Anda di halaman 1dari 6

TEKNOLOGI MENGHAKIS NILAI KEMANUSIAAN

MENTERI KEDUA
PEMBUKA Bismillahirrahmanirrahim.
BICARA Assalamualaikum wbt sebagai menteri yang
kedua, saya percaya ‘TEKNOLOGI
MENGHAKIS KEPADA NILAI DALAM
KEMANUSIAAN’
selaku Menteri ke-2, saya masih lagi utuh
menyokong usul perbahasan kita pada hari
ini,
“TEKNOLOGI MENGHAKIS NILAI
KEMANUSIAN”
Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan
kepada Tuan Yang Dipertua, rakan‐rakan
Yang Berhormat pihak kerajaan, barisan
PROKSI pembangkang dan seterusnya ahli‐
ahli dewan sekalian.
Selaku Menteri ke 2 dalam kepimpinan
kerajaan, dua tindakan yang bakal saya
laksanakan .
Pertama, ayuh kita sama-sama lihat apakah
sebenarnya isu yang diutarakan seawal
bangkit ketua pembangkang.
Kedua, saya akan membawakan hujah ke
2&3 di barisan kerajaan.
Maka, tanpa melengahkan masa, mari kita
sama-sama lihat apakah masalah-masalah
di pihak pembangkang agar kita dapat
membezakan antara kaca dengan permata,
namun, Jauhari jua mengenal manikam.
DEFINISI Masalah pertama mereka, apabila mereka
SETUJU/TOLA mengutarakan definisi mereka
K

BIDAS Sidang Dewan yang dimuliakan,


PERDANA YAB Perdana Menteri telah mengatakan
MENTERI bahawa
PASTIKAN TELAH SELESAI MEMBIDAS
HUJAH
- BOLEH MENERIMA IZIN LALUAN JIKA
PIHAK KERAJAAN MEMOHON
Para pedagang jauh berjalan,
Saya juga rindukan izin laluan, silakan YB

HUJAH KE-2 Warga dewan sekalian,


Bagai gagak pulang ke benua,
saya mohon perhatian semua,
hujah ke-2 kepimpinan kerajaan di bawah
kata kunci “PENINGKATAN JENAYAH SIBER”
Warga dewan sekalian , penipuan dalam
talian , buli siber merupakan antara contoh
contoh yang boleh dikatakan sedang hangat
diutarakan

Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini


dan ianya sukar untuk dibendung .
Kecanggihan teknologi telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak yang
tertentu bagi mengaut keuntungan dengan
cara yang mudah.
Di samping itu , buli siber seperti body
shamming (dengan izin y dipertua) juga
dapat memberi impak yang negatif kepada
mangsa mangsa yang telah menjadi
mangsa buli siber . Ianya boleh
memberikan tekanan dan berakhir kepada
perkara yang tidak diingini seperti bunuh
diri dan lain lain

(TAMAT HUJAH 2)

HUJAH KE-3 Sidang Dewan Yang dimuliakan,


Hujah kerajaan yang ke 3 di bawah
lembayung kata “KEMUDARATAN
KESIHATAN”
Warga dewan sekalian , adakah anda
pernah didedahkan tentang teknologi
makanan ?

Pada masa kini terdapat banyak makanan


dalam tin yang boleh terus dimakan.
Pernahkah kita terfikir, adakah makanan
dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah
bahan yang digunakan bagi memastikan
ianya tahan lama? Penggunaan bahan
kimia dalam pemprosesan dan teknologi
makanan seperti sulfur dioksida, asid
benzoik da  asid sorbik boleh menyebabkan
penyakit seperti kanser dan sesak nafas
Selain itu , teknologi makanan juga dapat
menghakis nilai kemanusiaan , dengan
adanya bukti bahawa ramai peniaga yang
membuat makanan untuk dijual
menggunakan bahan kos rendah yang
meniru sifat dari bahan alami misalnya
minyak sayur murah yang dikeraskan
dengan menggunakan kimia untuk
menggantikan lemak tepu alam yang lebih
mahal . Ini telah terbukti dapat
menimbulkan masalah kesihatan yang
teruk. Tetapi ia masih luas digunakan
kerana sifat tidak berperikemanusian
peniaga kepada pelanggan warga dewan
sekalian
PENEGASAN
HUJAH Yang Berhormat dan Sidang Dewan,
Bukanlah kesempurnaan yang kami cari
untuk menempa kejayaan, namun kami di
barisan kerajaan percaya keutuhan hujah-
hujah yang telah dikemukakan.
Justeru, kami menyeru seluruh ahli dewan
dan pihak pembangkang untuk mengangkat
kerusi dan duduk bersama kami menyokong
usul pada hari ini.
Para pembahas bersuara lantang,
Gegak gempita seisi dewan,
Alang-alang usul dibentang,
Biar sampai diterima dewan,
Sekian, mohon untuk terus mencadang.

Anda mungkin juga menyukai