Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA BAHAS

Selamat sejahtera, selamat pagi

Yang Arif Panel Hakim, peserta perbahasan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Perbahasan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum itu, sebagai pengerusi perbahasan kali ini izinkan saya memperkenalkan pesertapeserta yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul dan para hakim. Seterusnya, saya akan menggariskan beberapa peraturan asas perjalanan perbahasan agar sesi perbahasan usul pada petang ini dapat dikendalikan sebaik mungkin.

Perbahasan ini dikenali sebagai perbahasan faktor baka mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mohon kerjasama para peserta dan pemerhati perbahasan mematuhi segala peraturan persidangan. Selaku pengerusi perbahasan, saya mempunyai kuasa untuk memberi sebarangan arahan yang dikira perlu bagi memastikan kelancaran perbahasan.

Hanya tiga orang penyokong dan pembangkang akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Penyokong pertama terlebih dahulu akan mengemukakan usul dan satu hujah. Pembangkang pertama akan membahaskan usul berkanaan juga dengan satu hujah sahaja. Pembahas kedua penyokong dan pembangkang akan mengutarakan dua hujah, manakala pembahas ketiga hanya perlu membidas hujah pasukan lawan.

Masa untuk berhujah bagi setiap pembahas ialah 4 minit sahaja. Apabila pembahas telah bersedia untuk memulakan hujah, loceng akan dibunyikan sebanyak sekali (Q:penjaga masa menekan loceng sekali). Setelah seminit, loceng akan dibunyikan sekali lagi (Q:penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan bahawa izin laluan dibenarkan

hinggalah ke minit yang ke-7 apabila tempoh izin laluan tamat. Loceng dibunyikan sekali (Q:penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan pembahas mempunyai baki masa seminit untuk menamatkan hujahan. Apabila loceng dibunyikan sebanyak dua kali (Q:penjaga masa menekan loceng 2 kali) segala perbahasan peserta selepas waktu berkenaan tidak akan diambil kira untuk penghakiman.

Usai ketiga-tiga penyokong dan pembangkang berhujah, ucapan penggulungan akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi meneliti dan menyediakan hujah, pembahasan membenarkan sesame anggota pasukan dilakukan di tempat masing-masing sebelum wakil pasukan dijemput menbuat penggulungan. Hanya tiga minit sahaja diperuntukkan bagi setiap pembahas penggulungan. Loceng dibunyikan pada minit kedua sebagai peringatan, manakala loceng dibunyi sebanyak dua kali pada minit ketiga menandakan masa penggulungan telah tamat.

Sekarang, tibalah masanya saya memperkenalkan peserta-peserta dalam perbahasan. Pasukan Penyokong 1. Saudari Kee Tien Ah 2. Saudari Tan Shin Hooi 3. Saudari Tan Wan Ting

Pasukan Pembangkang 1. Saudari Yap Pei Woon 2. Saudara Inderakumar A/L Sathasivam 3. Saudara Huong Hong Ming

Panel hakim yang akan mangadili sesi perbahasan ialah: 1. Saudari Teoh Mee Ying 2. Saudari Ong Zhi Ting 3. Saudari Vinothini A/P Gunalinggam

Dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya mengisytiharkan perbahasan bermula. (Q:pastikan keadaan tenteram untuk memulakan perbahasan) Pihak dewan dengan sukacitanya mempersilakan pembahas penyokong pertama bagi mengemukakan usul dan hujah beliau. Dipersilakn.

(Q: usai hujahan pembahas pertama penyokong) Terima Kasih kepada pembahas pertama penyokong.

Seterusnya menjemput pembahas pembangkang pertama untuk membahaskan usul berkenaan. Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas pertama pembangkang duduk semula)

Terima kasih pembahas pertama pembangkang. Demikian tadi hujah pembangkang pertama bagi menolak usul penyokong. Pembahasan diteruskan dengan hujah pembahas kedua penyokong. Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas kedua penyokong duduk semula)

Terima kasih atas hujahan pembahas kedua penyokong. Terima kasih juga kepada semua ahli pembahas dan pemerhati. Kini, kita menjemput pila Pembangkang Kedua untuk menyanggah usul penyokong. Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas kedua pembangkang duduk semula)

Terima kasih pembahas kedua pembangkang. Kita dihangat lagi dengan menjemput pembahas ketiga penyokong. Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas ketiga penyokong duduk semula)

Terima kasih pembahas ketiga penyokong. Bahagian pertama sesi perbahasan usul disudahi dengan hujah pembahas ketiga pembangkang. Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas ketiga pembangkang duduk semula)

Dengan berakhirnya hujah pembahas ketiga pembangkang, bahagian pertama perbahasan usul penyokong dan pembangkang bagi menyediakan hujah-hujah penggulungan. Loceng akan dibunyi sebanyak 2 kali menandakan bahawa tempoh 3 minit sudah berakhir. (Q: penjaga masa menekan loceng sekali)

(Q: Tempoh 3 minit berakhir. Penjaga masa menekan loceng 2 kali)

Terima kasih atas kesabaran para hadirin. Saya memohon perhatian sekalian untuk kembali menumpukan perhatian kepada hujah-hujah penggulungan bagi kedua-dua pihak. Jangka masa penggulungan ialah selama 3 minit sahaja. Pihak pembangkang akan berhujah terlebih dahulu sebelum pihak penyokong. Dengan sukacitanya menjemput pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujah

penggulungan, Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas penggulungan pembangkang duduk semula)

Terima kasih kepada pembahas pembangkang atas hujah penggulungan sebentar tadi.

Kini tibalah giliran pihak penyokong menyampaikan hujah-hujah penggulungan bagi mengukuhkan usul yang dibentangkan.Dipersilakan. (Q:loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa) (Q:setelah pembahas penggulungan penyokong duduk semula)

Terima kasih kepada pembahas penyokong.

Sekarang, peluang dibuka untuk para hadirin mengemukakan soalan.

Dengan itu, berakhirlah sesi soal-jawab. Majlis sekali lagi berhenti rehat bagi memberi masa kepada para hakim memuktamadkan keputusan sama ada menerima atau menolak usul yang dikemukakan.

Haridin dipohon tidak berganjak ke mana-mana.

(Q: setelah ketua hakim menyerahkan keputusan mektamad)

Terima kasih kepada para hakim. Terima kasih juga ahli-ahli pembahas dan para hadirin sekalian.

Kini, keputusan sudah berada di tangan saya.

(Q: berhenti sejenak untuk mewujudkan suasana saspens)

Dengan kuasa yang diperuntukan kepada saya sebagai pengerusi, maka dengan ini diisytiharkan bahawa usul yang dibentangkan telah ditolak.

Saya akhiri majlis dengan lafaz selamat petang.

Anda mungkin juga menyukai