Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dihormati para pensyarah, ahli

jawatankuasa pilihanraya kampus 2014, sahabat seperjuangan, seterusnya, warga intelek berkarisma sekalian. Assalamualaikum dan salam perpaduan. Jutaan ucapan terima kasih saya hulurkan, kerana sudi hadir mendengar bicara pemimpin pada malam ini. Kehadiran kalian semua pada malam ini merupakan petanda awal yang menunjukkan sokongan kerjasama yang baik kepada bakal pimpinan jpp bagi sesi 2014/2015

Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang berukuran tinggi dihadapan kalian pada hari ini. Nama diberi Muhamad Fitri bin Ateh . Daripada kelas Pengajian Agama 2 PISMP ambilan Januari 2012. Calon Ahli Majlis Tertinggi bernombor 6. Tiada gunanya saya tampil ke hadapan untuk menabur janji kerana setiap bait kata akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak. Namun apa yang paling penting, diri ini akan memberikan khidmat yang terbaik jika dipilih nanti. Insya Allah

Hadirin yang dirahmati, Mohon perhatian daripada semua, beberapa minit yang ada untuk mendengar bicara lunak saya. "Tidak semua Pemimpin memiliki jiwa kepemimpinan, dan yang paling dahsyat tidak semua
pemimpin memiliki sifat berkasihan. Saya bukanlah yang terbaik daripada kalangan anda. Maka dengan itu tegurlah saya kerana fitri sayang semua.

Baiklah bagi meneruskan agenda, seterusnya saya ingin merungkaikan keberanian manifesto saya pada pandangan khalayak umum. 1. Berkorban diri, masa dan tenaga demi kebajikan guru-guru pelatih. 2. 3. Menambahbaik sistem dan bilangan mesin basuh diasrama Mencadangkan usul keapda pihak gymnasium untuk membenarkan penggunaan riadah guru pelatih tidak kira jantina diwaktu petang Mewujudkan biah hasanah iaitu suasana sihat dan harmoni di ipg kampus tun hussein onn ini

4.

Baiklah. 2 perkara penting yang perlu kita ubah bermula pada malam ini. jika kita tidak ubah,dibimbangi merana akan menimpa diri. Pertama,anda diminta untuk menjaga kad metrik anda dan membawanya pada hari pengundian. Ke-2.pilihlah calon yang terbaik dan jangan lupa undi Muhamad Fitri bin Ateh,calon umum no.6 akhirnya,sebagai peringatan untuk kita bersama...

jangan undi calon kerana rupanya, jangan undi calon kerana ketinggiannya, tapi undilah calon terbaik yang boleh memimpin kita. Kenyataan hari ini adalah mimpi kelmarin dan mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok salam perubahan...wassalmualaikum

Anda mungkin juga menyukai