Anda di halaman 1dari 4

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim , saya membuka arena perdebatan

pada hari ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan ,
pembangkang,hadirin dan hadirat warga dewan sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh , salam perdebatan dan salam
teknologi buat semua.
Usul gagasan cukup menarik , TEKNOLOGI MENGHAKIS NILAI
KEMANUSIAAN . Menyedari hakikat bulat air kerana pembentung bulat
manusia kerana muafakat. Kami berlima pada hari ini hadir dan sepakat
menyokong usul melihatkan kesan-kesan penggunaan teknologi yang
semakin menghakis nilai kemanusiaan pada hari ini.
Tuan Yang Dipertua ,
Pertama izinkan saya melakukan penakrifan defenisi usul secara literal.
Perkataan teknologi menurut kamus dewan edisi ke-4 diertikan sebagai ilmu
tentang aktiviti atau kajian menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan
praktis sebagai contoh industry ,perniagaan ,perubatan ,dan pertanian
manakala menghakis pula bermaksud menyebabkan moral semakin
terjejas ,nilai pula bermaksud kadar nisbah ,kemanusiaan pula bermaksud
hal-hal yang berkaitan dengan manusia.Manakala TEKNOLOGI MENGHAKIS
NILAI KEMANUSIAAN pula bermaksud SATU AKTIVITI ATAU KAJIAN YANG
MENGGUNAKAN
PENGETAHUAN
SAINS
DALAM
INDUSTRI
PERUBATAN,PERTANIAN DAN PERNIAGAAN YANG SEMAKIN TERJEJAS
MENYEBABKAN HILANGNYA NILAI MURNI DALAM KALANGAN MASYARAKAT.
Yang berhormat saya kaitkan teknologi dengan satu analogi.Teknologi ibarat
mata helang yang berfungsi untuk melihat magsa dengan lebih meluas dan
sekali dipandang akan padah nasib yang diterima oleh mangsa
tersebut.Begitu juga teknologi, teknologi merupakan kecanggihan sesuatu
alat yang direka namun teknologi tersebut adalah factor utama berlakunya
masalah social pada hari ini dan menyebabkan terhakisnya nilai
kemanusiaan.
Pendirian kami di pihak perwakilan kerajaan akan menyokong usul pada hari
ini iaitu TEKNOLOGI MENGHAKIS NILAI KEMANUSIAAN melihatkan kesankesan yang ada pada teknologi menunjukkan semakin menghakis nilai
kemanusiaan masyarakat.

Saya akan menyatakan peranan kami di pihak kerajaan. Saya sebagai


Perdana Menteri akan mengemukakan hujah iaitu di bawah lembayung kata
TEGANG BERJELA-JELA, KENDUR BERDENTING-DENTING. Duduk saya ,
bangkit pula Menteri Kedua akan memberikan hujah kedua di bawah
lembayung kata KALAU TAK BERADA-ADA TAK AKAN TEMPUA
BERSARANG RENDAH dan HARAPKAN SOKONG, SOKONG BAWA
REBAH. Duduk beliau , bangkit pula Menteri Ketiga yang akan membuat
bidasan bagi meranapkan hujah pihak lawan .
Sidang dewan yang dikasihi ,
Terungkai sudah definisi , kini tiba saatnya untuk saya menjulang hujah
perdana pihak kami . Hujah kami yang pertama di bawah lembayung kata
TEGANG BERJELA-JELA,KENDUR BERDENTING-DENTING.
Kemajuan teknologi telah mencetuskan jenayah siber . Jenayah siber
merupakan antara penyumbang tertinggi dalam kes jenayah di Negara maju
seperti Amerika Syarikat , China , Jepun dan Korea . jika kita lihat
perkembangan teknologi pada hari ini, Masyarakat kita seolah-olah berpesta
di alam siber. Kita disajikan dengan berita palsu yang merosakkan lagi
bukan sahaja untuk menyelamat, tetapi kesatupaduan semakin rapuh lalu
menyebabkan terhakisnya nilai kemanusiaan. Laman sosial seperti twitter
dan facebook yang menjadi medan penyebaran gambar-gambar tidak
bermoral , gossip dan fitnah. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup
bermasyarakat . jadi yang berhormat masyarakat pada hari ini dikelirukan
oleh maklumat yang tidak sahih yang disebarkan dalam laman sosial.
Intihanya , keadaan ini menyebabkan nilai kemanusiaan terhakis sedikit
demi sedikit.
Memetik kata-kata Albert Einstein seorang sainstis tersohor pernah
mengatakan bahawa Saya amat takut sekiranya teknologi akan mengatasi
interaksi kita sesame manusia . Maka akan lahirlah generasi manusia yang
bodoh . Perkara ini dilihat semakin lama semakin menjadi realiti. teknologi
telekomunikasi yang sewajarnya mengeratkan kita akhirnya telah menghakis
nilai kemanusiaan .
Laman-laman web sebegini menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu
menjadikan remaja sebagai mangsa mereka . Terdapat juga remaja yang
tidak menyedari keperluan yang menjaga maklumat peribadi atau gambar
mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus
menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti dunia
pornografi , pelacuran , seks bebas , penculikan dan pemerdagangan

manusia . Adakah yang berhormat tahu perbuatan pornografi adalah


dilarang dan melanggar undang undang ? Untuk pengetahuan yang
berhormat kira-kira 90 peratus pengguna laman social adalah golongan
remaja !

Hal ini menunjukkan bahawa golongan remaja lebih cepat untuk terpengaruh
dengan unsur unsur yang negative seperti pornografi ini , lantas akan
wujudnya sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan akhlak ,
yang berhormat ! apabila remaja melayari bahan bahan pornografi , implus
saraf mereka merangsang perkara yang mereka lihat dan ingin mencubanya
maka tercetuslah hubungan secara haram akibat daripada melihat bahan
bahan lucah hadirin dan hadirat , cuba kita renung yang berhormat bayi
bayi yang dibuang , dilempar dan dikerat kerat ! Dimanakah nilai
ikemanusiaan masyarakat kita pada hari ini yang berhormat ?

Adakah yang berhormat ingin lihat generasi pada hari ini merana dengan
penggunaan teknologi yang tidak terkawal ? sebab itulah , saya katakan
ketagihan terhadap laman web negative ini mencetuskan kerosakan
maruah , nilai keperibadian dan dorongan terhadap jenayah seksualiti yang
sekaligus telah meranapkan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat kita .
Jangan disebabkan inignkan Negara maju , kita abaikan kesan yang akan
berlaku kepada rakyat yang berhormat ! sesungguhnya, sesebuah negara
yang maju dalam bidang teknologi sebenarnya mundur disebabkan
hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat .

Dalam dunia yang semakin maju ini , masyarakat berasa risau apabila
maklumat peribadi mereka didedahkan menjadi maklumat awam . wujudnya
teknologi yang berhormat,maklumat sulit boleh digodam oleh orang yang

tidak mempunyai nilai kemanusiaan . Bukan calang calang orang yang


boleh menggodam system maklumat dalam computer yang berhormat
kerana mereka yang mahir dan pakar tentang computer dan internet sahaja
boleh melakukan jenayah ini ! Adakah yang berhormat tahu jenayah ini boleh
menyebabkan kerugian dalam negara ? Sebagai contoh , pada tahun 2011 ,
tahun penggodam mengganas iaitu kumpulan ANONYMOUS dan LULS
SECURITY yang menggodam laman web kerajaan termasuklah laman portal
rasmi kerajaan Malaysia dan apabila ditanya kepada mereka Yang Berhormat
mereka katakan itu adalah tanggungjawab mereka dengan bertindak pantas
tanpa belas kasihan dan jelaslah terbukti bahawa nilai kemanusiaan semakin
menghakis diri seseorang dengan adanya teknologi .
Kesimpulannya , pada hari ini kami di perwakilan kerajaan mengakui
penggunaan teknologi dalam pembangunan sesebuah negara . Kami melihat
dengan adanya kesan teknologi
Mohon terus mencadang , sekian .

Anda mungkin juga menyukai