeluarkan oleh kerajaan melampaui kos

sebenar projek, sampai berlebih-lebih tetapi masih gagal.

Contohnya Projek padi berkelompok , Kegagalan projek Ladang

Projek Kelapa Kubang Puyu yang menelan belanja sehingga rm5 juta,

Ladang Musang King di Pahang. National Feedlot Corporation Sdn Bhd

(NFC)

Kita juga pernah dikejutkan dengan Kegagalan memasarkan hasil

pertanian juga menjadi masalah kepada pengusah ladang sayur

sehingga sayur dibuang menjadi timbunan sampah.

Jika keadaan ini berlaku bahgaimana pihak kami hendak

bersetuju dengan kenyataan pihak kerajaan yang mengatakan Bertani

pemangkin ekonomi negara?

5
Tuan Yang DiPertua.

Kegagalan dalam sektor pertanian ini akan menyebabkan

kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi memulihkan

Kembali projek pertanian yang gagal dan terbengkalai ini . Kos yang

ditanggung oleh kerajaan bukan sedikit malah berjuta ringgit.

Contohnya peruntukan lebih RM150 juta melalui pelaksanaan

pelan pemulihan untuk membantu memaksimumkan hasil pengeluaran

ladang dan aset milik TH Plantations Bhd (THP) Pemberian subsidi

dan insentif bagi tahun 2022 industri pertanian dan perikanan

diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

berkata, antaranya RM1.5 bilion diperuntukkan bagi subsidi benih,

baja, harga dan pengeluaran padi termasuk subsidi baja padi huma

sebanyak RM40 juta .

Tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan,

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita dapat melihat sendiri

bahawa kegagalan dalam projek pertanian menyebabkan kerugian

bukan sahaja kepada pengusaha malah kepada negara.

Oleh yang demikian , saya dan barisan pembangkan amat tidak

bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan yang

berbunyi ‘ Bertani Pemangkin Kemajuan Ekonomi dan mohon meminda

usul ini .

6
Dengan ini izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan

ucapan,Tak tumbuh tak melata, tak sungguh kami tak kata,

sekian terima kasih.

7
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT NEGERI PERAK 2022


PUSINGAN 2

PEMBANGKANG KEDUA - BERTANI PEMANGKIN KEMAJUAN


EKONOMI

Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, kabinet kerajaan yang saya
hormati tetapi tidak saya takuti, rakan-rakan pembangkang yang
setia bersama saya dan seterusnya ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Assalammualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Usul yang akan saya bincangkan masih lagi sama iaitu ‘BERTANI

PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI namun kami di pihak

pembangkang telah berdiri seiring untuk mempertikaikan usul pada

hari ini. Justeru itu kami di premis pembangkang dengan ini akan

mempersembahkan lagi dua usul mantap dari pihak kami.

Tuan Yang Dipertua,

Saya bertanggungjawab menyokong definisi usul yang diberikan oleh

Yang Berhormat Perdana Menteri yang dipersetujui ketua

pembangkang sebentar tadi iaitu

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(Perlu catat sendiri difinisi usul semasa perdana Menteri berhujah)

8
Gerak kerja pertama saya sebagai pembangkang kedua adalah untuk

membidas hujah-hujah yang disampaikan pihak kerajaan sebentar

tadi. Kita akan lihat satu-persatu nasib mereka.

Pada mulanya, Yang Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………..

(isi Perdana menteri 1- perlu catat sendiri maklumat semasa menteri 1

berhujah.)

tetapi

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………….. (bidasan kamu sendiri)

Seterusnya, Menteri ke-2 menyatakan

……………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………….. .

( isi 1 Perdana menteri 2- perlu catat sendiri maklumat semasa menteri 2

berhujah.)

Namun, ____________________________________________

__________________________________________________

9
__________________________________________________

(bidasan kamu guna ayat sendiri)

dan hujah terakhir tadi ialah _______________________

____________________________________________

____________________________________________

(isi ke 2 Perdana menteri ke2- perlu catat sendiri maklumat semasa menteri ke2

berhujah.)

Tuan Yang Dipertua,

Seterusnya, tibalah masa untuk gerak kerja saya yang kedua pula

iaitu mengemukakan lagi 2 hujah bernas saya bagi usul yang telah

kami pinda.

Hujah saya yang pertama, dengan kata kuncinya Sektor Pembuatan

Memacu Ekonomi Negara. Pembuatan atau dalam Bahasa Inggeris

disebut manufacturing, dalam pengertian mudah ialah membuat

barang atau benda.

Membuat barang untuk keperluan dan kegunaan hidup telah menjadi

satu aktiviti penting dalam tamadun manusia..

Sektor Pembuatan, telah menjadi satu pencapaian strategik kepada

negara-negara kaya sejak beberapa abad yang lalu dengan

mewujudkan sektor pembuatan yang berkualiti tinggi untuk mencapai

kemakmuran dan kekuatan negara.

10
Sektor pembuatan Malaysia terus mencatat peningkatan pada

November 2021 didorong oleh pertumbuhan pengeluaran serta

tempahan baharu, demikian menurut data terkini IHS Markit.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit, petunjuk komposit

satu angka bagi prestasi pembuatan, meningkat kepada 52.3 daripada

52.2 pada Oktober ketika pengilang terus mencatat pemulihan

operasi bagi bulan kedua berturut-turut.

Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada sektor pembuatan.

Walaupun tidak mempunyai sumber semulajadi yang banyak, negara-

negara seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, Itali

mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik, berpendapatan tinggi dan

mempunyai taraf hidup rakyat yang tinggi.

Negara-negara ini mempunyai asas industri pembuatan yang kukuh.

Industri pembuatan menghasilkan pekerjaan kelas menengah yang

menjadi tunjang ekonomi kelas menengah.

Sektor pembuatan yang berdaya maju membawa kepada lebih

banyak penyelidikan dan pembangunan, inovasi, produktiviti, dan

barangan eksport.

Justeru itu, industri pembuatan membantu meningkatkan taraf

hidup dan menghasilkan lebih aktiviti ekonomi berbanding sektor lain.

Ahli dewan yang saya kasihi,

11
Oleh itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa usul yang dibawa oleh

pihak kerajaan pada hari ini wajar dipertikai.

Tuan Yang Dipertua Dan Ahli-Ahli Dewan

Berdasarkan laporan MATRADE "Sektor perkhidmatan, yang

menyumbang sekitar 53.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK), kekal pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ini membuktikan sektor perkhidmatan penyumbang utama pemangkin

ekonomi negara.

Pasaran perkhidmatan yang terbuka dan dikawal selia dengan

baik telah menyediakan akses kepada maklumat, kemahiran, teknologi

dan pendanaan sambil membolehkan tenaga kerja mahir untuk

bekerja dalam pasaran globalbal.

Tuan Yang Dipertua,

Dengan ini, sudah jelaslah usul yang dibincangkan pada hari ini tidak

wajar diterima dan dengan ini juga saya amat yakin pihak kerajaan

akan terdiam malu dengan hujah tin kosong mereka ditambah lagi

dengan hujah-hujah pihak pembangkang yang tidak dapat dinafikan

lagi.

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.

Mohon terus membangkang.

12
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

PUSINGAN 2

PEMBANGKANG KE-3

BERTANI PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOM

Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Dipertua Dewan, angkatan

delegasi kehakiman yang bermahkotakan keadilan, barisan kerajaan

yang dihormati, seterusnya pejuang-pejuang barisan pembangkang

intelektif, serta warga dewan yang dikasihi.

Assalamualaikum w.b.t. serta salam bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi ‘BERTANI PEMANGKIN


KEMAJUAN EKONOM namun saya sebagai pembangkang ketiga
akan memecah belahkan pegangan pihak kerajaan mengenai usul yang
mereka bawakan hari ini.

Berdirinya saya pada hari ini ingin mengukuhkan lagi pendirian


kami di premis kerajaan dengan mempertikai usul hari ini

.Dengan kata lain kami tidak sesekali menerima usul yang dibawa
oleh pihak kerajaan pada hari ini kerana hujah yang diberikan mereka
hanya bebelan kosong sahaja.

Tuan Yang Dipertua,

Apa yang akan keluar dari mulut saya tidak lain dan tidak bukan
fakta semata-mata berbeza dengan hujah yang disampaikan pihak
kerajaan sebentar tadi yang boleh diibaratkan sebagai tin kosong.

13
Baiklah. Saya akan mulakan dengan membidas hujah-hujah
songsang yang disampaikan oleh pihak kerajaan sebentar tadi.

Pertamanya Yang Berhormat Perdana Menteri telah bangun dan


mengutaraklan hujah yang berbunyi
……………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………

( Perlu catat isi yg dihujahkan oleh perdana Menteri )

namun itu antara kepincangan yang tidak disedarinya kerana


____________________________________________

____________________________________________

___________________________________________________
____________________________________

(bidasan ini kamu tulis sendiri/ guna idea sendiri).


Seterusnya, hujah kedua oleh Timbalan Perdana menteri, iaitu
____________________________________________ ______

__________________________________________________

___________________________________________________

( Catat semasa Menteri ke2 berhujah)

yang juga menunjukkan kepincangan dalam hujahnya kerana


__________________________________________________
__________________________________________________

___________________________________________________

(bidasan kamu sendiri/ guna ayat sendiri).

14
Turut tidak ketinggalan hujah ketiga daripada pihak kerajaan iaitu
___________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

Hujah ini juga berani saya kata adalah tidak kukuh kerana
____________________________________________

____________________________________________
___________________________________________

Bidasan kamu sendiri).

Jelas kelemahan pihak kerajaan dalam hujah mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Ketua Pembangkang telah mengutarakan hujah bernas iaitu

kegagalan bidang pertanian menjadi halangan kepada

perkembangan ekonomi negara/ petani.

Kita sedar bahawa terdapat beberapa siri kegagalan yang

diusahakan oleh petani / penternak atau peladang dalam

menjayakan projek pertanian.

Kegagalan yang pihak kami maksud bukan sahaja tidak

mendapatkan pulangan modal malah gagal dalam untuk menjelaskan

kembali hutang pertanian yang ada, bankrup, tutup ladang dan

terbengkalai.

15
Malahan pihak kerajaan terpaksa memberi bantuan bukan dalam

jumlah yang sedikit tetapi berjuta ringgit. Alangkah ruginya ,

bukankah lebih baik wang itu digunakan untuk rakyat yang

memerlukan bantuan.

Bagaimana hendak menjadikan Bertani sebagai pemangkin

ekonomi negara. Sedangan sector pertanian sendiri mengalami

kerugian dan kepincangan.

Tuan Yang Dipertua Dan Ahli-Ahli Dewan

Hujah yang disampaikan oleh Pembangkang kedua pula ialah ,

dengan kata kuncinya Sektor Pembuatan Memacu Ekonomi Negara.

Pembuatan atau dalam Bahasa Inggeris disebut manufacturing,

dalam pengertian mudah ialah membuat barang atau benda. Membuat

barang untuk keperluan dan kegunaan hidup telah menjadi satu

aktiviti penting dalam tamadun manusia..

Sektor Pembuatan, telah menjadi satu pencapaian strategik

kepada negara-negara kaya sejak beberapa abad yang lalu dengan

mewujudkan sektor pembuatan yang berkualiti tinggi untuk mencapai

kemakmuran dan kekuatan negara.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum saya mengundur diri ingin saya menyokong dan

mengukuhkan hujah kedua oleh Pembangkang Pertama iaitu kita

harus menerima kenyataan dan membuka mata akan Sektor

16
pembuatan yang berdaya maju membawa kepada lebih banyak

penyelidikan dan pembangunan, inovasi, produktiviti, dan barangan

eksport. Justeru itu, industri pembuatan membantu meningkatkan

taraf hidup dan menghasilkan lebih aktiviti ekonomi berbanding

sektor lain.

Tuan Yang Dipertua,

Selesai sudah tugas saya sebagai pembangkang ketiga, izikan saya

mengundur diri dan mohon untuk terus membangkang.

Sekian terima kasih.

17
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

Pusingan 2

TEKS PENGGULUNGAN PEMBANGKANG

TAJUK : BERTANI PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di sesi penggulungan.

Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Tuan yang

Dipertua, rakan-rakan pembangkang, Yang dihormati pihak kerajaan

dan seterusnya Ahli-ahli Dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan,

Usul pada hari ini berbunyi “BERTANI PEMANGKIN

KEMAJUAN EKONOMI “ . Pada hari ini juga kami pihak

pembangkang teguh dengan pendirian kami untuk mempertikaikan

usul yang dinyatakan pihak kerajaan.

Dari awal perbahasan lagi pihak kerajaan telah melakukan banyak

kesilapan dan kepincangan dalam mengutarakan hujah mereka.

Hujah-hujah yang disampaikan mereka juga amat rapuh dan tidak

rasional. Tiga hujah yang disampaikan mereka tadi ialah

18
(1)……………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………..

(2)……………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

Dan (3)………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………….

( isi yang kamu catat dari pihak kerajaan)

Hujah-hujah ini tidak perlu lagi untuk saya panjangkan kerana

hujah-hujah ini telah kami bidas sebentar tadi hingga pihak kerajaan

terdiam kelu sebentar tadi.

Namun Tuan Yang Dipertua, hujah-hujah ini dapat saya

simpulkan tidak relevan bagi menyokong usul yang mereka kemukakan

pada hari ini. Hal ini kerana hujah yang diberikan mereka sebentar

tadi tidak jelas sumbernya.

Hal ini berkemungkinan besar kerana sumber dan penyelidikan

yang diterangkan mereka bersumberkan penyelidikan palsu yang

mereka sendiri mungkin tidak menyedarinya.

19
Seterusnya, mereka juga telah banyak menimbulkan persoalan

dalam kalangan ahli-ahli dewan kerana hujah-hujah yang diberikan

tidak memberikan penjelasan yang diperlukan bagi membenarkan usul

ini diterima. Hujah mereka hanya sekadar hujah di atas angin.

Dari awal perbahasan , selaku pembangkang yang berwibawa, kami

telah membuat kajian dan penyelidikan terhadap usul pada hari ini.

Kami tetap mempertikaikan usul hari ini iaitu BERTANI

PEMANGKIN KEMAJUAN EKONOMI dan bagi memantapkan lagi

premis kami untuk meminda usul , kami telah mengemukakan tiga

hujah yang disokong oleh fakta dan bukti yang konkrit.

Tiga hujah kami yang pertama ialah iaitu kegagalan bidang

pertanian menjadi halangan kepada perkembangan ekonomi

negara/ petani.

Kegagalan yang pihak kami maksud bukan sahaja tidak

mendapatkan pulangan modal malah gagal untuk menjelaskan kembali

hutang pertanian yang ada, bankrup, tutup ladang dan terbengkalai.

Malahan pihak kerajaan terpaksa memberi bantuan bukan dalam

jumlah yang sedikit tetapi berjuta ringgit. Alangkah ruginya ,

bukankah lebih baik wang itu digunakan untuk rakyat yang

memerlukan bantuan.

20
Bagaimana hendak menjadikan Bertani sebagai pemangkin

ekonomi negara. Sedangkan sektor pertanian sendiri mengalami

kerugian .

Hujah yang kedua iaitu sektor perkhidmatan juga merupakan

penyumbang kemajuan ekonomi negara. Kita ketahui sector

perkhidmatan seperti pembinaan; teknologi maklumat dan

telekomunikasi (ICT),pendidikan serta pelancongan memang memberi

sumbangan yang besar dalam ekonomi negara.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia

muncul sebagai sebuah negara maju DAN berpendapatan tinggi

justeru bidang perkhidmatan yang sedia ada telah di up grade untuk

meningkatkan ekonomi negara.

Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan perkhidmatan

yang merangkumi sector pembinaan, teknologi maklumat , pendidikan,

pelancongan dan komunikasisi jumlah bagi membolehkan negara

bersaing di peringkat global.

Nampaknya kerajaan kita pada hari ini tidak membuat

persediaan yang cukup sebelum membentangkan usul. Hujah-hujah

yang dibentangkan umpama menanam tebu di bibir sahaja.

21
Janganlah ahli-ahli yang berhormat terperdaya dengan kata-

kata manis tapi palsu yang dilemparkan oleh mereka untuk mengaburi

pemikiran ahli dewan untuk menerima usul.

Akhirnya, saya menyeru kepada ahli-ahli dewan untuk

menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan untuk kita menolak usul

Marilah bersama-sama pihak pembangkang untuk

mempertikaikan dan meminda usul pada hari ini Bertani pemangkin

kemajuan ekonomi’ tanpa kompromi.

Sekian, terima kasih .

22

Anda mungkin juga menyukai