Anda di halaman 1dari 7

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

Terima kasih diucapkan kepada juru acara majlis, Tuan-tuan ,


puan-puan dan hadirin yang dihormati.

Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan


panel juri sudah mengambil tempat masing-masing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bertemu dalam


persidangan kita bagi sesi kali ini. Sebelum persidangan kita
dimulakan, saya dengan segala hormatnya menjemput Pihak
Kerajaan mengambil tempat di sebelah kanan saya. Dipersilakan.
Seterusnya, saya dengan segala hormatnya menjemput Pihak
Pembangkang untuk mengambil bahagian di sebelah kiri saya.
Seterusnya, saya dengan takzimnya menjemput barisan hakim
mengambil tempat masing-masing. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk mempersilakan dan


memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan
menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali
ini.

PIHAK KERAJAAN
Dari SK ________________________
Diwakili oleh

YAB Perdana Menteri : __________________________________


YB : ____________________________________ (Menteri Kedua)
YB : ____________________________________ (Menteri Ketiga)
YB : __________________________________(Menteri Keempat)
YB :____________________________________ (Menteri Kelima)

PIHAK PEMBANGKANG
Dari SK __________________________________
Diwakili oleh
YB : _______________________________ (Ketua Pembangkang)
YB : _______________________________(Pembangkang Kedua)
YB : _______________________________ (Pembangkang Ketiga)
YB : _____________________________(Pembangkang Keempat)
YB :_______________________________ (Pembangkang Kelima)
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

PANEL JURI
Dengan penuh takzimnya diperkenalkan
1) Encik/Puan/Cik _____________________________________
Dari SK _________________________________(Ketua Hakim)
2) Encik/Puan/Cik _____________________________________
Dari SK _________________________________
3) Encik/Puan/Cik _____________________________________
Dari SK _________________________________

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati


Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan
peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang.

BIL PERKARA
Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan
menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.
Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

Setiap pembahas diberi masa TUJUH minit untuk berucap.


Masa bagi ucapan penggulungan pula ialah EMPAT minit.
Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap.

Loceng akan dibunyikan sekali pada minit kedua yang


menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan
untuk membuat izin laluan. Manakala pada minit
KEENAM loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
telah tamat untuk pihak lawan membuat izin laluan.
Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit ketujuh
menandakan bahawa masa untuk pembahas berhujah telah
tamat.
Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi
masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat
ucapan penggulungan masing-masing.
Pada minit ketiga semasa penggulungan, loceng akan
dibunyikan sekali dan pada minit keempat loceng
dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.
Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan
boleh memohon Izin laluan dalam bentuk
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

o Persoalan
o Kenyataan
o Fakta/penjelasan/pembetulan
Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin
laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.
Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan
Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau
mengangkat tangan dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas
yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan.

Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan


termasuklah pembahas keempat dan kelima boleh memohon
izin laluan.
Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan
lawan.

Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang


mendapat undi majoriti daripada panel hakim
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

Sidang dewan yang dihormati


Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah 7 TERAS
PENDIDIKAN MERINTIS HALUAN NEGARA

Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan


menumpukan hujah dan bidasan kepada usul tersebut.

Sidang dewan yang dihormati,


Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya
mempersilakan YAB Perdana Menteri ______________________
tampil untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan
definisi dan membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN.
Dipersilakan.

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)


Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB
Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan.
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

Seterusnya dipersilakan pula YB __________________________


selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta
membahaskan isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan

(YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)


Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang
dikemukakan tadi.

Sidang dewan yang dihormati,


Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi.
Dengan ini saya mempersilakan YB ________________________
Menteri Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan
hujah-hujah beliau.
Dipersilakan YB.

(YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Kedua.

Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan


lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB ____________________
Pembangkang kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk
mengemukakan bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan YB

(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)


Terima kasih YB Pembangkang Kedua

Sidang dewan yang dihormati,


Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan
daripada kedua-dua belah pihak. Dengan ini saya mempersilakan
Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-
bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak
KERAJAAN.
Dipersilakan YB____________________

(YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih diucapkan kepada YB ___________________

Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB


Pembangkang Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk
mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya
memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG.
Disilakan YB ____________________________
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

(YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)


Terima kasih YB.

Sidang dewan yang dihormati


Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta
bidasan-bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak
KERAJAAN dan pihak PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan
bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3


minit. Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.

Sidang dewan yang dihormati,


Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan
diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan
mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk
menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB __________________________________

(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan


penggulungan )
Terima kasih YB.

Ahli-ahli Yang Berhormat


Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan
wakil pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.
Dipersilakan YB ____________________________________

(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)


Terima kasih YB

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,


Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi
maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga
bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang. Dengan
ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-
sama menjaga keharmonian Dewan ini.
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini
menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb.


Terima kasih.

1. Tunggu panel juri selesai membuat keputusan


2. Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan Yang
Dipertua Dewan setelah menerima keputusan daripada
Ketua Panel Juri.
3. Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung
dalam borang keputusan rasmi Ketua Panel Juri. Jangan
lakukan sebarang penambahan ayat.

Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian,


terima kasih.
TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN - PERBAHASAN ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU 2023

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU


TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH
(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan
persidangan)

KERAJAAN
SK

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri
YB Menteri Kedua
YB Menteri Ketiga
YB Menteri Keempat
YB Menteri Kelima

PEMBANGKANG
SK

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri
YB Menteri Kedua
YB Menteri Ketiga
YB Menteri Keempat
YB Menteri Kelima

Anda mungkin juga menyukai