Anda di halaman 1dari 10

MASYARAKAT BELUM MAMPU MENJAGA ALAM

SEKITAR
(TEKS PEMBANGKANG KEDUA)
Bismillahirrahmanirrahim
 Terima kasih Tuan yang dipertua , angkatan
delegasi kehakiman yang bermahkotaan keadilan ,
barisan kerajaan yang kami hormati ,pejuang-
pejuang delegasi pembangkang yang mantap serta
warga dewan yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum dan salam berdebatan
Tuan yang dipertua , ahli –ahli yang dihormati serta
warga dewan sekalian , menjunjung prinsip ilmu
moleklah dikongsi yang salah diperbetulkan . Saya
Selaku tonggak pembangkang kedua di perwakilan
pembangkang sudah semestinya berdiri kukuh
dibelakang YB ketua pembangkang untuk
menyokong penuh pindaan usul , iaitu
“MASYARAKAT BELUM MAMPU MENJAGA ALAM
SEKITAR  “ .
 Sebelum kaki mengorak langkah , sebelum biduk
belayar dengan lebih jauh lagi , izinkan saya untuk
membidas hujah rapuh yang diutarakan dari meja
kerajaan . Sebentar tadi YB Menteri Kedua dengan
megahnya berhujah , berkarisma betul  orangnya .
Namun saying seribu saying terdapat kesalahan dan
kesalahan YB bagai belukar menjadi rimba ibarat
kutu yang boleh disisik.
Hujah yang berhormat di bawah kata kunci
__________________________________________
__________________________________________
__________________________
Hujah ini lantaran rapuh
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________
Seterusnya ,hujah barisan kerajaan yang ketiga di
bawah kata kunci
__________________________________________
__________________________________________
__________________________
Hujah ini tidak relevan lantaran
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________
Tuan yang dipertua
Hutang bidasan telah saya langsaikan . Saya akan
teruskan wasilah perjuangan kami di pihak
pembangkang dengan hujah kami yang kedua
dibawah kata kunci “MASYARAKAT BELUM
MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
KERANA KEKANGAN MASA YANG DIHADAPI “.
Dalam era langit terbuka ini , ada sahaja maklumat
berkaitan pencemaran alam sekitar yang disebarkan
di media massa . Lantas kekangan masa yang
dihadapi oleh setiap individu menyebabkan mereka
kurang prihatin mengenai isu alam sekitar . Masa 24
jam yang diperuntukkan dalam sehari telah
digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti
kerjaya dan berehat .
Saya tidak bercakap kosong tuan yang dipertua,
saya hidupkan perdebatan kita pada hari ini dengan
bukti yang pertama iaitu menurut  YB Datuk Ir. Haji
Hamim Bin Samuri , timbalan menteri sumber asli
dan alam sekitar , satu kajian telah dilakukan
terhadap golongan belia bahawa mereka telah
menghabiskan masa hampir  80% setiap hari
dengan bekerja bagi mereka yang masih berstatus
pelajar . Manakala 20 % lagi , mereka
memperuntukkan masa tersebut dengan berehat
setelah bertungkus lumus membanting tulang
menyelesaikan tanggungjawab masing-masing .
Menurut beliau lagi ,kanak- kanak  pula telah
menghabiskan kira –kira 5.3 jam di sekolah ,3.3 jam
di internet ,2.5 jam untuk menonton televisyen 1.3
jam dengan telefon dan 6.8 jam untuk tidur .
Bukankah ini telah membuktikan bahawa golongan
belia dan kanak – kanak tidak mempunyai masa
untuk lebih peka terhadap isu yang berkaitan alam
sekitar kerana kekangan masa yang dihadapi oleh
mereka .
Tidak cukup dengan bukti yang pertama saya
bawakan bukti yang kedua . YBhg Dato’ Azizan Bin
Ahmad ,ketua Setiausaha kementerian sumber asli
& alam sekitar ,mengatakan bahawa Negara kita
Malaysia memgang rekod tempat kedua dalam
masa yang diperuntukkan bagi aktiviti – aktiviti
tambahan luar kelas melibatkan pelajar seperti
badan beruniform ,sukan dan sebagainya .
Kebanyakan pelajar sekolah akan menghadiri
tambahan misalnya pada hari sabtu atau
ahad .Seterusnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan
kokurikulum dan sebagainya sehingga mereka
dijangkakan sampai di rumah kira-kira 4 atau 5
petang dan mungkin juga lebih dari itu. Hal ini benar
membuktikan bahawa pelajar hanya focus terhadap
pelajaran dan aktivti yang mereka jalani setiap hari
sahaja . Kajian juga mendapati bahawa ada
sesetengah pelajar yang mengeluh dengan masa
yang sangat lama terhadap keberadaan mereka  di
sekolah .Perkara ini sudah pasti menyebabkan
mereka kurang memberi penumpuan terhadap
tanggunggjawab mereka untuk menjaga kebersihan
alam sekitar .
YB Dato’ Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku
Jaafar ,Menteri sumber asli dan alam
sekitar  ,mengatakan bahawa hampir semua ibu
bapa yang sibuk bekerja untuk mencari rezeki agar
dapat menyara Keluarga mereka . Kesibukan ibu
bapa ini tidak dapat dinafikan kerana pada zaman
yang serba canggih dan semakin maju , harga
barang semakin meningkat . Dengan itu , ibubapa
perlu bekerja keras agar hasil pendapatan mereka
cukup untuk digunakan setiap hari . Tidak disangkal
lagi bahawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk
mendidik anak-anak mereka akan tanggungjawab
menjaga alam sekitar kerana kesibukan yang
dihadapi . Bukankah ini menunjukkan bahawa
masyarakat masih belum mampu untuk menjaga
kebersihan alam sekitar?
 Tuan yang dipertua, kami akan teruskan lagi
dengan hujah kami yang ketiga di bawah kata kunci
“MASYARAKAT BELUM MAMPU UNTUK
MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
KERANA KURANGYA PENGETAHUAN”. Hal ini
benar kerana tidak dapat dinafikan lagi segala
punca pencemaran  yang berlaku adalah
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan terhadap
alam sekitar .
Saya tidak bercakap kosong yang berhormat . Saya
akan kukuhkan hujah kedua saya ini dengan bukti
yang yang pertama iaitu menurut Timbalan
Pengarah Pusat Laser dan Penyelidik Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Dr. Raja
Kamarulzaman Raja Ibrahim,antara faktor kawasan
sekolah sentiasa menjadi lokasi utama pencemaran
kerana keadaan yang terbuka dan berada pada
ketinggian di mana gas tercemar sering terapung .
Beliau mengatakan bahawa insiden pencemaran
bahan kimia di sungai Kim Kim itu berlaku
disebabkan oleh bawaan angin . Namun apa yang
ditegaskan , beliau mangatakan bahawa tindakan
pihak sekolah yang meminta pelajar berkumpul di
kawasan lapang mengakibatkan mangsa lebih
terdedah kepada pencemaran udara . Ini telah
menunjukkan kurangnya pengetahuan dan
pengalaman tentang sifat gas dalam kalangan
masyarakat apatah lagi pihak sekolah yang berada
di kawasan terjejas . Jelasnya lagi , sifat gas yang
tercemar lebih tertumpu untuk menjejaskan manusia
pada sekitar waktu pagi apabila ketumpatan udara
lebih tinggi .Dengan itu ,ujar beliau  bahawa setiap
lapisan masyarakat terutamanya guru-guru di
daerah itu perlu diberi pengetahuan am berkenaan
sifat-sifat gas serta tindakan awal yang boleh
diambil sekiranya kejadian sama berulang .
Tidak cukup dengan bukti yang pertama saya
bawakan bukti yang kedua iaitu menurut
kajian institut alam sekitar dan pembangunan yang
dijalankan kepada orang awam di dua buah negeri iaitu
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mendapati bahawa tahap
pengetahuan orang awam terhadap isu – isu alam sekitar
berbeza mengikut isu yang disenaraikan . Pengetahuan
tentang program kitar semula adalah sederhana
berbanding pengetahuan tentang pencemaran udara dan
pencemaran bunyi yang lebih rendah. Manakala
pengetahuan terhadap bencana alam di Malaysia adalah
tinggi dan tahap pengetahuan mengenai sumber tenaga
yang boleh diperbaharui adalah sederhana . Hal ini jelas
bahawa sikap orang awam terhadap isu alam sekitar pula
dikategorikan pada tahap yang masih rendah . Hasil
kajian juga mendapati amalan orang awam terhadap
pemuliharaan alam sekitar pula dikategorikan pada tahap
yang rendah .
Tuan yang dipertua dan warga dewan sekalian ,mari saya
bawakan bukti yang terakhir iaitu menurut Jabatan Alam
Sekitar (JAS) negeri Kelantan pada tahun 2020 telah
melaporkan bahawa industry batik di Kelantan
mempunyai kadar pematuhan yang paling rendah kepada
peraturan kualiti alam sekeliling (efluen industry)2009
iaitu hanya lima peratus apabila dibandingkan dengan
industry lain di negeri Kelantan . Oleh sebab itu , kajian
rintis telah dijalankan di beberapa industry batik yang
telah di pilih di negeri Kelantan . Hasil daripada kajian
yang dijalankan , nilai permintaan oksigen kimia (POK)
di dalam efluen batik yang dilepaskan secara terus ke
alam sekitar adalah melebihi kepada limitasi atau had
yang telah ditetapkan di dalam peraturan . Keadaan ini
amatlah membimbangkan kerana industry batik semakin
hari semakin berkembang di Malaysia dan jumlah kadar
pelepasan efluen juga akan meningkat . Dengan ini ,
jelaslah bahawa belum mampu untuk menjaga kebersihan
alam sekitar kerana kurangnya pengetahuan .
Tuan yang dipertua , saya telah utarakan kepada
warga dewan yang mulia ini melalui 2 hujah utama
di barisan pembangkang iaitu “MASYARAKAT
BELUM MAMPU MENJAGA KEBERSIHAN ALAM
SEKITAR KERANA KEKANGAN MASA YANG
DIHADAPI DAN KURANGNYA PENGETAHUAN
TERHADAP ALAM SEKITAR Tuan yang dipertua ,
saya telah utarakan kepada warga dewan yang
mulia ini melalui 2 hujah utama di barisan
pembangkang iaitu “PENGAMBILAN PRODUK
KESIHATAN SEBAGAI ALTERNATIF
BERCANGGAH DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
DAN PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN
TERDEDAH DENGAN MASALAH KESIHATAN
AKIBAT KANDUNGAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
DALAM PENGHASILAN DAN PEMPROSESAN “.
 Tuan yang dipertua , demi amanat nusa bangsa
yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya pinta ,
kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang
terbaik buat Negara kita junjung akan cinta dan
kasihnya , kerna jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan
hanya duduk termenung namun apakan daya cinta
tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG
 Tuan yang dipertua , saya telah utarakan kepada
warga dewan yang mulia ini melalui 2 hujah utama
di barisan pembangkang iaitu “PENGAMBILAN
PRODUK KESIHATAN SEBAGAI ALTERNATIF
BERCANGGAH DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
DAN PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN
TERDEDAH DENGAN MASALAH KESIHATAN
AKIBAT KANDUNGAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
DALAM PENGHASILAN DAN PEMPROSESAN “.
 Tuan yang dipertua , demi amanat nusa bangsa
yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya pinta ,
kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang
terbaik buat Negara kita junjung akan cinta dan
kasihnya , kerana jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan
hanya duduk termenung namun apakan daya cinta
tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG

 Tuan yang dipertua , demi amanat nusa bangsa


yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya pinta ,
kredebiliti 3/3 dewan untuk memikirkan apakah yang
terbaik buat Negara kita junjung akan cinta dan
kasihnya , kerna jangan hanya nanti ingin memeluk
dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan
hanya duduk termenung namun apakan daya cinta
tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG

Anda mungkin juga menyukai