Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim....

Terima kasih kepada pengerusi majlis,


barisan kerajaan, rakan-rakan pembangkangdan seterusnya penjaga
masa yang tepat dengan masanya.Assalamualaikum W.B.T. , selamat
pagi dan selamat bersidang.Tuan pengerusi majlis,Usul masih tetap sama
iaitu
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCAPENINGKATAN GEJALA
SOSIAL.
Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasamemikirkan
kepentingan masyarakat di negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju
denganusul yang digagaskan oleh pencadang sebentar tadi. Bertindak
selaku pembangkang ke-3,saya bertanggungjawab mempertahankan
hujah yang dibuat oleh pembangkang sebentartadi.Tuan yang dipertua,
Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tigahujah
pihak kerajaan sebentar tadi. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.
(bidas ketiga-tiga usul pihak kerajaan)Tuan yang dipertua, Kami akan
terus mempertahankan pendirian pasukan kamiterhadap usul yang
hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan tidak
bersetujudengan usul
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN
GEJALA SOSIAL.
Atas dasar tersebut, sila analisis pasukan kami ini.Hujah pertama saya
di bawah kata kunci
MASYARAKAT DAPAT MENGENALTEKNOLOGI MODEN.
Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa papan batu ke
sekolah.Selepas pengenalan pensil dan kertas, sistem ini dianggap maju.
Kini zaman semakinberubah, dimana sesetengah pelajar hanya perlu
membawa komputer riba. Semua nota danlatihan yang diberikan hanya
perlu dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing Unit)Lihatlah
betapa moden dan canggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih
memudahkanpendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat.
Pelajar-pelajar di sekolah
rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi mudah mendapat
bahan untuk tugasanmereka melalui jaringan internet. Segalanya hanya
di hujung jari. Lebih membanggakan, kitadiperkenalkan dengan sistem
PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau lebih dikenali sebagaipendidikan atas
talian membolehkan penuntut hanya duduk di rumah dan boleh
mengikutikuliah masing-masing melalui sistem ini. Jelas tuan yang
dipertua kemajuan sains danteknologi tidak mendatangkan gejala sosial
sebaliknya banyak mendatangkan faedah ataumanfaat
kepada masyarakat.Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya
hidangkan pula contoh ke dua. Tuanyang dipertua, dewasa ini, pelajar
tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk membuat rujukansebaliknya
hanya dengan satu sentuhan tangan, semua tajuk buku yang terdapat
dalamsebuah perpustakaan akan terpampang di skrin kompu
ter. Sistem ini dikenali sebagai ‘on
-
line library’. Maklumat mengenai buku
-buku dimasukkan dan bagaikan kilat, buku yangdicari dapat ditemui.
Tuan yang dipertua, jelaslah bahawa sains dan teknologi
dapatmemperkenalkan masyarakat dengan teknologi moden ini serta
kebaikan kepada sosialmasyarakat.Seterusnya tuan yang dipertua,
Hujah ke-2 pihak pembangkang di bawah kata kunci
SAINS DAN TEKNOLOGI MEMUDAHKAN URUSAN MANUSIA
. Yang berhormat rakan-rakanlama dari pihak kerajaan, sudah terang
lagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak memberikemudahan kepada
manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkan urusan
kerjamanusia seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik, penghawa dingin
dan sebagainya telahbanyak berjasa kepada kita semua. Semua alat-alat
moden ciptaan kemajuan sains danteknologi banyak berjasa kepada
sosial manusia. Selain itu, urusan-urusan pembayaran jugaboleh
dijalankan di mesin-mesin ATM dan juga melalui pembayaran di internet.
Jelas kitalihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan
mendatangkan kesan buruk kepada sosialmanusia. Contoh seterusnya,
tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains dan teknologi jugasegala
urusan sama ada dalam bentuk perniagaan dan perdagangan menjadi
mudah. Padazaman pascamerdeka ini, pelbagai ciptaan baru wujud bagi
memudahkan urusanperniagaan. Contohnya, mesin fax, e-mel dan
sebagainya memudahkan peniaga-peniaga

membuat urusan jual beli barangan tanpa perlu pergi ke tempat


tersebut. Dengan hanyamenekan beberapa butang tertentu, urusan
perniagaan dapat dijalankan. Melalui sistem ini,masa, wang dan tenaga
dapat dijimatkan. Oleh itu, Sudah jelas dan nyata bahawa sains
danteknologi memudahkan urusan sosial manusia.Seterusnya, hujah ke-3
pihak pembangkang adalah di bawah kata kunci,
PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI JUGA TELAH DAPAT
MENJIMATKAN MASA.
Perkembangan pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa
perjalanan dari satudestinasi ke destinasi yang lain. Misalnya,
Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihanmasyarakat untuk pergi
dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa
malahmenjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di
dalam keadaan jalan yangsesak dan sekaligus dapat mengurangkan
tekanan kepada masyarakat yang memandu. Halini juga dapat
memudahkan masyarakat kita untuk bersosial disebabkan teknologi ada
yangmampu menjimatkan masa.Sebelum saya mengundur diri, saya ingin
menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetapMenyokong Usul yang
dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA
MASSAMENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN Sekian Satria
Tunggal Chunghua MohonMencadang.
PENGGULUNGAN
Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGIPUNCA PENINGKATAN
GEJALA SOSIAL
dikaji semula untuk kepentingan keseluruhanmasyarakat Malaysia. Tuan
yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuktidak
menerima usul perdebatan pada hari ini. Justeru, kami sekali lagi
mencabar pihakkerajaan buktikan bahawa
SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA
SOSIAL.
Tuan yang dipertua, Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau
dengan pendirian kamipada hari ini. Maka, usul
SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA
SOSIAL
,wajar ditolak dan tidak diterima pakai demi kesejahteraan insan
sejagat. Dengan itu,berdasarkan rumusan hujah mantap yang kami
nyatakan tadi, saya memohon usul inidiluluskan oleh dewan yang mulia ini
dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, sayamohon
mencadang. .... Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai