Anda di halaman 1dari 62

2012

PANDUAN DIDIK ANAK - Pintar Dan


Beriman

FAUZI AHMAD
http://cpintrass.com
2/3/2012
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

KANDUNGAN

1.0 Mukadimah …………………………………………………………………………………………. 3


2.0 Takrifan Anak Pintar ………………………………………………………………………….. 5
3.0 Takrifan Anak Beriman (Soleh & Solehah) ………………………………………. 5
4.0 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak. ……………….. 7
5.0 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah …………………………………………. 10
5.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim ………………………………………………. 10
5.2 Surah Amalan – Kisah Ibu Adi Putra …………………………………………. 13
5.3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan ………………………………………………….. 16
6.0 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur ……………………………………….. 19
7.0 Panduan Dapat Anak Pintar ………………………………………………………………. 22
7.1 Pemilihan Benih Pintar ……………………………………………………………….. 22
7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar ………………………………………….. 24
7.3 Latihan Anak Pintar …………………………………………………………………….. 24
8.0 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan
Pintar …………………………………………………………………………………………………. 29
8.1 Apakah Rahsia Mereka ……………………………………………………………….. 29
8.2 Makanan kecerdasan otak ………………………………………………………….. 30
8.3 Khasiat Makanan di atas ialah ……………………………………………………. 30
9.0 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak ……………………… 36
10.0 Petua Belajar Cemerlang ………………………………………………………………….. 38
10.1 Teknik-Teknik Belajar ……………………………………………………………….. 38
10.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang ………………………………………… 45
11.0 Teknik Hafalan Cemerlang ………………………………………………………………… 52
12.0 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak ………………………………………………………. 52
13.0 PENUTUP ……………………………………………………………………………………………. 59

Nota:

Ebook ini di tulis dan di olah oleh Fauzi Ahmad, berdasarkan maklumat perbagai pihak dan sumber, IA
BUKAN UNTUK DI JUAL. Boleh di edar tapi Jangan Di Jual. Boleh di jadikan Bonus atau Hadiah
Percuma. Tujuan saya ialah mencambah ilmu bukan mendapat keuntungan. Sila baca dan praktikan.
Semoga Umat Islam akan bertambah maju dan di rahmati Allah. Terima Kasih. Facebook Saya :
http://facebook.com/fauzi2009

Update : Friday, February 03, 2012

1 2
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1.0 Mukadimah

ْ‫اﻟﺴﱠﻼَمُ ﻋَﻠَﯿْﻜُﻢ‬
Saya mulakan Panduan ini dengan 3 kisah menarik, untuk anda renungkan
maksudnya.

Kisah Pertama : Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di


tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah
Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain
bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila
Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak
lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab
secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari
darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa
melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan".

Kisah Kedua : Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah
Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan]
negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping
telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?"
Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu
yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya
bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'".

Kisah Ketiga : *Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA,
telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk
menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang
kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar
Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua
daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah
kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan
dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan
padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang
berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan
umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu
untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan
jawapan anak kecil itu.

1 3
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi
pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan
buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat. Hujah kanak kanak tersebut bukan
idea biasa atau idea yang buruk, tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di
asuh dan dididik dengan acuan Islam.

Inilah yang akan saya bincang dalam ebook ini, Bagaimana Melahir Dan
Membentuk Anak Pintar Dan Beriman.

Contoh Yang Perlu Anda Ikut:

Nabi Muhammad SAW, seorang pintar dan berpengaruh luarbiasa, telah berjaya
mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan
bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun. 23 tahun adalah tempoh yang
sangat pendek, hinggakan seorang professor dari Universiti Vienna, iaitu Dr.
Chevrel berkata ; "belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh
Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun."
Inilah kekuatan yang ada pada manusia pintar.

Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi mungkin dapat diubah
oleh fikiran seorang daripadanya. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan
para sahabat di dukung oleh Mukmin yang pintar dan beriman.

Contoh Lain selain Nabi Muhammad s.a.w ialah:

1. Zaid bin Tsabit- penulis Al-Quran, bahasa Arab


2. Abu Hurairah - penghafal hadis,
3. Abdul Rahman bin Auf - pakar ekonomi,
4. Salman Al Farisi - "master mind" perang khandak,
5. Umar Ibnul Khattab - ahli politik dan pentadbir negara,
6. Ali bin Abi Talib - intelek agama.

Mereka semuanya adalah manusia-manusia pintar yang telah menguatkan Islam


melalui bidang masing-masing. Fikiran mereka lebih daripada orang lain.dan
kelebihan itu, disalurkan untuk membangunkan Islam, bukan untuk kepentingan
diri. Mukmin yang pintar sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini.
Ketajaman, ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam.

Sebab itulah, para Rasul wajib memiliki salah satu sifat, iaitu fatanah ertinya
bijaksana. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa
sahaja yang memimpin perjuangan Islam. Pejuang Islam perlu bijaksana dalam
merancang, menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden
ini, sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah
umatnya zaman dahulu.

1 4
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

PENTING : Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil, buta strategi
dan lemah fikiran. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan
diperkuatkan oleh daya fikiran. Tegasnya manusia pintar adalah harta
terpenting dalam barisan pejuang Islam.

2.0 Takrifan Anak Pintar


Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan melebihi rakan
sebaya atau lebih tua darinya. Pakar bahasa Ainon Mohd telah member tafsiran
anak pintar ialah anak-anak yang lebih kebolehan. Beliau berkata perkataan Genius
tak boleh diguna pada kanak-kanak, kerana kanak-kanak tiada pakar dalam
sesuatu bidang atau menyelesai sesuatu masalah. Jika pandai dalam matematik
atau muzik, bukan boleh dipanggil genius tetapi prodigy. Jika pun ia boleh hafal
quran, ia bukan genius tetapi berbakat dan bijak.

Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak"

Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi

Bagaimana menlahir dan membentuk anak yang pintar, saya akan bincang nanti.

3.0 Takrifan Anak Beriman (Soleh Solehah)


Anak beriman ialah beriman pada Allah, Tugas memelihara anak kita supaya
beriman adalah wajib, seperti mana Firman Allah Dalam Quran Surah At Tahrim
ayat 6, yang bermaksud, “ Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari
manusia dan batu…”

Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka, Saidina


Ali berkata; yakni “kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka”. Berkata
Imam Qatadah; ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan
mencegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan
tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu

1 5
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk


melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat,
tegahlah mereka”. Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas
setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-
anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah
Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

Kelahiran anak-anak yang soleh tidak mungkin terhasil jika tidak bersumber
manhaj Islam - iaitu AL-Qur'an dan Sunnah. Manhaj Islam perlu digali dan
dijadikan asas didalam kehidupan berkeluarga. Suburkan persekitaran
keluarga dengan kesuburan iman dan hindarkan jauh-jauh segala unsur-
unsur yang melalaikan, sia-sia serta merosakkan iman dan amal.
Bersyukurlah anak-anak yang ibu bapanya begitu perihatin dan tahu apakah
yag baik untuk dibawa masuk kerumahnya.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan


RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan
menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

Umumnya umat Islam mengetahui adanya tuhan dan menyembah seperti


dalam solat, namun ada juga yang tidak mengerti apakah hakikat tuntutan
solat sebagai mencegah fashya dan munkar? Bagi memungkinkan
keberkesanan dalam didikan Iman dan Islam, pengenalan yang jitu terhadap
ALlah adalah suatu yang asas. Sesaorang yang beriman dan bersolat tetapi
tidak menolak taghut tidak mempunyai kesempurnaan Iman.

“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka


sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan
putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”.
(al-Baqarah: 256)

Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama


ada Iblis, Syaitan dan sebagainya. Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam
ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat
di atas ialah kalimah. Oleh itu anak-anak soleh harus dilahirkan dengan asas
utama iaitu menanamkan keimanan yang soheh melalui pengenalan dan
penanaman aqidah yang sebenar terhadap Allah Ajjawajalla dan RasulNya..

1 6
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Apa yang kita Cari ?

Apa yang kita cari ialah Pintar dan Beriman. Kalau pintar tak beriman pun
tak lengkap. Kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Kita nak semua
orang Islam pintar dan beriman, maknanya kita mahu lahir ilmuan dan
pakar dalam semua bidang dan dalam masa sama, ia adalah anak yang taat
pada perintah Allah, Taat pada Ibubapa, menyumbang ilmu pada
masyarakat seterusnya mengembangkan agama Allah ini.

4.0 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara


Anak-Anak.

1. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan


anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka.

2. Menegur anak secara negatif

Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak


(terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
lain atau anak orang lain.

3. Memberi didikan yang tidak seimbang

Tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda


(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda (misalnya
sains, matematik) dari pendidikan rohani (keagamaan).

4. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium


mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-
Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

1 7
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi
aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat
kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa
tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

6. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-


anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan
selekeh.

7. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam,


makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik dari salam yang diberi.

8. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-


anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu
sunnah.

9. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang


seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

10. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak


rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

11. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam


rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang
masih membesar.

12. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada


dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik

1 8
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati
syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

13. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-


anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-
anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

1 9
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

5.0 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah

5.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim

Surah Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah
yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran
seorang anak, dengan harapan bahwa bapa nantinya dapat mencontohi
tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti
petua dan nasihat seperti halnya anak Luqman. Tentu pemahaman ini dapat
diterima, mengingat secara ayat-ayat ini memang membincangkan secara
khusus tentang pesan Luqman dalam teknik atau cara mendidik anak sesuai
dengan pesan Al-Qur’an. Apalagi pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya
adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim ,

Apa Luqman kata, Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman
ayat 13-19, lihat:

“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia


memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar ….. Dan sederhanalah kamu
dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-
buruk suara ialah suara keledai”.

Apa yang perlu anda faham ?

Surah Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai


surah yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran
seorang anak, dengan harapan bahawa bapa nantinya dapat mencontohi
tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti
petua dan nasihat seperti anak Luqman tersebut.

Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara gambaran ayat-ayat


ini memang membincang secara khusus tentang pesan Luqman, cara
mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Qur’an. Apa lagi pesan Luqman
dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui
lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat; pesan
Luqman dalam bentuk perintah, bermaksud perintah Allah, demikian juga

1 10
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

nasihatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga
larangan Allah yang harus dihindari.

Luqman yang dimaksud dalam ayat-ayat ini menurut Ibnu Katsir adalah
Luqman bin Anqa’ bin Sadun. Ia adalah anak dari seorang bapak yang
Tsaaran. Pengabadian kisah Luqman memang berbeda dengan pengabdian
tokoh lain yang lebih komprehensif. Pengabadian Luqman hanya berkisar
seputar nasehat dan petuanya yang sangat layak dijadikan acuan dalam
mendidik anak secara Islam.

Tentu masih banyak lagi cara Islam dalam mendidik anak berdasarkan ayat-
ayat atau hadits Rasulullah saw yang lain. Namun paling tidak, pesan
Luqman ini bukan sekadar pesan biasa umumnya seorang bapa kepada
anaknya, namun merupakan pesan yang penuh dengan sentuhan kasih
sayang dan penuh dengan muatan idealogi serta tersusun berdasarkan
keutamaan.

Bermula dari pesan agar:

a. Mengesakan Allah
b. Tidak menmpersekutukannya
c. Bersikap tawadu’ dan santun yang tercermin dalam cara berjalan dan
berbicara.

Kedua jenis pesan dan nasehat tersebut ternyata tidak keluar dari dua
prinsip utama dalam ajaran Islam iaitu ajaran tentang akidah dan akhlak. Ini
konsep pendidikan Luqman yang paling penting dan perlu di contohi.

Menurut Sayid Quthb, rangkaian ayat-ayat yang membincangkan tentang


Luqman dan nasihatnya yang diawalkan dengan anugerah hikmah kepada
Luqman di ayat 12 merupakan pembahasan kedua dari pembahasan surah
Luqman yang masih sangat berkaitan dengan pembahasan episod pertama,
iaitu persoalan akidah.

Pesan Luqman sendiri pada asasnya adalah pesan akidah yang


memiliki beberapa maksud; di antaranya berbakti dan berbuat kebaikan
kepada kedua orang tua sebagai bukti rasa syukur atas kasih sayang dan
pengorbanan mereka merupakan tuntutan atas akidah yang benar kepada
Allah swt. Sentiasa merasakan kehadiran dan pengawasan Allah dalam

1 11
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

setiap langkah dan perbuatan merupakan gambaran sebenar dari keyakinan


akan sifat Allah Yang Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Mengawasi.

Kemudian dari segi menjalankan kerja amar makruf dan nahi munkar yang
disertai dengan sikap sabar dalam menghadapi segala rintangan dan
tentangan merupakan bukti akan kekuatan iman yang bersemayam di dalam
hati sanubari, hingga pada pesan untuk sentiasa bersikap tawaduk dan tidak
sombong, baik dalam tingkah laku mau pun dalam bercakap. Semuanya
tidak lepas dari ikatan dan tuntutan akidah yang benar.

Pembahasan tentang akidah dalam surah ini memang wajar kerana surah
Luqman termasuk surah Makkiyyah yang memberi fokus pada penanaman
dan memperkuatkan akidah secara utama..

Siapa Luqman alhakim.

Terdapat banyak pendapat siapa Luqman, apakah ia seorang nabi atau ia


hanya seorang lelaki soleh yang diberi ilmu dan hikmah, yang jelas jumhur
ulama lebih cenderung memilih pendapat yang mengatakan bahwa ia hanya
seorang hamba yang soleh dan ahli hikmah, bukan seorang nabi seperti
yang diperkatakan oleh sebagian ulama. Gelaran Al-Hakim di akhir nama
Luqman tentu gelaran yang tepat untuknya sesuai dengan ucapannya,
perbuatan dan sikapnya yang memang menunjukkan sikap yang bijaksana.
Allah sendiri telah menganugerahnya hikmah seperti yang ditegaskan dalam
ayat sebelumnya: Lihat ayat 12 ;

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu:


“Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada
Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan
barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji“. (Luqman: 12)

Yang menarik disini bahawa Luqman bukanlah seorang yang terkenal atau
memiliki pengaruh. Ia hanya seorang hamba Habasyah yang berkulit hitam
dan tidak punya kedudukan sosial yang tinggi di dalam masyarakat. Namun
hikmah yang diterimanya menjadikan ucapannya dalam bentuk pesan dan
nasihat layak untuk diikuti oleh seluruh orang tua tanpa terkecuali. Hal ini
terungkap dalam riwayat Ibnu Jarir bahwa seseorang yang berkulit hitam
pernah mengadu kepada Sa’id bin Musayyib. Maka Sa’id menenangkannya

1 12
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

dengan mengatakan: “Janganlah engkau bersedih (berkecil hati) karena


warna kulitmu hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang pilihan yang
kesemuanya berkulit hitam, yaitu Bilal, Mahja’ maula Umar bin Khattab dan
Luqman Al-Hakim”.

Demikian nasihat dan pesan Luqman dalam mendidik anaknya yang


didahului oleh pendidikan akidah tentang keEsaan Allah dan
pengetahuanNya yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba Allah,
rendah diri, hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak.
Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam
berakhlak dan berperilaku kepada orang lain, terutama sekali terhadap
kedua orang tua. Sungguh satu upaya yang serius dari seorang Luqman
yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak
dini dengan Penciptanya yang menampak pada kebaikan dan kesejahteraan
lahir dan batin, serta menjadikannya memiliki tingkat pertahanan dan
pertahanan diri yang kukuh bagi menhadapi bermacam godaan kehidupan
yang dirasa kian melalaikan dan menjerumuskan.

Ringkasnya ialah:

1. Menjadi anak yang beriman pada Allah dengan sebaik-baik mungkin


2. Menjadi anak yang hormat dan taat pada ibubapanya
3. Berbuat baik pada masyarakat
4. Memiliki anak bijak atau pintar suatu kelebihan

Allahu a’lam.

5.2 Surah Amalan – Kisah Benar Ibu Adi Putra

Ini merupakan kisah benar yang berlaku di Malaysia. Ibu kepada kanak-kanak
pintar, Adi Putra Abdul Ghani,6 (ketika berita ini ditulis) gemar membaca surah
Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu
lapang ketika mengandungkannya. Serihana Elias 30 (ibu Adi Putra), berkata, dia
juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit,
hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia
belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk
mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya
membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca

1 13
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

surah Yusuf dan Luqman,” kata Serihana, ketika menceritakan amalan


dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika
berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah
menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri
Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan
membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru
sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam
menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu
menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula
tertentu menyelesaikan soalan matematik.

Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini
sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi
daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah


menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi
seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana
bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur. “Mimpi itu penuh makna kerana saya
melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit.

“Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin,


tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata
bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk
kelahiran insan istimewa,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra
dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus
membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung.

“Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki
kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu
menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri.

1 14
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

“Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi
seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan.
Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun
mendalami subjek itu.

“Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama
menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia
mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua
belas,” katanya.

Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja
seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya
sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.

Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit
sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain.

“Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa,
pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama
anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan
dengan pintu rezeki mereka,” katanya.

Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat


menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat
ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi.

Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib
Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md
Salleh.

Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran
minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila
memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun
Satu hingga Enam sekolah berkenaan.

Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab
soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas
universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan
ingatannya.

DRAGONIZER: Lahirnya tokoh terbilang Matematik berbangsa Malaysia... semoga


Adik Adi Putra akan mendapat ijazah Doktor Falsafah sebelum mencapai usia 17

1 15
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

tahun... teringat kisah gadis pintar matematik suatu ketika dahulu... Sumber
Harian Metro

Pengajaran :

Adi ialah insan yang di kurnia Allah kepintaran luar biasa. Pengajaran dari kisah di
atas ialah amalan ibu bapa Adi. Ibunya seorang yang suka baca Quran terutama
surah surah Maryam, Yusuf dan Luqman ketika mengandung. Selain itu Ibunya
seorang yang baik dan rajin solat.

Bapanya seorang penyayang dan bertanggungjawap. Ia memanggil anak-anaknya


dengan nama penuh, misalnya ADI PUTRA, bapanya tak panggil Di, atau Putra,
atau Adi, dia akan panggil nama penuh Adi Putra. Ia ada hikmah di situ.

Harapan kita, kalau tak jadi macam Adi Putra tak mengapa, tetapi biarlah anak kita
jadi seorang yang cerdik dan mudah memahami apa yang kita ajar atau guru ajar.
Seterusnya hormat pada kita sebagai ibu bapa, hormat guru dan masyarakat
sekeliling.

5.3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan

A.Doa Mendidik Anak Jadi Soleh / Solehah

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang


berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami:
Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada
kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

16
1
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan


yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)
do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-


orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak
lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

B. Doa Agar Anak-Anak Mengerjakan Sembahyang

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

1 17
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang


dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.

C. Doa Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Nakal / Tak dengar kata

SURAH TAHA AYAT 1-6

D. DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

1 18
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu)
bertakwa.

E. Mengajar Anak Doa Untuk Ibu Bapa

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan
amal dan pembalasan.

6.0 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur

Kategori Umur Kanak-kanak

a. 0 - 1.5 tahun, Bayi

19
1
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

b. 1.5 – 4 tahun, Kanak-kanak bertatih


c. 4 – 11 tahun, Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
d. 10 - 11 tahun, (lebih kurang) Prapubesens;
e. 11 – 12 tahun, Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
f. 13 - 20 tahun, Remaja dan baligh

Kategori Umur Dewasa

a. 18 -25 tahun, Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)


b. 16 – 39 tahun, Kedewasaan awal
c. 40 - 59 tahun, Separuh umur
d. 60 tahun ke atas, Orang tua

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak

Bermaksud menyesuaikan keadaan didikan dengan umur anak kita, di


sini kita sebagai ibu bapa kena pandai memain peranan, melihat
keperluan dan didikan mereka mengikut tahap dan peringkat umur.
Ibu bapa juga kena lihat kemampuan dan penerimaan anak bagi
setiap arahan atau tunjuk ajar yang di buat, antara pendekatan yang
boleh di buat ialah:

1. Mewujudkan interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan


anak.

2. Mewujudkan keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang


harmoni, aman dan damai.

3. Kehidupan keluarga perlu berpandukan peraturan agama dan nilai-


nilai akhlak yang murni.

4. Mengekalkan kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati,


menyayangi dan bekerjasama tanpa dipaksa.

5. Beri perhatian terhadap perkembangan anak.

6. Jelaskan peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga.

7. Wujudkan suasana dan kepimpinan keluarga yang demokrasi, adil


dan penyayang.

1 20
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8. Elakkan memaksa anak bertindak di luar kemampuan.

9. Sediakan keperluan asas fizikal seperti makan, minum, pakaian,


kediaman selesa, perlindungan dan pelbagai lagi.

10. Wujudkan keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang,
rasa dimiliki, dihargai dan seumpamanya.

11. Didik anak agar makan dengan tangan kanan dan membaca doa
makan serta bismillah

12. Bawa anak bersiar-siar atau melakukan aktiviti bersama-sama.

Mendidik Peringkat Bayi

1. Tunjuk dan sentiasa pamerkan kasih sayang dengan belaian anda.

2. Sentiasa bertenang dalam menangani karenah bayi.

3. Selalu menghayati detik-detik perkembangan dirinya.

4. Mengambil gambar sebagai kenangan apabila anda tertarik dengan


gerak-geri atau senyumannya.

5. Memberi anak anda susu ibu.

6. Membawa bersiar-siar untuk mengeratkan hubungan.

7. Selalu membaca untuknya.

Mendidik Peringkat Kanak-kanak

1. Tunjukkan kasih sayang kepadanya.

2. Selalu membaca bersamanya.

1 21
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

3. Belikan permainan yang tidak spesifik mengikut jantina.

4. Amalkan disiplin secara konsisten.

5. Didik anak-anak tentang peraturan yang betul dan salah dalam


hidupnya.

Mendidik Peringkat Remaja

1. Teruskan bergambar bersama anak anda.

2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.

3. Sertai kegiatan atau menyokong aktiviti yang anak anda lakukan.

4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.

5. Teruskan mengajar anak-anak tentang perkara-perkara yang betul


dan salah dalam kehidupan.

6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang


dikatakan oleh anak remaja kerana ini akan membantu menunjukkan
kasih sayang anda terhadap mereka.

7.0 Panduan Dapat Anak Pintar

7.1 Pemilihan Benih Pintar

Kelahiran anak pintar perlu dirancang. Walaupun kemampuan dan


ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah
ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak
salah.

1 22
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada
zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum
perkahwinan dijalankan.

Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan


anak pintar. Baginda bersabda, maksudnya ; ”Pilihlah tempat yang
baik untuk air mani kamu keturunan kamu sesungguhnya urat itu
[keturunan] mempengaruhi.” (Ibnu Majah dan Ad Dailami)

Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya : “Carilah


tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab
sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang
menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka.
(Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir)

Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak


biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam
perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala
sudut. Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-
sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat
yang baik.

Jarang bahkan kurang hadis membincangkan tentang sifat-sifat kaum


lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik .

Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang


rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka
amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik
(beragama).

Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para


sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak
mempunyai hubungan kekeluargaan.

Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan
Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda,

1 23
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

maksudnya ; “Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat.”
(Tarbiyyatul Aulad)

Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum


dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan
anak yang soleh dan pintar. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum
bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat daripada
gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan bersetubuh
sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan
dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara
yang boleh diketahui dengan membaca kitab-kitab karangan ulama-
ulama muktabar zaman dahulu.

Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan


panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik.
Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan
ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur 9
tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar seperti Al
Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman itu lebih luas
daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini.

7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar

Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Imam


Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang agama tetapi
pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi dan lain-lain.

Jumlah umat Islam di dunia hari ini lebih 1,000 juta (hampir
seperempat penduduk dunia). Dengan bilangan seramai itu, tentu ada
anak-anak yang mempunyai akal bertaraf pintar.

Mereka itu mesti dicari dan diberi kemudahan secukupnya untuk


menjamin pertumbuhan akal yang sedia baik itu, agar terus
berkembang sehingga dewasa. Didikan dan ilmu mesti diberikan
secara kemas dan bersungguh-sungguh. Pusat-pusat penempatan dan
persekolahan khusus mesti didirikan untuk memberi bantuan dari segi
bahan pembelajaran jika mereka daripada anak-anak yang miskin.

1 24
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Masyarakat Islam mesti menghargai benih-benih pintar ini justeru


merekalah harapan kepada kebangkitan ummah Islam pada masa
akan datang. Selama ini kita kurang menghargai anak-anak pintar.
Kita tidak peka kepada soal yang penting ini. Akibatnya, anak orang
Islam sendiri telah disambar oleh musuh-musuh Islam dan dilatih
untuk menjahanamkan Islam.

7.3 Latihan Anak Pintar

Di zaman kegemilangan Islam, hal yang sebaliknya telah berlaku.


Anak-anak orang kafir telah dapat dididik dan dilatih oleh umat Islam
untuk memperjuangkan agama. Anak-anak orang Monggol misalnya,
telah dapat di Islamkan dan mereka kemudiannya telah muncul
sebagai pejuang Islam yang berani.

Di dalam bala tentera Empayar Turki Uthmaniah pula ada pasukan


tentera yang perkasa bernama Janizari. Mereka asalnya anak-anak
orang Kristian yang telah kematian ibu bapa dalam peperangan
dengan orang-orang Islam.

Ini menunjukkan benih-benih pintar yang diberi oleh Allah secara


semulajadi dapat digunakan dua hala - untuk membangunkan Islam
atau meruntuhkannya.

Rasulullah SAW telah cuba sedaya upaya mengaut seberapa ramai


orang-orang pintar daripada kelompok musuh untuk berjuang
bersama-sama tentera Islam. Baginda berjaya menarik Khalid Ibnul
Walid - pintar di medan peperangan dan Amru Ibnu Ash - pintar di
bidang politik dan diplomatik ke pihak Islam.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : "Manusia itu laksana barang


galian dari segi baik dan buruknya, yang baik antara mereka di zaman
Jahiliah adalah yang baik juga pada zaman Islam, jika mereka
mempunyai pengetahuan." (Ath-Thayalisi, Ibnu Mani' dan Al Askari
dan Abu Hurairah)

1 25
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Di zaman kegemilangan Islam anak-anak pintar Kristian


dihantar ke Sepanyol atau Baghdad untuk menimba ilmu. Islam
pada waktu itu bukan sahaja menguasai tanah-tanah di dunia
tetapi turut menguasai akal dan jiwa manusia yang hidup di
atasnya.

Ini menunjukkan pentingnya orang yang bijak dalam suatu kerajaan


yang menjadi tulang belakang pentadbiran serta pengurusan suatu
Negara.

Pusat pendidikan Islam telah menjadi "jaring" menanam asas-asas


tauhid dan kesempurnaan ajaran Islam di dalam apa juga kesempatan
yang terbuka. Arkitek-arkitek kristian dan para cendikiawannya datang
bernaung di negara-negara Islam untuk melanjutkan pelajaran atau
mencari rezeki. Umat Islam telah menjadi tuan di dunia.

Kini ……

Fikiran dan jiwa pintar Islam ini telah dijajah. Mereka memandang
tinggi apa yang ada pada orang-orang Barat dan bermati-matian
mempertahankannya jika diserang. Di zaman kebangkitan Islam kini,
"anak-anak didik" penjajah inilah menjadi penentang utamanya.

Umat Islam zaman ini masih ketinggalan dalam usaha melahirkan


anak-anak pintar. Hampir-hampir tidak ada perancangan yang baik
dalam mendirikan perkahwinan. Faktor-faktor perjuangan dan
pengaruh Islam tidak dipentingkan. Ramai yang berkahwin atas dasar
cinta, dasar harta atau lain-lain alasan yang rendah nilainya.

Tidak ada "Grand-master" yang dapat merancang perkahwinan


strategi untuk meningkatkan lagi kekuatan jemaah Islam. Kalau
dahulu, di zaman Rasulullah SAW, perkahwinan para sahabat dengan
wanita-wanita dari suku kaum yang telah tewas dalam peperangan
adalah biasa, tetapi kini perkahwinan yang mempunyai maksud politik
seperti itu hampir-hampir tidak kedengaran lagi. Siapakah pemuda
Islam yang sanggup dikahwinkan dengan anak ketua suku kaum di
pedalaman Sabah atau Sarawak misalnya?. Dan apakah ada anak

1 26
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

gadis Islam yang sanggup dikahwinkan dengan ketua orang asli di


kawasan-kawasan pedalaman?.

Nanti kelak mereka dapat berperanan mengembang dan


mempengaruhi masyarakat pendalaman ke arah cara hidup Islam.
Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura telah mendahului
pemimpin-pemimpin Islam dalam hal ini.

Padanya untuk melahirkan generasi pintar pada masa hadapan, para


intelek hendaklah dikahwinkan sesama mereka. Ini menurutnya,
adalah penting demi "survival" rakyat Singapura di masa hadapan.

Di Rusia dan Amerika pula, anak-anak yang berpotensi menjadi anak


pintar diberi kemudahan secukupnya dari segi bahan / alatan dan
pelajaran. Membiayai semua keperluan ini dianggap satu pelaburan
yang sangat menguntungkan.

Kenapa kita selaku umat Islam masih kabur dalam perkara seperti ini.
Sewaktu ini orang-orang Barat dan komunis menyimpan otak genius
tokoh mereka yang telah mati seperti otak kepunyaan Stalin, Lenin,
Einstein dan lain-lain lagi.

Kononnya menurut mereka mampu dimanfaatkan semula. Ketika yang


sama umat Islam masih membiarkan ratusan dan mungkin juga ribuan
anak-anak genius yang sedang hidup di Indonesia, Malaysia, Pakistan,
Negara-negara Arab, Turki, China dan lain-lain lagi, tidak
dimanfaatkan otak mereka bagi merangka grand-design untuk
kebangkitan Islam semula.

Mengapa mereka terbiar atau dibiar?. Kerana kita umat Islam kurang
menghargai anak-anak pintar kita yang berotak genius. Kita tidak
sedar bahawa anak-anak pintar umpama benih tumbuhan yang baik.
Ia memerlukan tanah yang subur dan penjagaan yang rapi untuk
tumbuh sebagai sepohon pokok yang rendang dan dapat
menghasilkan buah yang baik dan berharga. Anak pintar akan menjadi
anak yang bodoh jika ia terbiar, tanpa didikan dan pembelajaran yang
baik dan terancang.

1 27
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Inilah yang dikesalkan oleh Malik Ben Nabi, seorang sarjana Islam
dengan katanya ; "Adalah amat mendukacitakan sekali bila kerajaan
komunis telah berbelanja besar untuk mengindokrinasikan kanak-
kanak dan dunia amnya dengan falsafah Atheist dan Marxist.

Sedangkan negara-negara muslim tidak berbuat demikian untuk


tujuan Islam."

Pintar Islam ….. ?

Pintar Islam ialah orang yang dapat kekuatan akal hasil mengingati
mati untuk lebih gigih berjuang dalam hidup. Sabda Rasulullah SAW
maksudnya ; "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak
mengingati mati dan bersedia dengan bekalan untuk hari selepas
mati." (Ibnu Majah dan Ibnu Abi Dunya)

Rahsia Kekuatan Islam… ?

Itulah dua rahsia kekuatan Islam, iaitu mengingati mati dan


berusaha membuat persediaan untuk hari selepas mati. Orang
yang sentiasa mengingati mati ia akan dinamik dan berusaha
melahirkan kemajuan dan tamadun untuk dipungutnya pahala
di akhirat. Kerana ia yakin dan faham, dunia adalah tempat
menanam sebanyak-banyak, sementara hasilnya akan dipungut
di akhirat.

Siapa yang menanam sedikit atau yang menanam yang tidak baik ia
akan kerugian di akhirat. Itulah anak generasi dan tokoh pintar Islam
mereka yang jiwanya penuh dengan keimanan dan akalnya bercahaya
dengan suluhan wahyu dan anggotanya gagah dalam menegakkan
"Kalimatullah".

Kita sesungguhnya menunggu anak-anak pintar yang mempunyai


sifat-sifat itu bagi menyambung perjuangan yang ditinggalkan oleh
generasi salafussoleh dahulu.

Lahirkan Anak Pintar Dan Beriman Sekarang !!

1 28
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Ketahuilah anak pintar tidak akan lahir begitu sahaja, tapi ia lahir
dengan perancangan sejak permulaan perkahwinan, ketika
mengandung, setelah lahir dan membesar hinggalah dewasa.

Dalam masa itu mereka perlu melalui proses pendidikan terus


menerus secara Islam tanpa dicelah dan diganggu oleh elemen-
elemen yang membantutkan perkembangan dan pertumbuhan pintar
dan akhlak mulia.

Kembangkan Ilmu Dan Allah Akan Beri Ganjaran Pada Kamu…

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala


kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah
satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada
yang memerlukan.

Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika Allah


Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan tumbuh dalam
sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang
minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

1 29
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8.0 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan


Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar

8.1 Apakah Rahsia Mereka … ? Mempunyai akal yang cerdas, kuat


ingatan, kuat hafalan serta pintar? Sehingga mampu menghafal Al-
Quran , mengingati beribu-ribu hadis Nabi SAW? Dapat menguasai
pelbagai ilmu sejak kecil?

Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat? Dapat mengekalkan


kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk disepanjang kehidupan
mereka. SEMUA pertanyaan di atas sudah ditemui rahsia makanan
ulamak-ulamak terdahulu.

8.2 Makanan kecerdasan otak

1. A'sal (Madu lebah)


2. Karaps (Bijirin)
3. Za'faran (Stigma Bunga)
4. Su'dun (Akar Tumbuhan)
5. Qaranful (Bunga)
6. Lubban (Getah Pokok)
7. Zanjabil (Halia)
8. Khardal (Bijirin)
9. Na'na (Daun Pudina)
10. Habbatus Sauda' (Bijirin)
11. A'das (Bijirin)
12.Zabib (Kismins)
13. Laban (Susu kambing tulen)

8.3 Khasiat Makanan di atas ialah :

Di sini, hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda


seperti mana yang disebut dalam Kitab-Kitab Perubatan Islam.

1. A'sal (Madu lebah)

1 30
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah


dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda
sepertimana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam
Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69 , Maksudnya: "...dari perut lebah
itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna. Di
dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit
manusia."

Dalam kitab al-has a'lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah


(meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa "Hendaklah kamu
mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."

2. Karaps (Bijirin)

Dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 47, Nabi SAW sendiri
menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda
Baginda SAW: Maksudnya: "Makanlah oleh kamu karaps , kerana
ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah
Khidir a.s)"

1 31
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps: Maksudnya:


"Hendaklah kamu mengambil karaps , jika sekiranya sesuatu dapat
menambah akal, maka ianya adalah karaps."

3. Za'faran (Stigma bunga)

Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan


termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam
kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan
minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali
(k.w) menyatakan:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan


Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum
sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi
tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

4. Su'dun (Akar tumbuhan)

Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan


bahan nombor 3 di atas. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan
bersama madu pada setiap hari.

5. Qaranful (Bunga)

Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja'afar Al-
Sodiq (r.a), lahir pada 80H, ( guru kepada Imam Abu Hanifah r.a),
pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi
Basir iaitu:

1 32
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya: " Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam
Ja'afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang
engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata,
Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful , begitu
juga kundur zikri ( lubban ) serta ditumbuk halus keduanya, lalu
diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."

6. Lubban (Getah pokok)

Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan


Imam Ja'far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban
dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan
kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun
nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas
r.a dan Sayidina Ali k.w:

Maksudnya: "Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia


menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang
masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia
menggunakan lubban , kerana lubban dapat menguatkan hati serta
menghilangkan masalah kelupaan."

7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia)

Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18 :


Maksudnya: "..mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis
minuman campurannya zanjabil ." Dalam kitan Tibbul . muka surat
388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan
riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H)
menyatakan bahawa:

Maksudnya: " Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan


menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil
yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin)
bersama dengan makanan pada setiap hari."

1 33
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8. Khardal (Bijirin)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam


kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h
(141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama
madu pada setiap hari.

9. Na'na (Daun pudina)

Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam


moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua'lijinn bil quran nul karim
muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na'na dan
habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau
menyatakan:

Maksudnya: " Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian


dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak
habbatus sauda' diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah
sebanyak 7 kali , ayat Syifa' serta Surah Yassin."'

34
1
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10. Habbatus sauda' (Bijirin)

Kegunaan habbatus sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda


seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan
habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW
dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda
SAW menyatakan:

Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah


SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini,
kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati"

11. A'das (Bijirin) -keluarga kacang parpu

A'das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah


ayat 61 . A'das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab
Tibbul . muka surat 389 menyebutkan: Maksudnya: "Terdapat berita
menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah
memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang
manis-manis (seperti madu), makan a'das , makan roti dan membaca
ayat Al-Kursi."

1 35
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

12. Zabib (Kismis)

Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi , muka surat 241
menyebutkan bahawa: Maksudnya: " Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa
yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)
".

13. Laban (Susu kambing tulen)

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam


dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15 .
Dalam Surah Al-Nahl ayat 66 :

Maksudnya: " Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu,


kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar, kami beri
minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut,
yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang
bersih , mudah diminum lagi sedap rasanya ."

Empat nasihat Imam Shafie r.h untuk menambahkan


kecerdasaan akal:

a. Meningggalkan cakap-cakap kosong


b. Menggunakan siwak (kayu sugi)
c. Duduk bersama majlis orang-orang soleh
d. Duduk bersama majlis ulamak

1 36
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

9.0 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan


Otak

AMALAN pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran


kanak-kanak dengan sempurna sekali gus dapat menyesuaikan diri
dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh
yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat
suka kepada sesuatu makanan.

Justeru pada tempoh ini mereka harus didedahkan dengan amalan


pemakanan yang sihat dan seimbang. Malah pemakanan yang
seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas,
tetapi juga minda yang cerdas.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bulan pemakanan Sihat Malaysia,


Dr. Tee E Siong memberitahu, zaman kanak-kanak merupakan saat
penting untuk membiasakan mereka mengambil makanan berkhasiat .

"Hal ini penting kerana boleh membentuk tabiat pemakanan yang


baik,'' katanya ketika ditemui sempena pelancaran Bulan Pemakanan
Sihat Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur baru-
baru ini..

Kata Dr. Tee, penekanan dan pemahaman tentang kandungan nutrien


yang ada pada setiap makanan perlu diterapkan sebelum mereka

1 37
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

mencecah usia setahun sebagai tanda ingatan sebelum peningkatan


selera makan berlaku.

Perangkaan menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak yang


mengalami masalah pemakanan adalah besar. Justeru usaha perlu
diteruskan untuk menggalakkan tumbesaran optimum kanak-kanak
Malaysia.

"Perangkaan menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan


umur 7-12 tahun adalah yang paling tinggi mengalami peningkatan
berat badan," katanya. Jelasnya, perangkaan tersebut adalah
berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 dan
kajian berbeza yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

Dr. Tee berkata, dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa


pemakanan tidak seimbang masih berlaku terutama di kalangan
kanak-kanak sekolah rendah. Dalsam situasi tersebut, ibu bapa perlu
menyedari keperluan pemakanan anak-anak mereka.

"Dengan cara ini, mereka dapat memastikan potensi tumbesaran,


perkembangan dan pembelajaran akan tercapai,'' ujarnya lagi.

Sukan…. Penting

Selain menjaga amalan pemakanan yang sihat, ibu bapa juga harus
mendidik anak-anak tentang amalan cara hidup yang lebih cergas
dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan melakukan
aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Dalam Islam aktiviti sukan dan pergerakan tubuh badan amat penting
dan di tekan. Anak yang cerdas pintar juga yang mempunyai tubuh
yang sihat dan kuat.

1 38
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.0 Petua Belajar Cemerlang


Ibu bapa pun perlu tahu, walaupun dia tak sekolah lagi, ini memudahkan ia
member garispanduan belajar kepada anak anak. Sila baca teknik di bawah,
mungkin boleh membantu.

10.1 TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Sumber : http://www.kaunselingskbt2.com/artikel/18-teknik-belajar-berkesan.html

A. Teknik-Teknik belajar yang mesti praktikkan ialah :

a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai .


Belajar secara duduk tegak
lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan
suasana yang serius . Semasa
membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk,
bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-
lain.
d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau
perenggan yang dibaca.
Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat
dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam
ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu
hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang
singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1
tahun.
B. TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh
diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

1. Pilih satu tajuk dan baca nota.


2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).
8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.

1 39
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.Ulang hingga kamu puas hati.


11.Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12.Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13.Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis
kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan
menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang
pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

 Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada


karangan asal.
 Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting
sahaja.
 Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan
apabila membaca.
 Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
 Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang
tambahan atau isi penting.

C. TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu
ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di
sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan )
dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang
perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan
juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran
berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.
Contohnya

Hari Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi


: 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
: 2.00 petang - 3.30 petang
: 3.30 petang - 5.00 petang
: 8.30 malam - 10.00 malam
: 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin : 2.30 petang - 4.00 petang


: 4.00 petang - 5.30 petang

1 40
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

: 8.30 petang - 10.00 malam


: 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan


keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :

1. Matematik - 4 kali seminggu


2. Bahasa Inggeris - 2 kali
3. Sejarah - 4 kali
4. dan seterusnya

Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan
agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :

 Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari ,
maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
 Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00
pagi.
 Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh
dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
 Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin
terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah
atau keluarga.

D. TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak
seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik
sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber
untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku
rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita
mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu?
Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan

1 41
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan
secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM.
Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke
Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran.
Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang
telah diambilnya.

Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti
jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik
Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter
sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang
atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting
diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah
mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham,
kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian
(subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk
satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang
berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap
ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang
penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu
tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang
sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh -

1 42
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan
sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah
baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar
agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu
dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek
Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik.
Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah
yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika
menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu.
Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu
hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak
lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada
peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan
merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika
pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina
untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian
kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini
lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan
kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di
samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala
makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui
peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-
olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu

1 43
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

 Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
 Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
 Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
 Baca keseluruhan teks dengan laju
 Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
 Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
 Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA

 Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas


 Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
berbeza supaya lebih menarik
 Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk
utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah
mengingatinya
 Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah .
Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
 Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
Gunakan simbol
 Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan
warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
 Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu
gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas
kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji
tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

 Baca topik dengan teliti


 Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
 Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen
berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama

1 44
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

 Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan
perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)


Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik

 Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil


 Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
 Memburu binatang - dimkn
 Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
 Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
 Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH

Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik
yang dipelajari

. Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar
rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan
. Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu
bebas untuk memilih bentuk gambar rajah

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

 Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
 Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
 Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .

Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus
bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham
tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang
tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang
erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba
memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan
amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota
penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan
pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

1 45
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang

Teknik Belajar Matematik

1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai


2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan
adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang
anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada
pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya
berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin
banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan
disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat
menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan
diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih
menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya
anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.
Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan
secepat mungkin.
4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut
tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan
sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira,
mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja
untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal
sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau
asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan
semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda.
Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam
sifir.
5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik
ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai.
Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai
masalah.

Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik
sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.

Jika nak kursus sila ke web http://www.rahsiapowermatematik.com/

1 46
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Nak beli buku bijak sifir sila klik : http://www.bijaksifir.com/

Cara Mudah Hafal Sifir


Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah
berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar
dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh
menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak
memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu
belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis,"

1 47
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1 48
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Teknik 1 Menggunakan Jari Anda

1 49
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Teknik 2 Menggunakan Rujukan 10

1 50
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1 51
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1 52
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

11.0 Teknik Hafalan Cemerlang

Saya pernah membaca ebook kaedah Iqra, kaedah ini mengajar anda
menghafal quran dengan mudah. Jika sesiapa nak belajar kaedah ini
boleh layari laman web kaedah Iqra. Kaedah ini amat menarik dan
mudah.

12.0 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak

Pengalaman seorang Ibu saya dedahkan, untuk panduan anda, Rozana


Ibu kepada Darwish

Kaedah Mengajar Bayi

Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari
mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya
sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3
dan seterusnya.

http://adikbijak.com/ref.pl?MR00118

Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk
disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan

1 53
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika
dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al
qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang
sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau
VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia
membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu
mendengarnya dari CD/VCD.

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak
untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun.
Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre
school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia
untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat
sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian
sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak
dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah
didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan
pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar
kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi
baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar
bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-
kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu
menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan
seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang
pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti.
Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z
dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi
anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan
mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini
kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar
waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah
yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran
sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat
akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari

1 54
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga
perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan
lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as
Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang
tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini
MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.

Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :

Nota : Ini hanya contoh, anda juga boleh beli CD atau DVD lain.

1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu
dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk
buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang
kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang
menarik dan banyak di pasaran.

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry


colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai
hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika
mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.

PANDUAN MENGAJAR

a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam


seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling
awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji.
Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali
tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau
anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu
bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang.
Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan
tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca

1 55
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang
kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk
mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar.
Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur
setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita
tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas
mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum
mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu
pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal,
bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak
mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.

g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk
kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar
solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri
untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan
tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula
berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai
supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum
terlambat.

Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati
jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon
dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD
dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-
kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat
flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini
menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan


'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat
pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar
secara semulajadi.

1 56
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Mengajar Bayi Menghafal

Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah
Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal
sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini.
Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang
lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih
banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah
perkembangannya. 80% perkembangan otak berlaku pada usia bayi
hingga 4 tahun. Jadi kena manafaat usia bayi

Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur
1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk
Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan
perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat
dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30
malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar
kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia
tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk
mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang
tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak.

Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Bersyukur


kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. Saya sempat
merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas)

1 57
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan


menyambung hujungnya. Aksi '..alahai baiknya anak mak ni...' berlaku
setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya.

Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'. Dia pun
memandang kak wisya untuk di iqra' kan. Darwisya membaca sampai yang
agak hampir akhir ayat, berhenti untuk disambung pula oleh adiknya
darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. Saya pun ambil
kesempatan memvideokan. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini
'Memory Card Full'! Frust dibuatnya..

Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung, kamera pula buat hal. Maka,
hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan, sedangkan aksi ini
dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Selepas melihat
balik aksi rakaman, saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada
umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia
telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma. Jika tidak dan memang
hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja, bermakna jalan
untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah..

Untuk pengetahuan, kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah,
kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan).
Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam. Selepas ini saya akan
mengajar huruf bertanwin pula.. Jika saya berkesempatan, saya akan
memvideokan dia membaca iqra. InsyaAllah. Apapun kena pindahkan sebahagian
gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan..

Sekadar berkongsi, saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak
lelaki saya bukan mudah. Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan
menerima arahan. Permulaannya, jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan
menangis sekuat hati, berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda
memberontak. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia
melakukan aksi tersebut, saya akan mengalah dan memberikan apa yang
dimahukan, saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan
membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri.

Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanak-
kanak. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu, kanak-kanak akan mengalah dan
berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Kini anak saya
tahu, jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya.

1 58
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh
mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst
Colostrum, Coklat Badam, gula-gula dll). Sebagai peringatan, semasa kita nak
membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut
adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu
yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis
hadiah hafazan, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita
ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah
yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk
penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari
itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya
jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain
supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru.

Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan


makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak.
Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan
daya ingatan.

Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh
kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin
ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima
untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka
dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya
semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz
surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa
dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek.
Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh
menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan
dari sekarang.

Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia
boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai
membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, ramai para huffaz
(penghafal quran) dari kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta
huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran.

1 59
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

13.0 PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kerana saya dapat kumpul ilmu yang amat


manafaat ini untuk kita sama-sama guna dan amalkan. Sila ulang baca
dan ambil nota dan cuba praktikan ilmu-ilmu yang saya dedahkan.

Guna kreativiti anda mengajar anak anda, paling utama ialah kita
sama-sama usaha melahir anak soleh dan pintar. Lebih ramai lagi
bagus supaya dapat memakmurkan bumi ini dengan Agama Allah.

Lakukan sekarang.

Terima Kasih

Fauzi Ahmad
http://cpintrass.com

Sebarkan Ebook Ini, Untuk Manafaat Semua Pihak.


Link untuk anda beri pada kawan anda :

http://cpintrass.com/anak.html

1 60
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

IKLAN PENAJA EBOOK

PANDUAN DIDIK ANAK

Contoh vitamin minda - CPINTRAS – Makanan Dan Nutrien Untuk


Kecergasan Minda

Sistem Perubatan Homeopati mengutamakan sistem pertahanan semulajadi


badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme
pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan.

Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit. Jika
simptom ini disekat (seperti perubatan moden sekarang), tubuh tidak dapat
menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, halangan yang
berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak
dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran.

Konsep yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur


dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan
moden. Perubatan moden berasaskan penyakit.

1 61
February 3, 2012 PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Makanan Minda Cpintrass Berasaskan Homeopati, Kajian lebih 10 tahun di


buat oleh pengasas dan menghasilkan Makanan Minda yang bermutu dan
berkesan membantu pengaliran darah dan oksigen dalam otak dan saraf.

Cpintrass ini membantu saraf minda anak anda, dari segi :-

1. Meningkat kualiti pengaliran oksigen dalam otak dan tubuh


2. Membaiki keadaan jantung pada tahap terbaik
3. Membaiki dan mengekalkan kualiti pengaliran darah
4. Membaiki dan mengekalkan kualiti kesihatan
5. Melawan alahan-alahan biasa
6. Meningkatkan kualiti sistem mata anda (agar lebih jelas)

Pengeluaran Cpintrass adalah secara pengilangan GMP dan mendapat


pengiktirafan Kementerian kesihatan dan mempunyai sijil Halal.Rujukan
Halal : JAKIM (22.00)/492/2/1 dan diluluskan KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA (MAL NO 05092397TC)

HARGA MURAH , 1 BOTOL 60 TABLET

TEMPAHAN DAN MAKLUMAT


LANJUT
KLIK --- > http://cpintrass.com

1 62

Anda mungkin juga menyukai