Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis

Program Bicara Addin: Keluarga bahagia, Syurga Rumahtangga

MASA PERKARA
8.00 pagi Ketibaan Peserta
Pendaftaran
Sarapan Pagi
8.45 pagi
Pengumuman :

Pengacara Majlis memaklumkan program akan dimulakan.


Meminta supaya peserta mengambil tempat dan memenuhi
dewan dengan kadar segera.

Penceramah mengambil tempat


8.50 pagi Alu-aluan pengacara majlis

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan selamat


sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Yang dimuliakan tuan penceramah


(Sebut nama,jawatan dan tempat bertugas)

Yang saya hormati barisan ketua-ketua jabatan beserta


wakil, para guru, para nazir masjid dan ahli qariah
masjid serta para hadhirin yang hadhir pada program
Bicara Addin : Keluarga Sakinah Syurga Rumahtangga.

Pihak urusetia majlis merakamkan jutaan terima kasih


atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke program ini.

Ke pekan Sabak membeli bingka,


Burung merbah dipohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Bacaan doa memberkati acara.

Dengan ini saya menjemput saudara


________________________________ untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(bagi yang bukan beragama islam diminta untuk


bertafakur dengan cara agama masing-masing)

1
Terima kasih saudara ____________________________ atas
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis ilmu yang
diadakan pada harini berjalan lancar dan memberi
manfaat yang baik kepada kita dan kehidupan kita.

Hadhirin yang dimuliakan,

Program pada harini adalah anjuran dua (2) buah Unit


Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam iaitu Unit
undang-undang keluarga dan unit dakwah. Program pada
harini juga berfokus kepada pembinaan keluarga dan
berkatnya sebuah rezeki yang memberi kesan kepada
intergiriti kita samada sebagai penjawat awam, mahupun
jawatankuasa dalam organisasi masyarakat.

Hadhirin yang dimuliakan,

Program ini akan berlangsung bermula jam 9 pagi hingga


1 tengahari sebanyak dua (2) slot.

Slot pertama yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30


pagi merupakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh
Ustaz _________________________________ dari
_____________________________________.
Bertajuk Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku.

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan dibenarkan berehat


seketika dengan dibekalkan set minum pagi dalam beg
yang diberi. Selain itu kertas nota dalam buku atucara
program dan pen juga disediakan untuk tuan-tuan dan
puan-puan mencatit segala input yang disampaikan.

Slot kedua merupakan forum bertajuk Rezeki Halal &


Berkat, Keluarga Bahagia yang akan bermula jam 11 pagi
1 tengahari.

Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan setia bersama kami


hingga ke akhir program.

Bagi meneruskan acara, dengan ini saya mempersilakan


Alfadhil Ustaz
_________________________________________
Untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan ini majlis

2
mempersilakan.

9.00 pagi Slot 1: Penceramah pertama memulakan


10.30 pagi Penceramah pertama selesai memberikan ceramahnya.

-Sekiranya penceramah habis pada masa yang ditetapkan,


peserta dibenarkan untuk berehat awal dan kembali
semula ke dewan pada jam 10.45 pagi.

-Sekiranya penceramah habis lewat, masa yang diberikan


kepada peserta untuk berehat adalah 5 minit sahaja.

Pengumuman (sekiranya ada)


Habis awal: Tuan-tuan dan puan-puan dibenarkan berehat
seketika dan kembali semula ke dewan pada jam 10.45
pagi.
Habis lewat: Tuan-tuan dan puan-puan dibenarkan berehat
selamat 5 minit dan kembali semula ke dewan dengan
kadar segera.
10.45 pagi Slot 2: Forum

Pengumuman :Pengacara Majlis memaklumkan program akan


dimulakan. Meminta supaya peserta mengambil tempat dan
memenuhi dewan dengan kadar segera

Assalamualaikum wbt.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Slot kedua ini akan menampilkan seorang moderator dan


dua(2) orang panel dari pelbagai agensi yang akan
mengulas tajuk Rezeki Halal & Berkat, Keluarga Bahagia.

Dijemput kepada ketiga-tiga panel jemputan dan


moderator naik ke pentas acara.

Menunggu semua panel mengambil tempat masing-masing.

Sebelum majlis dimulakan, izinkan saya memperkenalkan


panel jemputan forum pada tengahari ini,

Moderator : Ustaz Ibnu Sina bin Juwaini, Pengurus


Masjid Jamek Sultan Hishamuddin Sabak Bernam
Panel pertama: Tuan Hj. Ahmad Zamri bin Shamsudin,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah(PPD) Sabak Bernam

3
Panel kedua : Tuan Hj. Mohd Farid bin Dawam, Pensyarah
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

Bagi meneruskan majlis ini, saya menyerahkan kepada


tuan moderator Ustaz Ibnu Sina bin Juwaini. Dengan ini
majlis mempersilakan.
1.00 Forum tamat
tengahari
Alhamdulillah selesai semua slot pada hari ini. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua
penceramah jemputan, tuan-tuan serta puan-puan yang
setia hingga ke akhir program.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan


dalam pengendalian program pada hari ini,
saya___________________________ bagi pihak jawatankuasa
pelaksana dan urusetia dengan rendah hati memohon
ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Yang Maha Esa dan yang kurang itu dari
pihak kami.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa berjumpa lagi.

Kita sudahi dengan tasbih kafarah dan surh Al-Asr.

Pengumuman:
Tuan-tuan dan puan-puan dijemput mengambil sijil
penyertaan di meja urusetia pendaftaran dan hidangan
makan tengahari yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai