Anda di halaman 1dari 3

MASYARAKAT BELUM MAMPU MENJAGA ALAM SEKITAR

(TEKS PEMBANGKANG KEDUA)

Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih Tuan yang dipertua , angkatan delegasi kehakiman yang bermahkotaan keadilan , barisan kerajaan
yang kami hormati ,pejuang-pejuang delegasi pembangkang yang mantap serta warga dewan yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum dan salam berdebatan
Tuan yang dipertua , ahli –ahli yang dihormati serta warga dewan sekalian , menjunjung prinsip ilmu moleklah
dikongsi yang salah diperbetulkan . Saya Selaku tonggak pembangkang kedua di perwakilan pembangkang sudah
semestinya berdiri kukuh dibelakang YB ketua pembangkang untuk menyokong penuh pindaan usul , iaitu
“REVOLUSI PEMIKIRAN MENOKTAH KESEDARAN”

Sebelum kaki mengorak langkah , sebelum biduk belayar dengan lebih jauh lagi , izinkan saya untuk membidas hujah
rapuh yang diutarakan dari meja kerajaan . Sebentar tadi Yang berhormat Menteri Kedua dengan megahnya
berhujah , berkarisma betul orangnya . Namun sayangg seribu sayang terdapat kesalahan dan kesalahan Yang
berhormat bagai belukar menjadi rimba ibarat kutu yang boleh disisik.

Hujah yang berhormat di bawah kata kunci


Yang pertama,”KESEJAGATAN PEMICU KELESTARIAN ALAM”

Hujah ini lantaran rapuh


Ia sudah pasti program tersebut tidak akan melibatkan semua pelajar,lagi-lagi apabila dilakukan pada hujung
minggu.Pelajar pada masa kini giat berkerja sehingga tidak ada masa untuk memikirkan alam sekitar.Saya tidak
bercakap kosong tuan yang di-pertua,saya hidupkan perdebatan kita pada hari ini dengan bukti yang pertama iaitu
menurut Yang Berhormat Datuk Haji Hamim bin Samuri,timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar,satu kajian
telah dilakukan terhadap golongan belia bahawa mereka telah menghabiskan maas hampir 80 setiap hari dengan
dengan bekerja bagi mereka yaang masih berstatus pelajar.Bukti itu sudah kukuh mengatakan tidak ramai pelajar
yang akan menyertai program tersebut.

Seterusnya ,hujah barisan kerajaan yang kedua yang dikatakan oleh menteri kedua di bawah kata kunci
“KETERAMPILAN TERCIPTA SAHSIAH TERJAGA”.Hujah ini sungguh melucukan yang berhormat jikalau benar disiplin
pelajar itu memberi keberkesanan kesedaran alam sekitar terhadap diri mereka mengapa sekitar tahun 2017
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA mendapati sebanyak 402 buah sekolah yang memiliki masalah disiplin dan
negeri selangor mencatat nilai paling tingg iaitu sebanyak 76 buah sekolah.Nilai 402 itu sungguh banyak yang
berhormat.Yang berhormat cuba membuka minda yang berhormat dengan lebih luas,tidakkah pelajar di sekolah itu
tidak mempunyai kesedaran dalam diri mereka.ia sudah pasti yang berhormat.itukah yang dimaksudkan yang
berhormat tentang disiplin pelajar yang bgus?fikir-fikirkan lah yang berhormat.

Hujah yang diperkatakan oleh perdana menteri sungguh tidak relevan,


Iaitu dibawah kata kunci “PENDIDIKAN MENJANA PEMIKIRAN SARJANA”.

Tuan yang dipertua,


Hutang bidasan telah saya langsaikan . Saya akan teruskan wasilah perjuangan kami di pihak pembangkang dengan
hujah kami yang pertama dibawah indikator “MANIFESTASI PEMATAH OPERASI” Dalam era langit terbuka ini , ada
sahaja program berkaitan pencemaran alam sekitar yang disebarkan di sekolah.Tetapi ia sudah pasti semua sekolah
hanya mengambil wakil dari kelas hadapan sahaja,apa jadi dengan pelajar kelas belakang?kesian dipinggirkan begitu
shaja~.Jadi bagaimana dengan mereka?tidak dapat menonjolkan bakat mereka.Jika benar pelajar kelas hadapan
dapat menjadi contoh kepada mereka,berapa peratuskah ia berkesan?Guru yang mengajar pun masih tidak rmai
yang dengar apatah lagi yang seangkatan dengan mereka.Sungguh membosankan bagi mereka yang
berhormat.Seterusnya,guru yang mengajar didalam kelas hanya mengajar tidak mampu mendidik semua pelajar
sorang demi seorang dengan teliti.Tugas mereka hanya mengajar bukan mendidik seperti ibubapa dirumah.Sungguh
ramai pelajar jika mereka ingin mendidiknya serta guru juga mempunyai komitmen lain yang sepatutnya
diselesaikan.Jika yang berhormat dihantar kesekolah untuk mendidik beratus-ratus pelajar untuk memupuk
kesedaran alam sekitar didalam diri mereka,sanggupkan tuan melakukankannya?Bukalah minda yang berhormat
dengan luas.

Tuan yang dipertua,


kami akan teruskan lagi dengan hujah kami yang kedua dibawah indikator “LANDSCAPE SEKOLAH”

Pada masa kini,program kitar semula sudah tidak banyak diamalkan bagi setiap sekolah ia kerana kekangan masa
guru untuk memeriksa nilai barangan kitar semula.Selain itu,kini tidak ada lagi matapelajaran sivik ini bermaksud
subjek sivik telah dimansuhkan sekitar tahun 2017.Ini merupakan tahun 2016 adalah tshun terakhir sivik berdiri
sebagai subjek sivik sendiri.Subjek Subjek sivik menekan beberapa aspek iaitu hormat-menghormati,kasih-
sayang,hormat-meghormati,tanggungjawab,kegembiraan,mencintai alam dan sebagainya.Lebih miro,dalam bahasa
yang mudah,di sinilah pelajar diajar untuk membuang sampah dalam tong sampah,membersihkan tandas dan
banyak lagi amalan baik kecil-kecil yang semakin hilang daripada radar.Jadi,disini dimanakah usaha untuk
dibanggakan?

Tuan yang dipertua dan warga dewan sekalian ,


Disebabkan atas desakan sistem yang mengejar silibus,maka guru di sekolh terpaksa mencuri waktu pembelajaran
Sivik sebab subjek sivik telah dihapuskan.Maka dapatkah mereka belajar lagi tentang alam sekitar?Ia sudah tentu
tidak.Seterusnya,maslah alam sekitar seperti penipisan lapisan lapisan orzon disebabkan pendingin hawa.Tahukah
warga dewan sekalan sekitar tahun 1987 saintis menemui lubang orzon dikawasan Antartika.Penggunaan
kloroflorokarbon dalam pembuatan pendingin hawa meningkatkan peningkatan kadar penyingkiran ozon.Lapisan
ozon sedikit demi sedikit sehingga menjadi lubang.Bak kata pepatah “sikit-sikit,lama-lama jadi bukit”.Akhirnya
lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius dan pada ketika itu semua hidupan bagaikan “hidup
segan,mati tak mahu” seperti usaha yang pihak kerajaan jalankan.Jadi,disekolah juga menggunakan pendingin
hawa.Jadi disitu dapat lihat,pihak sekolah tidak menitikberatkan tentang itu.

Tuan yang dipertua ,


saya telah utarakan kepada warga dewan yang mulia ini melalui 2 hujah utama di barisan pembangkang iaitu
“MANIFESTASI PEMATAH OPERASI DAN LANDSCAPE SEKOLAH”.

Tuan yang dipertua , demi amanat nusabangsa yang saya sanjung ini , hanya 1 yang saya pinta , kredebiliti 3/3
dewan untuk memikirkan apakah yang terbaik buat Negara kita junjung akan cinta dan kasihnya , kerna jangan hanya
nanti ingin memeluk dunia , apakan daya tangan tak sampai , jangan hanya duduk termenung namun apakan daya
cinta tak kesampaian .
MOHON TERUS MEMBANGKANG TERIMA KASIH.
TEKS MENTERI KEDUA/TIMBLAN PERDANA MENTERI
Hadir jejaka/bidadari diseberang sana dengan pelbagai tekanan,namun saya ceriakan dengan satu
senyuman.Sebelum itu Terimakasih buat tuan yang dipertua,rakan-rakan diperwakilan kerajaan,pihak pembangkang
dan warga yang bersidang sekalian.Assalamualaikum dan salam perdebatan saya titipkan buat anda semuanya.

Tuan yang dipertua,bergerak selaku Timbalan perdana menteri pada hari ini masih berdiri teguh dibelakang perdana
menteri menyokong sepenuhnya usul kita pada hari ini iaitu “PENDIDIKAN MENJANA PEMIKIRAN SARJANA” kerana
kami yakin dan percaya pembelajaran disekolah menjadi tonggak utama dalam memupuk kesedaran dalam alam
sekitar.

Hadiri sekalian,
Bergerak kepada gerak kerja yang pertama pembidasan terhdapa ketua pembangkang sebentar tadi.Kita lihat
pembidasan terhdap pertikaian yang telah diwijudkan oleh ketua pembangkang sebentar tadi.Pertikaian yang
pertama mempersoalkan

Hadirin sekalian,Hutang bidasan telah saya langsaikan.

Izinkan saya untuk terus berhujah dibawah indikator “KESEJGATAN PEMICU KELESTARIAN ALAM”.Ini yang
dimaksudkan saya sebentar tadi.Selain pembelajaran,kebijaksanaan sekolah untuk mengelola setiap program yang
dijalankan sangat ditekan.sebagai contoh,setiap tingkatan akan diberikan satu program dibawah landasan sekolah
lestari.program itu akan dijalan secara setiap minggu pada hujung minggu.Ia sudah pasti guru juga dapat fokus pada
programnya dengan kuantiti yang sedikit.hal ini dapat membuakkan hasil yang mantap walaupun populasi setiap
program sedikit.Warga dewan sekalian,ia sudah pasti dapat memupuk kesedaran itu dlam diri mereka kerana
mereka tidk perlu pergi program yang banyak tapi membosankan.Dengan hanya satu program ia sudah cukup dan
menyeronokkan.Sebagai contoh,Program kitar semula dan sebagainya.

Tuan yang di-pertua,


Program sekolah yang dijalankan sejak tahun 90-an iaitu program sekolah lestari,ini bermakna pihak kerajaan pasti ia
dapat memberi kesedaran dalam diri pelajar dan pihak sekolah.Jikalau tidak mengapa ia masih dijalankan,betulkan
yang berhormat?Program sebegini dilakukan diluar bilik darjah seperti mengikuti kelab persatuan semasa
kokurikulum atau pertandingan dibawah program sekolah lestari.

Tuan yang dipertua,


Saya teruskan hujah saya dibawah kata kunci “KETERAMPILAN TERCIPTA SAHSIAH TERPELIHARA”.Sikap pelajar yang
sangat bertanggungjawab dan disiplin dapat memberi kesedaran alam sekitar dalm diri mereka.

Tuan yang dipertua,


Sekali saya ingin mengeaskan bahawa saya selaku menteri kedua menyokong usul Perdana menteri seratus peratus
dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulis ini dengan suara majoriti.
Tuan yang dipertua,mohon untuk terus mencadang.Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai