Anda di halaman 1dari 8

Teks Tuan Yang Dipertua Dewan

Teks Tuan Yang Dipertua Dewan


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, saya ucapkan kepada
sidang dewan yang dimuliakan. Sebelum itu, diminta agar hadirin- hadirat
yang dimuliakan bagi memastikan majlis berjalan lancar, dipohon
kerjasama semua untuk mengubah mod telefon bimbit kepada mod
senyap.Kerjasama hadirin- hadirat sekalian amatlah dihargai dan
diucapkan ribuan terima kasih.
Saya.............................................................. selaku Tuan Yang Dipertua
Dewan pada hari ini bersama saudari........................................ sebagai
penjaga masa.
Selamat datang saya ucapkan kepada semua ke Pertandingan Bahas
Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran
Malaysia 2012 dan dewan pada hari ini kembali bersidang dengan satu
usul yang dibawa oleh pihak kerajaan
iaitu..............................................................................

.
Sebelum kita mulakan persidangan kita pada hari ini, izinkan saya untuk
memperkenalkan barisan pendebat-pendebat yang akan bersidang pada
hari ini.
Pihak kerajaan terdiri daripada
YAB. PERDANA MENTERI :

..............................................................................................................
YB. MENTERI KEDUA:
..............................................................................................................
YB. MENTERI KETIGA :
..............................................................................................................
YB. MENTERI KEEMPAT:
..............................................................................................................
YB. MENTERI KELIMA:
..............................................................................................................
Pihak pembangkang pula terdiri daripada
YB. KETUA PEMBANGKANG
..............................................................................................................
YB. PEMBANGKANG KEDUA
..............................................................................................................
YB. PEMBANGKANG KETIGA
..............................................................................................................
YB. PEMBANGKANG KEEMPAT
..............................................................................................................
YB. PEMBANGKANG KELIMA
..............................................................................................................

Juri pertandingan pada hari ini diketuai oleh:


..............................................................................................................
Dan dibantu oleh:
1............................................................................................................
2............................................................................................................
3............................................................................................................
4............................................................................................................

Sebelum persidangan dimulakan, saya ingin mengingati kepada Ahli-ahli


Yang Berhormat,Secara ringkas peraturan persidangan.
1. Masa untuk membentang dan membahaskan usul ialah selama 10 minit
sahaja.
2. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit ke-3)
sebagai isyarat pihak lawan boleh membuat izin laluan dan celahan.
Pada akhir minit ke-8 loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
untuk izin laluan dan celahan telah tamat.
3. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit ke-10 menandakan masa
untuk pembahas telah tamat.

4. Menteri ketiga dan Pembangkang ketiga tidak perlu mengutarakan hujah


baharu. Tugas Yang Berhormat adalah untuk membidas hujah pasukan
lawan
5. Tugas pembahas ke-4 dan ke-5 adalah untuk mencelah pembahas pihak
lawan yang sedang berhujah. Masa yang diperuntukkan untuk celahan ini
maksimum satu minit sahaja dengan keizinan Yang DiPertua Dewan
Rakyat.
6. Masa untuk menggulung adalah 4 minit sahaja.
7. Penggulungan akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atau YB Menteri
Kedua daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang.Tiada izin laluan
semasa sesi penggulungan. Ucaapan penggulungan dimulai oleh pasukan
pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.
8. Masa persediaan akan diberikan selama 3 minit sebelum sesi
penggulungan.
9. Penjaga masa akan membunyikan loceng amaran pada minit ke-3 dan
pada minit ke-4 loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa telah
tamat untuk pembahas
10. Ahli-ahli yang berhormat dilarang menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan
dengan agama, perkauman atau menyentuh peribadi sesorang semasa
berbahas.
11. Penggunaan ayat-ayat Al- Quran dan Hadis untuk mengukuhkan hujah
adalah dilarang.
YB. Ahli-ahli dewan....
Kita mulakan persidangan pada hari ini. Dengan segala hormatnya saya
mempersilakan YAB PERDANA MENTERI untuk membentangkan usul.
Dipersilakan YAB.......................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada YAB PERDANA MENTERI yang telah


membentangkan usul sebentar tadi.
Seterusnya saya mempersilakan YB KETUA PEMBANGKANG untuk
membahaskan usul serta membawa misi pertama pihak pembangkang.
Dipersilakan YB.....................................................................................
Begitulah tadi ucapan YB. KETUA PEMBANGKANG yang telah
penyampaian hujah sebentar tadi. Terima kasih YB.
Seterusnya dipersilakan pula YB MENTERI KEDUA untuk menyokong usul
kerajaan.
Dipersilakan YB.....................................................................................
Terima kasih kepada YB. MENTERI KEDUA yang telah membahasakan
dan menyokong usul sebentar tadi.
Seterusnya saya mempersilakan YB. PEMBANGKANG KEDUA untuk
membahaskan usul.
Dipersilakan YB.....................................................................................
Terima kasih diucapkan kepada YB atas penyampaian hujah sebentar tadi.
Untuk memantapkan lagi hujah-hujah pihak kerajaan, saya mempersilakan
YB MENTERI KETIGA ..............................................................................
Untuk mebidas dan mengukuhkan hujah pihak kerajaan.
Dipersilakan YB.

Terima kasih YB. MENTERI KETIGA yang telah membidaskan hujah


pembangkang dan mengukuhkan hujah pihak kerajaan.
Berikutnya, dipersilakan pula YB PEMBANGKANG KETIGA untuk
membidas dan membawa hujah-hujah berikutnya untuk mengukuhkan kes
pihak pembangkang.
Dipersilakan YB......................................................................................
Terima kasih YB PEMBANGKANG KETIGA........................................ yang
telah membidas hujah kerajaan dan mengukuhkan hujah pihak
pembangkang.
PERSIDANGAN DITANGGUHKAN SELAMA 3 MINIT SEBELUM SESI
PENGGULUNGAN.
REHAT 3 MINIT
Kita mulakan sesi penggulungan. Sesi penggulungan bagi kedua-dua pihak
diberi masa 4 minit. Harap bertenang.
Dipersilakan YB. KETUA PEMBANGKANG /YB. PEMBANGKANG KEDUA
.... untuk memulakan sesi penggulungan.
Dipersilakan YB.
Terima kasih YB.....................................................................yang telah
menggulung hujah-hujah pihak pembangkang.

Seterusnya saya mempersilakan YAB PERDANA MENTERI/YB.


MENTERI KEDUA untuk menggulungkan hujah bagi pihak kerajaan.
Dipersilakan YAB/YB.....................................................................................
Begitulah penggulungan hujah-hujah yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan.Terima kasih
YB.........................................................................
Dengan berakhirnya penyampaian isi penggulungan pihak kerajaan tadi
maka berakhirlah sesi perdebatan kita pada hari ini. Dengan itu, majlis
diminta agar bertenang untuk memberi masa kepada pihak hakim
berbincang.
Baiklah, keputusan pertandingan sudah berada di tangan saya.
(SILA BACA BORANG KEPUTUSAN)
Dengan ini........................
DIUMUMKAN BAHAWA USUL YANG DIBENTANGKAN DAN
DIBAHASKAN TADI, DITERIMA/DITOLAK
Dengan itu sesi perdebatan kita ditangguhkan.
Sekian, terima kasih.
1. Masa untuk membentang dan membahaskan usul ialah selama 10 minit sahaja.
2.

Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit ke-3) sebagai isyarat
pihak lawan boleh membuat izin laluan dan celahan. Pada akhir minit ke-8 loceng
akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk izin laluan dan celahan telah tamat.

3.

Izin laluan hanya 2 kali sepanjang sesi perbahasan.

4.

Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit ke-10 menandakan masa untuk
pembahas telah tamat.

5.

Menteri ketiga dan Pembangkang ketiga tidak perlu mengutarakan hujah baharu. Tugas
Yang Berhormat adalah untuk membidas hujah pasukan lawan

6.

Tugas pembahas ke-4 dan ke-5 adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang
sedang berhujah. Masa yang diperuntukkan untuk celahan ini maksimum satu minit
sahaja dengan keizinan Yang DiPertua Dewan Rakyat.

7.

Masa untuk menggulung adalah 4 minit sahaja.

8.

Penggulungan akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atau YB Menteri Kedua
daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Tiada izin laluan semasa sesi
penggulungan. Ucaapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti
oleh pasukan kerajaan.

9.

Masa persediaan akan diberikan selama 3 minit sebelum sesi penggulungan.

10. Penjaga masa akan membunyikan loceng amaran pada minit ke-3 dan pada minit ke-4
loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas

Anda mungkin juga menyukai