Anda di halaman 1dari 9

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH

RENDAH
PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

PEMBANGKANG KEDUA – JATI DIRI TERAS INSAN


CEMERLANG

Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, kabinet kerajaan yang saya

hormati tetapi tidak saya takuti, rakan-rakan pembangkang yang setia

bersama saya dan seterusnya ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Assalammualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Usul yang akan saya bincangkan masih lagi sama iaitu ‘JATI DIIRI

TERAS INSAN CEMERLANG namun kami di pihak pembangkang

telah berdiri seiring untuk mempertikaikan usul pada hari ini. Justeru

itu kami di premis pembangkang dengan ini akan mempersembahkan

lagi dua usul mantap dari pihak kami.

Tuan Yang Dipertua,

1
Saya bertanggungjawab menyokong definisi usul yang diberikan oleh

Yang Berhormat Perdana Menteri yang dipersetujui ketua

pembangkang sebentar tadi

iaitu……………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………………

Gerak kerja pertama saya sebagai pembangkang kedua adalah untuk

membidas hujah-hujah yang disampaikan pihak kerajaan sebentar

tadi. Kita akan lihat satu-persatu nasib mereka.

Pada mulanya, Yang Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………..(isi Perdana menteri 1- perlu catat sendiri maklumat semasa menteri

1 berhujah.)

tetapi

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

2
…………………………………………………………………………

………………………………………………………….. (bidasan kamu


sendiri)

Seterusnya, Menteri ke-2 menyatakan

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

………………….. .( isi 1 Perdana menteri 2- perlu catat sendiri maklumat semasa

menteri 2 berhujah.)

namun…………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

………………………………………………………………….

(bidasan) dan hujah terakhir tadi ialah

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………

………… isi ke 2 Perdana menteri 2- perlu catat sendiri maklumat semasa menteri 2

berhujah.)

3
Tuan Yang Dipertua,

Seterusnya, tibalah masa untuk gerak kerja saya yang kedua pula iaitu

mengemukakan lagi 2 hujah bernas saya bagi usul yang telah kami

pinda iaitu ‘Disiplin Teras Insan Cemerlang

Hujah saya yang pertama, dengan kata kuncinya sentuhan ilmu

penjana kegemilangan negara. Ilmu pengetahuan merupakan tunjang

utama asas kecemerlangan negara. Maka peranan rrakyat yang paling

penting kepada negara adalah tidak lain dan tidak bukan, perlu belajar

dengan bersungguh-sungguh terutamanya pelajar/generasi muda.

Saya yakin, tentu hadirin sekalian pernah mendengar peribahasa

‘Ilmu pelita hidup’. Semua golongan perlu mengambil iktibar

daripada peribahasa ini. Kerana, dengan menimba pengetahuan, kita

dapat meningkatkan taraf hidup dirinya, keluarga, masyarakat dan

seterusnya negara.

Contohnya, dengan ilmu yang diperoleh, generasi kita dapat

mencipta rekaan-rekaan baru yang memapu melonjak nama negara

4
dipesada dunia. Selain itu kita tidak perlu lagi bergantung kepada

negara luar dari segi teknologi.

Seharusnya kita menjadi penyumbang teknologi, bukannya

pengguna teknologi semata-mata. Tegasnya, negara kita dapat

mencapai kemajuan pada masa akan datang sekiranya rakyatnya,

terutamanya pelajar merupakan golongan intelektual

Ahli dewan yang saya kasihi,

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang (2016) memerihalkan

golongan intelektual seperti berikut:

Pertama, orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan otak (fikiran)

yang sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuannya sesuai

perkembangan ilmu yang dari zaman ke zaman semakin bertambah

kaya. Jadi, ilmunya tidak basi dan beku.

Kedua, orang yang sentiasa berfikir (pemikir) dan menyumbang serta

mengembangkan ideanya.

Ketiga, orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya

untuk mengkaji, menganalisis, merumuskan segala perkara dalam

5
kehidupan manusia, terutama masyarakatnya dan alamnya untuk

mencari kebenaran serta menegakkan kebenaran.

Keempat, orang yang mengenal kebenaran dan berani

memperjuangkan kebenaran, orang yang mengenal kebebasan dan

berani memperjuangkan kebebasan, meskipun menghadapi tekanan

dan ancaman, terutama dengan tujuan melaksanakan kebenaran,

kemajuan serta kebebasan untuk rakyat.

Oleh itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa usul yang dibawa oleh

pihak kerajaan pada hari ini wajar dipertikai.

Tuan Yang Dipertua,

Bergerak ke hujah saya yang kedua yang ingin saya tegaskan

pada hari ini adalah faktor yang paling penting berkisarkan

aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ

ada jalan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang cemerlang, orang

punyai semangat juang

6
Bukan itu sahaja, insan yang cemerlang juga mempunyai

wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan

supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup

mereka.

Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai

sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapainya.

Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti

berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan

lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan

aktiviti seharian.

Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri insan

cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa

berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih

tidak datang melayang.

Orang yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala

tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan

mereka.

7
Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu

perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan

kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih

gigih pada masa hadapan.

Bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar

sampai ke pangkal lengan. Oleh hal yang demikian, jelaslah

bahawa insan yang berwawasan merupakan insan yang cemerlang

Contohnya Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina

mempunyai keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk

mengharumkan nama negara. Inilah, resepi utama yang membolehkan

mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan kecemerlangan.

Selain itu, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang

bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti

disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat

hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat

kejayaannya.

Tuan Yang Dipertua,

8
Dengan ini, sudah jelaslah usul yang dibincangkan pada hari ini

tidak wajar diterima dan dengan ini juga saya amat yakin pihak

kerajaan akan terdiam malu dengan hujah tin kosong mereka

ditambah lagi dengan hujah-hujah pihak pembangkang yang tidak

dapat dinafikan lagi.

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.

Mohon terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai