Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN

BIL TEKS CATATAN


1 Ucapan alu-aluan:

Para pelajar diminta untuk beratur dengan


tenang dan senyap

Perhimpunan pada pagi ini akan dimulakan


dengan bacaan asmaul husna diikuti dengan
nyanyian 3 buah lagu lagu Negaraku, lagu
Negeri Sabah dan Lagu Sekolah.

2 Hadirin hadirat dipersilakan mengambil tempat

3 Bismillahirahmanirrahim

Yang Berhormat Tuan Sariffuddin bin Hata,


Adun N58 Merotai

Yang Berusaha Encik Rabe b Juhari, Pengetua


SMK Merotai Besar.

Yang Berusaha Encik Wahidir b Alias, Penolong


Kanan Pentadbiran.

Yang Berusaha Tuan Haji Mappiasse bin Hj


Palilu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Puan Beche binti Massa,


Penolong Kanan Kokurukulum

Yang Berusaha Puan Hajah Hasmah b Tassa,


Penolong Kanan Tingkatan 6
Yang berusaha Ketua-Ketua Bidang

Guru-guru

Dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.

4 Bagi memberkati perjalanan majlis


perhimpunan kita pada pagi yang berbahagia ini,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Yahya bin Ismail untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Ustaz Yahya Ismail atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis ini diberkati hingga ke
akhirnya.

5 Selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada


semua dan selamat kembali ke sekolah kepada
pelajar-pelajar SMK Merotai. Semoga pelajar
menjadi lebih bersemangat dan bersedia untuk
menimba seberapa banyak ilmu yang diajar oleh
guru-guru.

Pada hari majlis perhimpunan kita diserikan


dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan
Sarifuddin bin Hatta Adun58 Merotai. Terima
kasih YB kerana sudi hadir pada pagi ini.

Sebelum itu, majlis dengan mempersilakan


Yang Berusaha Encik Rabe bin Juhari, pengetua
kita untuk menyampaikan ucapan pembukaan
perhimpunan pertama bagi tahun 2019.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


tuan pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.
Semoga ucapan tuan pengetua menjadi
pembakar semangat kepada semua warga SMK
Merotai.

6 Seterusnya, majlis dengan ini akan diteruskan


dengan menjemput Yang Berhormat Tuan
Sarifuddin bin Hata Adun N58 Merotai untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan ini
mempersilakan.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima


kasih kepada YB atas kesudian menyampaikan
ucapan beliau sebentar tadi.

7 Majlis akan diteruskan dengan acara


penyampaian cenderamata.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha


Encik Wahidir B Alias, Penolong Kanan
Pentadbiran bagi mengiringi Yang Berusaha
Encik Rabe bin Juhari bagi menyampaikan tanda
mata kenangan kepada Yang Berhormat Tuan
Sarifuddin bin Hatta. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan Pengetua


8 Sebelum majlis bersurai, kita akan akhiri dengan
sesi bergambar dengan YB Tuan Sarifuddin.
Kita mulakan dengan sesi bergambar di pentas,
diikuti bersama-sama pelajar di bawah.

Pelajar diminta bersedia dalam keadaan senyap


dan tenang.
9 Terima kasih YB atas kunjungan pada hari ini,
semoga ikatan antara pemimpin dan rakyat akan
tetap terjalin sampai bila-bila.

DIjemput YB, Pentadbir ke kantin sekolah untuk


menikmati hidangan yang telah disediakan.

Para pelajar diminta tinggal di dewan untuk


makluman selanjutnya,

Anda mungkin juga menyukai