Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN BAHAS ALA

PARLIMEN PERINGKAT DAERAH


PADAWAN 2022

TEKS TUAN
YANG DIPERTUA DEWAN

Disediakan oleh:
Puan Rohani bt Amad Bugis
SK Jalan Arang, Padawan,
Kuching, Sarawak.
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN
BAHASA MELAYU
Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri
sudah mengambil  tempat masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sidang dewan yang dihormati.
Selamat bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan
kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan
memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan
hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.

PIHAK KERAJAAN
Dari SK SEMENGGOK
Diwakili oleh
·        YAB Perdana Menteri : MOHD HAZIM HAFIZHIN seterusnya
·        YB MOHD ANIQ HAZEEQ selaku Menteri Kedua
·        YB RAZIZF ILMAN selaku Menteri Ketiga
·        YB SYAZLAN sebagai Menteri Keempat

PIHAK PEMBANGKANG
Dari SK JALAN ARANG

Diwakili oleh
·        YB Ketua pembangkang ADREANNIESHA CAITLEEN
·        YB pembangkang kedua VIANNEY GENEVIA
·        YB Pembangkang Ketiga IGNATIUS
·        YB Pembangkang Keempat ANATHASIA dan
 YB Pembangkang kelima KEREN

BAIKLAH……
PANEL JURI YANG AKAN MENJURIKAN PERTANDINGAN KALI IN…
SAYA PERKENALKAN

JURI YANG PERTAMA yang juga merangkap ketua juri


·        Encik Rajali bin Bujang

Panel juri yang kedua pula ialah

·        Puan Teo Fong Sien seterusnya panel juri yang ketiga


·        Encik Tan Jip Chin

DIPERKENALKAN PULA PENJAGA MASA ENCIK LUNA AK MINDOD dan


dibantu oleh PUAN CHRISTINE LAING AK AGAM

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati…


Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan
dan tatacara semasa dewan kita bersidang.
1.     Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan
hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
2.     Setiap pembahas diberi masa tujuh minit untuk berucap. Masa bagi
ucapan penggulungan pula ialah empat minit. Masa akan diambil kira dari
permulaan pembahas berucap.
3.     Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit
ketiga) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk
membuat izin laluan. Manakala pada  minit keenam loceng akan
dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan
membuat izin laluan.
4.     Loceng  akan dibunyikan dua kali pada minit ketujuh  menandakan
bahawa masa untuk pembahas berucap sudah tamat.

5.     Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3


minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan
masing-masing.
6.     Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali
pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa
untuk penggulungan telah tamat.
7.     Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon
Izin laluan dalam bentuk:
o   Persoalan
o   Kenyataan
o   Fakta/penjelasan/pembetulan
8.     Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin
laluan haruslah padat dan bernas.
9.      Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan
10.                        Izin laluan dipohon dengan seorang mengangkat tangan dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang berucap tidak dimestikan
menerima setiap izin laluan.
11.                        Masa kecederaan ( masa tambahan ) sebanyak 2 minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan tenikal semasa
pertandingan djalankan.
12. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat
undi majoriti daripada panel hakim.
12.                        Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

Sidang dewan yang dihormati


Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah PEMBELAJARAN
SECARA ATAS TALIAN LEBIH BAIK DARIPADA PEMBELAJARAAN
BERSEMUKA
Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan
hujah dan bidasan kepada usul tersebut
Sidang dewan yang dihormati,
Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya
mempersilakan YAB Perdana Menteri MOHD HAZIM HAFIZHIN tampil
untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan definisi dan
membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB

…………………………………………………………………………………………………………………………..

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)


Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana
Menteri atas hujah yang dikemukan.

Seterusnya dipersilakan pula YB ADREANNIESHA CAITLEEN selaku


Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu
tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan
……………………………………………………………………………………….
 (YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang
dikemukakan tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Sidang dewan yang dihormati,
Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan
ini saya mempersilakan YB MOHD ANIQ HAZEEQ Menteri Kedua
KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau.
Dipersilakan YB.

……………………………………………………………………………………

(YB  Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih diucapkan kepada YB MOHD ANIQ HAZEEQ
      
Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi.
Dengan ini saya mempersilakan YB VIANNEY GENEVIA Pembangkang
kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan
hujah-hujahnya. Dipersilakan YB

……………………………………………………………………………………
                
(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih YB
Sidang dewan yang dihormati,
Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada
kedua-dua belah pihak. Dengan ini saya mempersilakan Menteri Ketiga
KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya
memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN.
Dipersilakan YB RAZIZF ILMAN
……………………………………………………………………………………
(YB  Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB RAZIZF ILMAN
   
Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang
Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-
bidasan dan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak
PEMBANGKANG.
Disilakan YB IGNATIUS
…………………………………………………………………………………………………………………………..

 (YB  Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih  YB.
    

Sidang dewan yang dihormati


Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-
bidasan daripada ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak
PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan
ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit.


Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.
Sidang dewan yang dihormati,
Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi
penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak
PEMBANGKANG  tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB ADREANNIESHA CAITLEEN

…………………………………………………………….
(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )
Terima kasih YB.
Ahli-ahli Yang Berhormat
Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak
KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB RAZIZF ILMAN
(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,


Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka
berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu
semula pada Sidang Dewan yang akan datang. Dengan ini saya
mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga
keharmonian Dewan ini.
Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini
menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima
kasih.

 Tunggu panel juri selesai membuat keputusan


 Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan setelah menerima
keputusan daripada Ketua Panel Juri.
  Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung dalam borang keputusan rasmi
Ketua Panel Juri. Jangan lakukan sebarang penambahan ayat.

 
(Q:  setelah ketua hakim menyerahkan keputusan muktamad)
 
Terima kasih Yang Arif Ketua Hakim. Terima kasih juga kepada hakim-hakim yang
lain, pegawai dewan, ahli-ahli Yang Berhormat, dan seterusnya pemerhati
persidangan.
 
Kini, keputusan sudah berada di tangan saya.
 
(Q: berhenti sejenak untuk mewujudkan suasana saspens)
 
Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya sebagai speaker dewan, maka
dengan ini diisytiharkan bahawa usul yang dibentangkan telah diterima  /  ditolak.
 
Tahniah kepada pasukan pembahas (kerajaan / pembangkang) dari SK
_______________________
 
Pembahas terbaik ialah Yang Berhormat kerajaan / pembangkang pertama /
kedua / ketiga, Saudara / Saudari _______________________________ dari SK
_________________________________. 
 
Saya akhiri majlis dengan lafaz Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuh
dan Selamat petang)
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH
(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan persidanan)

KERAJAAN
SK SEMENGGOK

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri MOHD HAZIM HAFIZHIN
YB Menteri Kedua MOHD ANIQ HAZEEQ
YB Menteri Ketiga RAZIZF ILMAN
YB Menteri Keempat
YB Menteri Kelima

PEMBANGKANG
SK JALAN ARANG

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Ketua Pembangkang ADREANNIESHA CAITLEEN AK REKLEF
YB Menteri Kedua VIANNEY GENEVIA AK WELSON
YB Menteri Ketiga IGNATIUS BIN AQUINAS
YB Menteri Keempat ANATHASIA AK SUZIE
YB Menteri Kelima KEREN AK JIKA

Anda mungkin juga menyukai